30 Ogo 2014

Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta Dari Blogger

Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta Dari Blogger. Tema hari kemerdekaan kali ke-57 untuk tahun ini cukup mendalam pengertiannya. Suatu perasaan yang lahir dari jiwa untuk di tanam di setiap insan yang lahir di bumi bertuah Malaysia. Dengan tema ini jugalah terbinanya segmen daripada blog Hasrul Hassan. Tanpa berlegah lagi saya menyahut cabaran ini tanda kecintaan saya pada negara.


Segmen Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta





Tema hari kemerdekaan kali ke-57 untuk tahun 2014. Cukup menusuk jiwa setiap insan. Kecintaan kita pada negara perlu disemai tanda kasih dan sayang kita pada negara tercinta Malaysia. 

Setiap tahun kita menyambut hari kemerdekaan. Sebagai seorang blogger kita ada peranannya untuk menzahirkan cinta kita pada ibu pertiwi. Ia meningkatkan sikap dan semangat nasionalisme dan patriotik terhadap negara. Antara yang boleh saya lakukan sebagai seorang blogger ialah:
  • Menulis entri berkaitan hari kemerdekaan atau berkongsepkan nasionalisme.
  • Tanamkan dalam diri semangat kecintaan kita pada negara dengan mendengar lagu-lagu patrotik.
  • Menyokong setiap seminar atau perhimpunan yang menjuruskan ke arah satu semangat kewarganegaraan.
  • Mengibarkan "Jalur Gemilang" di kenderaan, kediaman rumah atau kedai perniagaan kita.
  • Menjalinkan ikatan ukhwah sesama bangsa atau kaum agar tiada persengketaan antara kaum.
  • Gunting artikel di majalah, akbar atau media massa dan ditampal di dindin rumah agar diri kita, anak-anak dan keluarga turut menjayakannya agar cinta kita bertambah lagi terhadap negara.
  • Masuk contest, giveaway atau contest berkaitan hari kemerdekaan supaya artikel yang kita hasilkan berkualiti dan bermutu. Ini akan menarik pembaca dapat menghayati dan memupuk kecintaan kita pada negara.

Segmen Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta dari Blogger.


Segmen ini dianjurkan oleh Tuan Hasrul Hassan bagi menzahirkan hari kemerdekaan kali ke-57. Jom ramai-ramai kita jayakan segmen ini tanda kecintaan kita pada negara tercinta Malaysia. Syarat-syaratnya adalah:

  • Buat satu entri dengan tajuk - Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta dari Blogger.
  • Masukkan banner di bawah ini di dalam entri anda, dan link ke entri blog Hasrul Hassan.

Segmen Merdeka 57 oleh hasrulhassan.com
Segmen Blogger Malaysia Anjuran Hasrul Hassan
  • Tulis tidak lebih dari 300 patah perkataan dan nyatakan mengenai peranan anda sebagai blogger Malaysia untuk menzahirkan 'Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta'. Apa yang anda boleh lakukan menerusi medium blog untuk tunjukkan kecintaan anda terhadap Malaysia.
  • Dah siap, tinggalkan URL entri artikel anda dalam komen blog Hasrul Hassan.

Tarikh Tutup


Hantarkan url entri anda sebelum 31 Ogos 2014. Senarai blog dan blogger yang join segmen ini akan diterbitkan pada 1 September 2014 di blog Hasrul Hassan. Pastikan blog anda tersenarai bersama dengan rakan blogger lain zahirkan kecintaan terhadap ibu pertiwi ini.

Akhir kata... saya di sini ingin mengucapkan "Salam Kemerdekaa Ke-57" kepada semua rakan-rakan dan seluruh rakyat Malaysia. Cintailah Negara kita Malaysia.

17 Ogo 2014

iphone 5S Gadget Impian Setiap Blogger

iphone 5s Gadget Impian Setiap Blogger. Zaman sekarang ini hebat dengan teknologi terkini dan canggih. Hasil daripada teknologi ini, terciptanya satu mesin yang serba boleh dengan fungsi-fungsi yang tidak terjangkau oleh fikiran kita suatu masa dahulu, kini boleh dinikmati hasil daripada ciptaan manusia.


iPhone 5S Gadget Impian Setiap Blogger, 3 iPhone 5S untuk dimiliki
iPhone 5S Jadi Rebutan Setiap Blogger

iPhone 5s Gadget Impian Setiap Blogger


iPhone 5S, Smartphone iPhone 5S, Kecanggihan iPhone 5S, Kehebatan iPhone 5S, Tiga iPhone 5S Untuk Dimiliki
iPhone 5S

Ramai diantara kita sudah memiliki gadget masing-masing, tidak kiralah ianya dibeli, dapat cabutan bertuah, menang contest, dapat hadiah daripada sumbangan ibubapa dan sebagainya. Bermacam-macam jenis gadget dan jenama yang ada di pasaran. Antara yang selalu kita lihat adalah laptop, iPad, iPod, notebook, netbook, smartphone dan lain-lain lagi. Jenama yang ada di pasaran begitu banyak yang ada di pasaran seperti Samsung, Apple, HP, Acer, Toshiba, Asus, Sony dan sebagainya.


