Top Seo Friendly

Top Seo Friendly Top Seo Friendly

27 Jan 2017

Belajar Buat Blog Melalui ebook

Anda ingin Belajar Buat Blog Melalui ebook?  Inilah masanya untuk anda belajar secara detail melalui kaedah yang paling senang, padat dan terbaik.  Saya cuba bagi keterangan dengan sebaiknya bagi memudahkan anda belajar nanti. Baca sampai habis ye artikel ini. Sangat berguna untuk mereka yang mahu miliki blog sendiri tanpa kos.


Belajar Buat Blog
Belajar Buat Blog Melalui ebook

Belajar Buat Blog Melalui ebook

Nak eBook Belajar Buat Blog secara percuma yang diolah oleh Tuan Anuar Marsib. Ia sangat bagus untuk kita pelajari dan ikuti. Semuanya cukup sempurna buat panduan blogger baru atau pun lama.  Rugi teramat sangat jika anda belum dapatkannya lagi. Boleh download secara percuma sekarang. Semuanya telah dibuat mengikut trend dan format terkini

Walaupun anda sudah ada blog dan dah pengalaman berkaitan blog, namun tidak salah untuk mengikuti ebook "Belajar Buat Blog" daripada beliau yang terbukti berpengalaman bertahun-tahun dalam penulisan entri di blog.

Ada sesiapa yang belum download bolehlah cepat-cepat dapatkannya sementara ianya masih baru agar senang untuk membuat rujukan di kemudian hari.


Belajar Buat Blog Melalui ebook
Mari Download eBook Belajar Buat Blog

Diharap selepas ini tiada lagi yang bersunggut tidak pandai buat blog sendiri. Tiada lagi alasan yang kedengaran selepas ini,  apabila semuanya sudah dibuat secara sempurna kerana langkah demi langkah telah ditunjukkan.

Panduan Lengkap Belajar Buat Blog

Ebook ini mengandungi maklumat lengkap tentang buat blog.  Ia  diajar langkah dari A hingga Z. Mempunyai 119 muka surat dan terbahagi kepada 7 bab keseluruhannya.

1. Nak buat blog tentang apa?
2. Langkah-langkah buat blog dengan blogspot.
3. SEO nadi kekuatan blog.
4. Buat duit dengan blog.
5. Rahsia buat duit dengan affiliate.
6. Rahsia buat duit melebihi 4 angka di internet.
7. Rumusan dan penutup.

Inilah ebook terbaik yang pernah saya jumpai dan sangat sesuai untuk mereka yang ingin Belajar Buat Blog melalui kaedah yang paling mudah difahami, yakni melalui ebook.

Bolehlah milikinya sendiri blog anda dengan mengikuti panduan mudah ebook ini. Selamat belajar......

Blog Boleh Jana Income

Sudah ramai yang dah berjaya dapat ribuan ringgit melalui blog. Boleh tanya blogger lama yang dah bertahun-tahun berkecimpung dalam bidang penulisan. Diantara yang biasa kita dengar atau baca:

1. Buat iklan di blog seperti Google Adsense, Nuffnang, Mobicow, Lazada Lazada dan sebagainya.
2. Tulis review tentang produk atau barangan daripada pengiklan.
3. Jadi agen affiliate.
4. Iklankan ruangan iklan di blog sendiri.
5. Buat servis bina blog terutama blog mesra SEO kepada sesiapa saja yang dikehendaki.
6. Buat blog dan bila dah tinggi trafiknya, boleh jual kepada syarikat yang ingin memiliki website       sebagai web pemasaran produk mereka.
7. Jual template yang power dan mesra SEO dan entri terpantas diindex oleh googlebot kepada mereka yang mementingkan kualiti dan backlink berkualiti.
8. Ini yang paling mudah jika tahu caranya,  iaitu dengan menyertai Contest SEO, giveaway,  segmen komen terbanyak atau contest artikel terbaik.

Tip Blogging Nampak Hebat

1. Tema - Blog perlu kelihatan menarik seperti pemilihan template yang mesra SEO,  header blog yang ringkas tapi menarik,  Susun atur sidebar yang tersusun kemas, penggunaan ayat dan perkataan yang betul penggunaan bahasa, warna tema yang menggunakan warna yang lembut dan sebagainya.

