3 Dis 2013

Apa Itu SEO

APA ITU SEO


SEO - Search Engine Optimization

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

Apa itu SEO? Ramai yang mencari maklumat ini untuk menambah pengetahuannya mereka tentang membina sesuatu laman web atau laman blog. Untuk pengetahuan anda, SEO (Search Engine Optimization) adalah merupakan satu teknik agar sesuatu laman web atau laman blog berada di page pertama (SERP) bila sesuatu keyword dicari oleh pengguna internet yang sentiasa mencari maklumat tertentu untuk buat rujukan mereka. Biasanya engine carian yang biasa mereka gunakan adalah Google, Bing, Yahoo dan sebagainya.


Kenapa ia amat penting?


Ia amat penting untuk tujuan tertentu seperti ingin menyertai contest SEO, meningkatkan penjenamaan blog, promosikan produk yang dijual, menyiarkan artikel berkualiti, memberi maklumat untuk disampaikan kepada pembaca dan agar trafik dan pageview sentiasa tinggi dari hari ke sehari.


Bagaimana Cara Nak Dapatkan Blog Mesra SEO?


Sebenarnya banyak cara yang perlu kita lakukan agar segala entri/artikel yang kita hasilkan berkuali dan mesra SEO. Semakin berkualiti entri kita semakin berkualiti dan semakin mesra SEO. Di sini saya cuba senaraikan beberapa cara agar menjadi lebih SEO.
  • Keyword (kata kunci) atau tajuk entri yang mengoda.
  • Template Mesra SEO.
  • Pengubahsuaian terhadap template agar dapat diindex oleh robot Google
  • Kena selalu blogwalking dan tinggal komen di blog mereka agar kita dapat backlink.
  • Ping entri di mana-mana tempat yang menjadi tumpuan ramai sepertifacebook, Twitter dan lawati blog berstatus PRnya tinggi, blog terkenal, teknik SEO yang bagus dan sebagainya.
  • Cuba dapatkan bahan-bahan yang berkaitan SEO semoga pengetahuan kita terhadap teknik ini semakin baik.
  • Boleh juga beli ebook, baca entri orang lain, tanya rakan-rakan yang dah otai dan sebagainya.
  • Banyak lagi kita semua perlu belajar dengannya.

Selamat belajar dengan ilmu SEO. Anda perlukan teknik dan tip ini jika mahu bergiat aktif sebagai blogger.

2 Dis 2013

Contest SEO Eridy

Assalamualaikum...
Salam sejahtera..........


contest, contest SEO, blog Eridy, jom sertai, hadiah menarik, page 1 di SERP, menang contest
Contest SEO Eridy

Baru pertama kali join contest SEO. Sambil-sambil blogwalking di Facebook, terlihat ada "Contest SEO Eridy", kalau tak silap di denaihati network. Apa lagi terus saja jatuh hati. Kenapa ianya sangat menarik minat terhadap contest ini?

    • Syarat-syarat yang diberikan sangat mudah.
    • Bebas nak tulis apa saja asalkan menepati tajuknya iaitu "Contest SEO Eridy".
    • Hadiah yang ditawarkan agak menarik iaitu RM200 untuk tempat pertama, keseluruhan berjumlah RM500.
    • Dapatlah belajar SEO secara lebih dekat dengan melihat entri daripada rakan-rakan lain.
    • Menguji teknik, tip, rahsia SEO yang ada pada diri sendiri.
    • Berkenalan sesama blogger lain secara lebih dekat terutama penganjur contest ini.
    • Dapat mempersembahkan artikel kita secara kreatif dengan acuan sendiri.
    • Boleh menguji blog kita di mana kedudukannya apabila di search engine carian Google.com?
    • Ingin mengetahui di mana kedudukan blog kita apabila menyertai contest ini?
    • Dapat mengetahui siapa yang paling hebat tentang SEO di antara blogspot dan wordpress dalam contest ini? 

      Seandainya rakan-rakan ingin menyertai di persilakan.  Boleh layari di blog Eridy. Di antara syarat-syaratnya ialah:
      • Tarikh tutup pendaftaran ini bermula 1 Disember 2013 dan berakhir pada 11 Disember 2013.
      • Perjalanan contest ini bermula pada 12 Disember 2013 hingga 30 Disember 2013.
      • Pemilihan pemenang ditentukan melalui muka surat pertama di carian Google.com menggunakan private browsing.
      • Wajib meletakkan keyword "Contest SEO Eridy".
      • Dibenarkan menggunakan kreativiti sendiri terhadap artikel yang dihasilkan.

        Sedikit latar belakang berkaitan siapa sebenarnya Eridy empunya blog yang menganjurkan contest ini. Saya pun tidak mengenali siapa dia Eridy. Kita boleh sama-sama mengenali si pemuda ini. Boleh lihat print screen di bawah ini.

        blog eridy, blogger baru, anjur contest SEO.
        Kenali Eridy


        Cepatlah menyertainya sebelum tarikh tutup berakhir. Hanya tinggal beberapa hari saja lagi. Masa tidak menunggu kita.
           
        Selamat menyertai Contest ini. Semoga berjaya semua........