Aplikasi Blog Denaihati Untuk Android Dan iOS

Kini yang menjadi kegilaan ramai adalah iPhone 5S daripada Apple. Smartphone yang memberi 1001 cerita tentang kehebatannya, kecanggihannya dan fungsi yang memberi pengguna satu kepuasan yang amat jitu. Pastinya sesiapa yang sudah memiliki akan merasai bagaimana ianya berfungsi dan kecanggihan terserlah. Segalanya terserlah pada jenama yang memang diakui oleh orang ramai di seluruh dunia.

Jika mahu kepasatian, kita boleh tanya kepada rakan-rakan kita yang sudah mendapatkanya seperti Denaihati, Kamil Salleh, Khairi Mazri dan lain-lain yang menang melalui cabutan bertuah dan menang contest lain.

Tiga iPhone 5S Untuk Dimiliki


iPhone 5S, Tiga iPhone 5S Untuk Dimiliki
iPhone 5S Gadget Impian Setiap Blogger

Sekarang ini sedang giat dijalankan satu contest hebat dan lumayan hadiahnya untuk anda perolehi. Satu contest yang memberi anda satu kepuasan yang anda ingini sepanjang hidup. Satu impian setiap blogger agar dapat memiliki "Tiga iPhone 5S Untuk Dimiliki" setiap seorang menjadi rebutan dan menjadi impian satu kenyataan. Contest ini sudah tentu dianjurkan oleh blogger hebat yang tidak asing lagi di Malaysia iaitu blog Denaihati.

Jika anda berminit dan teringin untuk memiliki salah satu daripada tiga iPhone 5S, bolehlah berkunjung ke contest ini "iPhone 5S Gadget Impian Setiap Blogger" untuk mendapatkan sedikit sebanyak keterangan dan ringkasan tentang contest ini sebagai panduan.

Cabaran ini akan dijalankan secara berperingkat-peringkat, walaupun agak susah tetapi berbaloi untuk sesiapa yang tahan segala cabaran yang dihadapi. Ada sesuatu tugas yang perlu dihadapi, ia akan diberitahu oleh penganjur dari masa kesemasa.


Tugasan Pertama Cabaran iPhone 5s



  • Menulis satu entri sebagai tiket untuk ikut serta contest dengan tajuk “iPhone 5s gajet impian setiap blogger” 
  • Pengisian entri adalah bebas tetapi mesti kreatif dan mengikut cara penulisan blog yang betul dengan memasukan : 
  • Satu backlinks kepada blog Denaihati. 
  • Entri mesti tidak kurang daripada 300 perkataan. 
  • Senaraikan semua blog penaja dengan backlinks. Dapatkan senarai penaja di bawah. 
  • Tarikh terakhir menulis entri cabaran iPhone 5s adalah pada 11.59 pm, 24/8/2014. 
  • Peserta diwajibkan meletakan satu banner Denaihati di mana-mana posisi di blog anda. Pilihan banner Denaihati.
  • Sila tinggalkan link di entri cabaran iPhone 5s.
  • Semua peserta akan diberi masa dan peluang yang mencukupi untuk bersaing bagi memiliki gajet impian iPhone 5s. Semua penaja juga layak untuk menjadi peserta cabaran iPhone 5s.

Hadiah Cabaran iPhone 5s

  • Hadiah Utama : Tiga unit iPhone 5s 16GB untuk tiga pemenang. 
  • Hadiah saguhati : Wang Tunai akan diumumkan jumlah dan katogeri di entri yang lain.


Saya sebagai peserta ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penganjur dan semua penaja. Siapakah penaja yang begitu berminat menaja contest yang hebat ini. 23 penaja yang telah memberi sumbagan iaitu:
Penaja Utama:
 
   1.   http://amariman.com 


Penaja Individu:

  1. http://www.ombakcreatives.com
  2. http://ejamothman.com
  3. http://www.eridy.com
  4. http://www.hilalazmi.com
  5. http://www.eizil.com
  6. http://www.asamboi.my
  7. http://www.diarymama.com
  8. http://pendekarberkuda.org
  9. http://www.saji.my
  10. http://abangensem.com
  11. http://www.enveeus.com
  12. http://www.pakarniaga.com
  13. http://anarm.net
  14. http://www.daddydee.net
  15. http://www.sunshinekelly.com
  16. http://sweetkurma.com
  17. http://awn.my
  18. http://mawarmerah2008.com
  19. http://www.blogieta.com
  20. http://www.broframestone.com
  21. http://www.akmaomar.com
  22. http://khairilmazri.com
  23. http://wowberita.org/
  24. Japan Budget Trip
Pada asalnya arwah Syuhada Baharudin (http://www.syuhada1981.com @ http://syuhadabaharudin.com) juga salah seorang penaja tetapi tidak sempat. Kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah untuk arwah semoga tajaan ini menjadi sedekah yang terima oleh ALLAH. Terima kasih tidak terhingga juga untuk semua penaja contest iPhone 5S ini.

Akhir kata.... Selamat berjaya kepada semua peserta yang begitu bersungguh-sungguh ingin mendapatkan iPhone 5S dalam contest "iPhone 5S Gadget Impian Setiap Blogger". Semoga impian saya dan semua peserta menjadi kenyataan. Insha Allah.......!!!