2.  Serius - Seseorang perlu serius, yakni komitmen terhadap blog sendiri.  Sentiasa konsisten untuk menulis artikel dengan mengemas kini selalu blog agar google nampak blog kita aktif.

3. Berfikiran Terbuka - Fikiran perlu terbuka terhadap sesuatu perkara, berfikiran positif supaya idea untuk tulis artikel sentiasa datang. Kekurangan idea menyebabkan kita sukar untuk fokus terhadap sesuatu informasi terkini untuk ditulis nanti.

4. Minat - Mesti berminat nak berbelog.  Jika tidak? Sangat sukar nak tumpu perhatian terhadsp blig sendiri,  apatah lagi nak mengunjungi blog orang lain. Sentiasa blogwalking terhadap blog orang lain dan tinggal jejak dengan memberi komen yang baik dan bernas.

5. Belajar - Belajar,  belajar dan belajar terhadap ilmu. Belajar membuat fikiran kita semakin matang dan hebat.  Ilmu dunia dan akhirat perlu seimbang.  Jika tidak, perjalanan hidup kita tidak bermakna.  Bila dah berilmu, jangan lupa berkongsi ilmu kepada orang lain pula.  Selalu buat kebaikan, Allah beri pahala berganda-ganda tanpa kita sedari.

6. Masa - Masa itu emas,  sangat berharga.  Oleh itu bijak bahagi masa antara kerjaya,  blogging, keluarga. Pandai bahagi masa supaya tidak terabai nanti.  Kalau mengadap komputer,  hangphone, laptop sepanjang masa tidak elok juga.  Kalau tertumpu pada kerjaya dan keluarga pula,  nanti blog berhabuk pun susah juga.  Oleh itu pandai-pandailah bahagi masa.

7. Bersyukur - Bersyukur setiap masa dengan rezeki yang kita perolehi.  Ada diantara bligger yang boleh jana income yang masyuk dengan blog mereka.  Bukan mudah nak dapat income jika tidak berusaha,  berdoa dan bertawakal. Insha Allah usaha kita terhadap blog berhasil berganda-ganda. Inilah yang kebanyakkan blogger inginkan. Kalau sekadar untuk suka-suka terhadap blog,  syok sendiri.... maka... blog kita tidak boleh pergi jauh. "Tepuk dada tanya hati".

Akhir kata,  saya berpesan kepada diri sendiri dan juga rakan-rakan lain,  gunalah blog anda sebaik-baiknya. Jangan abaikan blog anda begitu saja tanpa ada pertambahan entri. Entri yang banyak dan berinformasi senang dapat minat pembaca dan juga trafik. 

Boleh juga ikuti tip-tip daripada blogger lain yang berpengalaman dan jaga tata tertib dalam etika penulisan di blog agar tudak melakukan sesuatu yang boleh membuat orang lain terasa hati.

Contest ini "Belajar Buat Blog Melalui ebook" turut disertai oleh:

  1. calrasepatrick.blogspot.com dapat bayaran RM30
  2. nonasani.blogspot.my dapat bayaran RM30
  3. missobsesi.blogspot.my dapat bayaran RM30
  4. sayidahnapisah.com dapat bayaran RM30
  5. mommyfiqa.com dapat bayaran RM30
  6. bloggerlelaki.com dapat bayaran RM30
  7. ciklapunyabelog.blogspot.my dapat bayaran RM30
  8. dianarashid.com dapat bayaran RM30
  9. susahsenangblogger.com dapat bayaran RM30
  10. at-tarmizi.blogspot.my dapat bayaran RM30
  11. myideakini.com dapat bayaran RM30
  12. amirkhalis.blogspot.my dapat bayaran RM30
  13. sayabukancikgu.com dapat bayaran RM30
  14. messarah.blogspot.my dapat bayaran RM30
  15. jangan-bukak.blogspot.my dapat bayaran RM30
  16. fadzirazak.com dapat bayaran RM30
  17. heroborneo.com dapat bayaran RM30
  18. nikkhazami.com dapat bayaran RM30
  19. misztrex.blogspot.my dapat bayaran RM30
  20. ummizarra.com dapat bayaran RM30
  21. infopelajar2u.com
  22. sabreehussin.com
  23. topseofriendly.blogspot.my
  24. ummiseri.com
  25. saidila.com
  26. qiyasaad.com
  27. kataubaid.com
  28. belajarbuatblogpercuma.wordpress.com
  29. iuzira.com
  30. hiburansabah.com
  31. heroborneo.com
  32. nasitambah.com
  33. aynorablogs.com
  34. sensasi2020.com
  35. <Url Blog> 
Jom sertai Contest SEO - Belajar Buat Blog ini untuk menguji tahap SEO blog atau entri anda. Dalam waktu yang sama anda layak dapatkan hadiah lumayan yang disediakan oleh penganjur.

