Top Seo Friendly

Bajet 2015: BR1M Naik Sehingga RM950 « Top Seo Friendly

11 Okt 2014

Bajet 2015: BR1M Naik Sehingga RM950

By aniza ghazali  |  Sabtu, Oktober 11, 2014 3 comments

Bajet 2015: BR1M Naik Sehingga RM950. Keperihatin kerajaan terhadap bebanan rakyat yang terpaksa dipikul berikutan kenaikan kos sara hidup. Selain itu juga kerajaan mengambil kira kemampuan fiskal negara.

Bajet 2015, BR1M Naik, RM950
Bajet 2015: BR1M Naik RM950

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 4.0 daripada RM650 kepada RM950 bagi isirumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah.

Kaedah pembayaran akan dilakukan sebanyak tiga kali dalam setahun iaitu sebanyak RM300 pada bulan Januari dan Mei sementara RM350 akan dibayar dalam bulan September 2015.


Bajet 2015: BR1M Naik Sehingga RM950
BR1M 4.0

Bagi isirumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 pula, kerajaan menaikan BR1M sebanyak RM300 iaitu daripada RM450 kepada RM750. Kaedah bayaran sebanyak RM200 untuk bulan Januari dan Mei sementara itu baki RM350 akan diberi pada bulan September 2015 tahun depan.

Kerajaan juga akan meningkatkan BR1M bagi individu bujan 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan daripada RM300 kepada RM350 dan pembayaran akan dibayar sekaligus mulai awal Januari 2015.

Sementara itu, insuran takafur berkelompok (i-BR1M) akan ditukar atau diganti dengan Skim Khairat Kematian yang akan memberi manfaat kepada pewaris dengan kadar bayaran sebanyak RM1,000.

Author: aniza ghazali

Salam, Saya Kamil Salleh 2, Saya adalah admin blog Top Seo Friendly: Terima kasih saya ucapkan di atas kesudian kalian untuk mengunjungi blog ini. Tanpa kehadiran anda, blog ini tiada maknanya. Semoga artikel yang diterbitkan di blog ini banyak memberi manfaat kepada anda. Wassalam.....

3 ulasan:

  1. Yehhhh.... bestnya dapat RM950, bolehlah buat digunakan untuk isi minyak motor tahundepan.

    BalasPadam
  2. alhamdulillah.. dapat mmbantu org yg susah walaupun masih belum ckup..

    BalasPadam
  3. Setakat sekali ja nak dapat BR1M ni memang tak membantu sangat la..pendapat MV la...

    BalasPadam

Terima kasih sudi mengunjungi blog ini. Semoga anda dapat banyak manfaat. Saya akan membalas setiap komen yang anda berikan. Blog ini sunyi tanpa komen daripada anda semua.

Jom Kongsikan Artikel Ini

Dapatkan Entri Terkini

Sila Isikan Emel Anda Di Sini ' "Langganan Artikel Terkini Terus Ke Emel Anda"

Artikel Terkini

© 2014 Top Seo Friendly | Published By Pro Templates Lab | Powered By Blogger | Created By BloggerTheme9 | Design By sensasi2020
TOP