Jangan lupa kongsikan entri ini Belajar Buat Blog Melalui ebook kepada rakan-rakan kalian agar senang dorang nak join nanti.

 Sekian,  terima kasih.

11 Dis 2016

Top 10 Anugerah Puskas Fifa 2016

Anugerah Puskas FIFA diperkenalkan pada pertama kali pada 2008 sebagai memperingati pemain dari Hungary, Ferenc Puskas ketika era kegemilang beliau  (1950an-1960-an) yang hebat dengan menjaringkan gol 512 dalam 528 perlawanan. Pemain pertama yang dapat anugerah ini adalah Cristiano Ronaldo.


Top 10 Anugerah Puskas Fifa 2016
The Fifa Puskas Award 2016 - Mohd Faiz Subri (MAL)

Top 10 Anugerah Puskas Fifa 2016

Jaringan tercantik dipilih dan dicalonkan oleh "The Fifa Puskas Award 2016" untuk anugerah ini bermula pada 30 September 2015 sehingga 30 September 2016. Berikut adalah senarai nama pemain bola sepak terpilih sebagai 10 jaringan tercantik untuk dipertandingankan bagi merebut Top 10 Anugerah Puskas Fifa 2016

- Mario Gaspar (SPA): Sepanyol menentang England, aksi perlawanan antarabangsa.

- Hlompho Kekana (RSA): Cameroon menentang Afrika Selatan, kelayakan Piala Afrika. 

- Marlone (BRA): Corinthians menentang Cobresal, Copa Libertadores.

- Lionel Messi (ARG): Amerika Syarikat menentang Argentina, Copa America Centenario.

- Neymar (BRA): Barcelona menentang Villarreal, La Liga.

- Saul Niguez (SPA): Atletico Madrid menentang Bayern Munich, Liga Juara-Juara.

- Hal Robson-Kanu (WAL): Wales menentang Belgium, Euro 2016.

- Daniuska Rodriguez (VEN): Venezuela menentang Colombia, Kejohanan Wanita Bawah 17 Tahun Amerika Selatan 

- Simon Skrabb (FIN): Gefle menentang Atvidaberg, Allsvenskan.

- Mohd Faiz Subri (MAS): Pulau Pinang menentang Pahang, Liga Super Malaysia.


Mohd Faiz Subri Tersenarai Top 3 Anugerah Puskas Fifa 2016






Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya merasa bangga dengan Mohd Faiz Subri, pemain bola sepak Malaysia pertama tersenarai untuk anugerah ini. Satu pencapain yang luar biasa, fantastik, amazing, menakjubkan,magik, unik dan apa saja gelaran hebat yang boleh kita berikan. 

Rasanya semua pembaca sudah tahu di mana nak undi beliau. Mohd Faiz Subri layak berdasarkan 3 pemain terbanyak dari segi peratus ini baru-baru ini. Pemain lain yang tersenarai untuk pemilihan 3 penjaring tercantik adalah Marlon (BRA) dan Daniuska Rodriguez (VEN).

Undian akan dilakukan sekali lagi diantara tiga gol ini sebelum pemenang akan diumumkan pada anugerah The Best FIFA Football pada 9 Januari 2017.

Kita doakan agar beliau berjaya mendapat anugerah tertinggi ini, yakni sebagai pemenang pertama untuk Anugerah Puskas Fifa 2016. Selamat berjaya.... ayuh "Rakyat Malaysia"......!

18 Sep 2016

Aplikasi Evernote App Pilihan Pengguna

Aplikasi Evernote App Pilihan Pengguna untuk diguna pakai melalui peranti mudah alih, desktop, laptop kerana ia merupakan aplikasi untuk membuat nota ringkas menggunakan teks, audio dan foto dengan mudah, cepat dan mesra pengguna.


Aplikasi Evernote App Pilihan Pengguna
Aplikasi Evernote

Aplikasi Evernote App Pilihan Pengguna

Rasanya ramai yang sudah mengetahui tentang Evernote ni. Jika tidak,bolehlah mencuba gunakannya untuk mencatat apa-apa saja sebagai nota harian anda.


Aplikasi Evernote App Pilihan Pengguna
Evernote

Evernote telah memperkenalkan versi terbaru yang telah dikemas kini dan kini ia membawa sokongan dalam bentuk bahasa Malaysia.

Evernote boleh dapatkan secara percuma dengan memuat turun melalui Google Play dan Apple Store dan ia juga boleh dapatkan versi berbayar dengan ciri-ciri tambahan yang menarik minat pengguna. Ia mudah saja untuk dipasang di peranti mudah alah seperti iPad, iPhone, iPod Touch, android, Mac, iOS, web, window desktop, window phone dan sebagainya.

Evernote Semakin Popular

Evernote semakin popular kerana adanya sokongan sync (synchronization) yang membolehkan pengguna membuat nota ringkas dengan pantas di telefon pintar (smartphone).

Evernote boleh diakses dengan menggunakan sebarang peranti, kemudian pengguna boleh membuat penyuntingan terhadap mana-mana nota rujukan, foto dan audio.

Evernote ini, bukan saja popular, ia amat mudah diguna atau dipasang dan sangat sesuai untuk semua golongan. ia juga boleh mengambil gambar/foto dan disimpan bersama nota di sistem awam/terbuka di mana-mana saja lokasi anda berada. 

Evernote juga berupaya mengenal pasti setiap nota mengikut sticker yang digunakan. ini akan memudahkan pengguna mencari, berkongsi dan melihat nota-nota, yang telah pengguna buat pada aplikasi Evernote. 

Bolehlah sesiapa ingin mencuba aplikasi Evernote ini melalui iOS bagi pengguna iPhone, android, window phone, MAC OS X, windows, playbook dan sebagainya.

Apa kata, mulai hari ini download app tersebut  dan mulai menggunakannya untuk mencatat apa saja yang bermain di fikiran anda . Selamat mencuba Aplikasi Evernote App Pilihan Pengguna ini,.

14 Sep 2016

10 Tip Beli Barang Online

10 Tip Beli Barang Online | Trend terkini, ramai pengguna membeli barang secara online kerana ada sebab-sebab tertentu mereka berbuat begitu. Salah satunya adalah mudah, cepat dan ringkas. Adakah anda salah seorang pembeli barangan secara online? Jika ya! Anda perlu baca 10 tip yang saya berikan ini.



10 Tip Beli Barang Online
Beli Barang Online

10 Tip Beli Barang Online

Sebelum memberi barang secara online, anda perlu tahu tip-tip agar tidak mudah tertipu dengan barangan, perkhidmatan, kualiti, kuantiti dan kredebiliti syarikat yang mengendalikan jualan tersebut.

  • Sebelum melakukan apa-apa pembelian selidik dahulu laman sesawang jualan tersebut. Mana tahu syarikat tersebut tidak wujud atau sekadar ditubuhkan untuk menipu pengguna.

  • Hubungi penjual melalui whatsapp, mesej, telefon dan sebagainya bagi menentukan kesahihan sebelum membeli secara online.

  • Sila dapatkan pandangan pelbagai pihak seperti pengguna lain, pembeli yang sudah membeli barangan mereka, rakan-rakan yang kita kenali. saudara-mara atau sesiapa saya yang kita perlu bertanya.

  • Lawati fanpage jualan jika mereka tubuhkan, Instagram jika ia wujud, website jika mereka ada atau group whatsapp jika ada disediakan untuk pengguna, mudahlah untuk kita bertanya berkaitan apa saja yang menjadi persoalan tentang barang-barang mereka.

  • Lihat kredibiliti syarikat atau owner penjual dan jika perlu melihat testimoni, yakni pengguna yang telah menggunakan barangan mereka. Testimoni adalah salah satu cara untuk menentukan keyakinan orang ramai terhadap syarikat dan barang-barang yang mereka jual. Kalau boleh dapatkan nombor sijil/nombor siri Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) syarikat terbabit.


  • Pastikan ada bukti seperti rekod, kos belian, kiriman atau penghantaran daripada syarikat tersebut. Suruh mereka hantar rekod pembelian, bil belian, kod barangan, tarikh hantaran atau kiriman dan sebagainya jika perlu.

  • Rekod transaksi bayaran yang telah kita lakukan seperti tarikh tranfer wang bayaran dan masa kiriman wang tersebut serta bank mana yang kita pilih.

  • Semak dahulu kualiti atau keadaan barangan tersebut, jangan terus membukanya, agar ia berada dalam keadaan sempurna, yakni tidak rosak, patah, koyak, berkecai, terbuka, kemek dan sebagainya.

  • Jika mendapat barang-barang yang rosak, patah, koyak atau tidak sempurna, bolehlah minta hubungi pihak pembekal atau penjual terbabit. Jika mereka enggan tukar dengan yang lain atau tidak bertanggungjawab, bolehlah report atau melaporkan masalah ini kepada pihak Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) sebagai jalan terakhir.


Semoga artikel 10 Tip Beli Barang Online ini dapat memberi sedikit sebanyak tip-tip dan langkah-langkah yang perlu kita ambil sebagai pengguna yang bijak dan bersikap perihatin. Berhati-hatilah dengan penjual secara atas talian agar kita tidak mudah tertipu dengan tipu daya mereka yang tamak dan tidak bertanggungjawab. Tepu dada tanya hati anda.

Berhati-hati Beli Barangan Secara Online

Berhati-hati Beli Barangan Secara Online | Persoalan ini perlu dikupas dengan teliti supaya ia tidak menjadi isu yang besar dan menjadi kemarahan peniaga yang berniaga secara online atau atas talian. Kita dapat lihat banyak usahawan yang giat mempromosikan dan mengiklankan bisnes mereka di internet. Oleh itu sebagai pengguna kita perlu ada keraguan tentang perkara ini.


Berhati-hati Beli Barangan Secara Online
Beli Barangan Secara Online


Berhati-hati Beli Barangan Secara Online

Rasa kesedaran terhadap pembelian melalui internet atau online memang perlu ada dalam setiap orang. Hak dan tanggungjawab ini harus seiring melibatkan para penjual serta pembekal barangan dan perkhidmatan.

Maklum sajalah, pengguna membayar setiap pesanan yang mereka lakukan. Saya dan anda semua adalah pengguna. Mereka memain peranan yang penting dalam putaran sebagai pengguna bagi membeli barangan mereka.

Kita sering mendengar dan membaca berita mengenai pengguna yang sering ditipu oleh peniaga dan pembekal.

Dunia sekarang semakin bergerak pantas tanpa sempadan dan batasan, masyarakat juga turut menginginkan perkhidmatan yang mudah, ringkas dan cepat tanpa perlu keluar untuk mendapatkan barangan yang mereka perlukan.

Suatu masa dahulu, kita tidak terfikir akan jual-beli secara talian. Namun kini, pelbagai transaksi pembelian boleh dibuat dengan sekecil-kecil barangan hinggalah ke barangan besar dan berat seperti barangan pencuci, barangan bayi, barangan dapur, perabut, kereta, motosikal dan sebagainya.

Semua ini boleh dilakukan tanpa perlu meninggalkan rumah mereka, sebaliknya hanya perlu menekan hujung jari di papan kekunci telefon, komputer, laptop, tab dan pelbagai jenis gajet lagi yang ada di dunia teknologi sekarang ini.

Ini dapat menarik minat penjual untuk menggunakan pelbagai cara untuk menarik minat pembeli dengan mempromosikan barangan mereka di Facebook, Instagram, blog, website, aplikasi android, iOS dan sebagainya.

Bagaimanapun, saya perlu dan wajib menasihatkan orang ramai atau pengguna agar perlu bijak dan berhati-hati beli barangan secara online supaya tidak tertipu dan juga berbaloi dengan nilai ringgit yang kita bayar. Jangan mudah membayar wang anda sewenang-wenangnya, jika belum atau tidak yakin setelah segala siasatan yang dilakukan.

Jangan mudah tertipu dengan iklan yang penjual war-warkan tanpa ada kesangsian daripada anda sendiri sebagai pengguna yang bijak dan berpelajaran. 

Jika tertipu setelah pembelian atau transaksi dilakukan, namun barangan yang dibeli tidak seperti yang kita kehendaki, barangan rosak, patah, tidak seperti di dalam iklan, barangan tidak berkualiti, tarikh tempoh barangan telah luput, spesifikasi tidak betul. 

Kita boleh hubungi si penjual atau pembekal, minta mereka tukar, ganti, pulang semula barangan dan diganti dengan barang baru, minta ganti-rugi dan apa saja yang diperlukan.

Seandainya mereka tidak bersetuju, berdolak-dalih, beri pelbagai alasan, marah, tidak layan bila dihubungi, letak talian jika kita hubungi, tidak bertanggungjawab, bolehlah guna alternatif lain seperti melaporkan ke pihak Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) untuk tuntut ganti-rugi.

Berhati-hati Beli Barangan Secara Online agar anda tidak tertipu, diperdaya, dikhianati dan paling tidak kita mahukan adalah menjadi orang yang tidak mahu bertindak, hanya berdiam diri. Itu yang kita tidak mahu, sebagai pengguna kita ada hak. Fikir-fikirkanlah....!

Bagi sebarang isu berkaitan dengan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, anda boleh menghubungi pihak TTPM di alamat seperti di bawah :

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM),
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan,
Aras 5, Podium 2,
No. 13,Persiaran Perdana, Presint 2,
62623 Putrajaya.

Talian Bebas Tol : 1-800-88-9811 

No. Tel. : 03-8882 5822 

No. Faks. : 03-8882 5831

13 Sep 2016

Peraduan Bio Zip Tawar Hadiah Lumayan

Peraduan Bio Zip Tawar Hadiah Lumayan | Inilah peluang untuk orang ramai, khususnya golongan surirumah yang ingin mendapatkan hadiah lumayan berupa baucar pelancongan bernilai RM9,000 dan baucar tunai bernilai RM3,000. Rebutlah peluang ini dan jangan lepas peluang menyertai Peraduan Ibu Bestari, Keluarga Berseri.


Contest Bio Zip Tawar Hadiah Lumayan
Bio Zip - Serbuk Pencuci

Peraduan Bio Zip Tawar Hadiah Lumayan



Peraduan Bio Zip Tawar Hadiah Lumayan
Bio Zip - Ibu Bestari, Keluarga Berseri


Peraduan ini menawarkan hadiah yang amat lumayan. Ia dianjurkan oleh Southern Lion Sdn Bhd bermula 1 Ogos dan berakhir pada 15 Oktober. masih ada peluang lagi untuk orang ramai menyertainya. Boleh juga dapatkan borang dengan murat turun menerusi laman sesawang www.southernlion.com.my.

Untuk mendapatkan hadiah lumayan, orang ramai hanya perlu mengikut terma dan syarat peraduan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

Peraduan Ibu Bestari, Keluarga Berseri

Hadiah Utama:
  • Baucar pelancongan bernilai RM9,000
  • Baucar tunai bernilai RM3,000

Hadiah Pertama:

  • Baucar pelancongan bernilai RM5,000
  • Baucar tunai bernilai RM1,5000

Hadiah Kedua:
  • Baucar pelancongan bernilai RM3,000
  • Baucar tunai bernilai RM1,000

Hadiah Ketiga:
  • Baucar pelancongan bernilai RM2,000
  • Baucar tunai bernilai RM500

Hadiah Saguhati x 5 Pemenang:
  • Baucar pelancongan bernilai RM800
  • Baucar tunai bernilai RM200

Langkah-Langkahnya

Ikuti langkah-langkah yang perlu untuk mengikuti terma dan syarat-syaratnya yang diberikan. 

Langkah pertama adalah para peserta dikehendaki membeli mana-mana produk serbuk pencuci jenama Bio Zip di kedai runcit atau pasar raya berhampiran tempat tinggal anda, bernilai sekurang-kurangnya RM15 dalam satu resit.

Langkah kedua dikehendaki peserta kepilkan resit pembelian tersebut bersama borang peraduan yang akan dihantarkan nanti.

Langkah ketiga, peserta perlu isi maklumat anda dan menjawab dua soalan mudah dengan jawapan yang tepat untuk melayakkan anda memenangi contest ini.


Borang Peraduan Ibu Bestari, Keluarga Berseri yang telah lengkap diisi dan dikepilkan bersama resit pembelian perlu dihantar melalui pos biasa ke alamat "Peraduan Bio Zip Ibu Bestari, Keluarga Berseri", Peti Surat 3031, 47509, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan sebelum 15 Oktober 2016.

Jom semua pembaca sekalain, ramai yang menggunakan serbuk pencuci Bio Zip di rumah. Inilah masanya untuk anda mencuba nasib dengan menyertai "Peraduan Bio Zip Tawar Hadiah Lumayan" untuk ppengguna setia mereka.

Maklumat Berkaitan Serbuk Pencuci Bio Zip

Rumusan serbuk pencuci Bio Zip kini dipertingkatkan lagi dengan teknologi "Co-Enzymes Plus" yang bertindak dengan lebih berkesan di bahagian kolar dan lengan serta kesan makanan yang degil. Aroma baunya yang terbaru kekal berpanjangan memberikan pakaian wangian yang lebih bersih dan segar.

Peraduan Bio Zip Tawar hadiah Lumayan
Co-Enzymes Plus

Bio Zip Co-Enzymes Plus Teknologi

Bio Zip dalam inovasi terbarunya teknologi Co-Enzymes Plus yang efektif dalam menanggalkan kesan kotoran degil di bahagian kolar dan lengan tangan serta sisa makanan. Ia menanggalkan aroma memikat yang menyegarkan.

Formula Bio Zip dengan Co-Enzymes Plus memberikan kesan pencucian yang lebih berkesan berbanding dahulu.

Ia kini boleh membersihkan lebih banyak jenis ktoran dan secara lebih menyeluruh.

Formula tersebut mempunyai manfaat-manfaat baru seperti berikut:

Diantara maklumat lain yang perlu anda ketahui, Bio zip merupakan sabun pencuci yang dipercayai bermula dari generasi ke generasi untuk melindungi pakaian siisi keluarga agar lebih bersih dan segar.

Menggunakan teknologi pembersihan dengan rumusan terbaru teknologo Jepun yang dinamakan Bio Zip Co-Enzymes Plus yang mampu memberikan perlindungan maksimum pada pakaian.

Dengan teknologi tersebut membuatkan pencuci serbuk Bio Zip dikenali ramai dan menjadikan ia serbuk pencuci kegemaran ramai kaum ibu dan surirumah dan menjadi pilihan utama masyarakat di seantero dunia dalam mengendalikan cucian pakaian harian mereka.

Maklumat lanjut boleh hubungi di talian 03-56351391 (Isnin - Jumaat, 10 pagi - 5 petang) atau website yang tertera di atas.

Jom Kongsikan Artikel Ini

Dapatkan Entri Terkini

Sila Isikan Emel Anda Di Sini ' "Langganan Artikel Terkini Terus Ke Emel Anda"

Artikel Terkini

© 2014 Top Seo Friendly | Published By Pro Templates Lab | Powered By Blogger | Created By BloggerTheme9 | Design By sensasi2020
TOP