25 Dis 2015

Jom Sertai Contest SEO Hadiah Lumayan

Jom Sertai Contest SEO Hadiah Lumayan | Banyak Contest SEO yang dianjurkan oleh blogger Malaysia di penghujung tahun 2015 ini. Anda boleh sertainya jika berminat untuk mendapat hadiah lumayan. Kita bukan sekadar dapat menguji SEO sambil itu boleh jana wang melalui blog.



Jom Sertai Contest SEO Hadiah Lumayan
Contest SEO


Jom Sertai Contest SEO Hadiah Lumayan


Rugi rasanya jika ada blog tetapi tidak sertai apa-apa contest. Ada 2 contest SEO yang patut anda sertai. Di antara  2 contest SEO yang perlu anda sertai adalah:



Jom Sertai Contest SEO Hadiah Lumayan
Contest Review Lynk.my 2015

Contest ini berbentuk review tetapi masih dalam kategori Contest SEO. Jika dilihat kepada hadiahnya, RM4000 disediakan untuk pemenang yang berjaya. Ada 3 kategori yang disediakan. 

  1. Top SEO - Hadiah disediakan untuk tempat pertama, kedua dan ketiga untuk entri yang berada di page pertama di google.my enjin carian dengan menggunakan "New Incogneto Window". Hadiah keseluruhan kategori SEO adalah RM900. Apa yang perlu dilakukan adalah buat artikel yang mesra SEO dan disukai Google.

  2. Top Kreatif - Hadiah diberi kepada pemenang yang mendapat jumlah mata yang pertama, kedua dan ketiga tertinggi dalam artikel yang kreatif tentang review di website lynk.my. Hadiah keseluruhan top kreatif adalah RM1700. Semua artikel yang kreatif akan dinilai oleh pengadil daripada penganjur sendiri.

  3. Top LynkUndi - Hadiah ini dihadiahkan kepada peserta yang mendapat undian pertama, kedua dan ketiga dalam undian yang dipilih oleh pembaca yang klik link UNDI anda. Jom undilah saya ya untuk anda memilih saya untuk dapatkan hadiahnya.



Jom Sertai Contest SEO Hadiah Lumayan
Pengalaman Bersama ONEXOX


Contest ini anda juga patut sertainya, ada hadiah lumayan sedang menanti peserta yang berjaya dengan memilih artikel yang terbaik atau top di engin carian google.my. Ia juga dalam kategori contest SEO. Hadiah keseluruhan berjumlah RM2350. Wow....hadiah lumayan bukan? Apa tunggu lagi......! Jika berminat boleh sertai di Contest SEO terbaik 2015. Sebelum itu daftar dahulu di blog terbabit di bahagian pendaftaran.

Hadiah yang ditawarkan adalah seperti berikut:
  1. Hadiah pertama - RM1000
  2. Hadiah kedua - RM500
  3. Hadiah ketiga - RM300
  4. Hadiah keempat - RM200
  5. Hadiah kelima - RM100
  6. Hadiah keenam - RM50
  7. Hadiah ketujuh - RM50
  8. Hadiah kelapan - RM50
  9. Hadiah kesembilan - RM50
  10. Hadiah kesepuluh - RM50

Apa yang perlu anda lakukan adalah buat artikel pertama dahulu, yakni dengan menggunakan keyword "Nak Simkad ONEXOX Percuma". Selepas itu anda dapat simkad terus ke alamat anda yang diisi ketika mendaftar. Selepas sebulan menggunakan simkad ONEXOX, anda dikehendaki membuat artikel menggunakan keyword "Pengalam Bersama ONEXOX" dan hantar link entri tersebut di blog penganjur.

Apa tunggu lagi, jom cepat-cepat sertainya sebelum ianya ditutup. Nak tahu tempoh bila tamat, bolehlah klik di mana-mana link yang saya sertakan di dalam artikel ini.

Kesimpulannya

Kesemua contest SEO ini sepatutnya anda sertai, bukan saja anda dapat menguji kemesraan SEO artikel anda disamping itu dapat jana income melalui blog dengan menyertai "Jom Sertai Contest SEO Hadiah Lumayan" yang sedang anda baca sekarang ini.

Insha Allah anda berpeluang untuk dapatkana atau dapat menang mana-mana contest SEO yang anda sertai. Saya pun kini sedang beria-ia untuk mendapatkan di kedudukan terbaik di Search Engine Result Page (SERP) di engin carian google.my. Semoga berjaya buat semua peserta.

Teruja Kisah Pengalaman Bersama ONEXOX

Teruja Kisah Pengalaman Bersama ONEXOX | Kenapa teruja? Yalah mana tidaknya? Boleh dapat simkad percuma dengan hanya menyertai Contest SEO "Pengalaman Bersama ONEXOX". Setiap pengalaman akan memberikan kita satu perasan teruja dan sudah pasti akan diceritakan kepada orang lain pengalaman tersebut.


Teruja Kisah Pengalaman Bersama ONEXOX
Simkad ONEXOX Percuma - Pengalaman Bersama ONEXOX


Teruja Kisah Pengalaman Bersama ONEXOX


Siapa tidak teruja dapat simkad ONEXOX Percuma? Nak dapat secara percuma sangat mudah, hanya perlu daftar di Contest SEO ONEXOX. Selepas itu kena buat entri berkaitan "Nak Simkad ONEXOX Percuma". Sangat mudah sekali, tanpa perlu mengeluarkan sesen pun wang kita untuk dapatkan simkad ONEXOX tersebut.

Apabila telah daftar, simkad anda akan dihantar terus ke rumah/alamat yang telah anda daftarkan. Apabila simkad ONEXOX tersebut dah sampai ke tangan anda, perkara yang mustahak sekali adalah dengan mengaktifkannya dan menggunakannya selama sebulan. Selepas sebulan, kita dikehendaki menulis entri berkaitan keyword "Pengalaman Bersama ONEXOX". Ceritakanlah kisah anda selama menggunakan simkad ONEXOX.

Biasanya pengalaman ini dapat kita ceritakan setelah kita sendiri menggunakan rangkaian telco ONEXOX. Ceritalah apa saja sepanjang anda gunakan simkad ONEXOX. Apakah kebaikan simkad ini berbanding telco lain?. 

Bolehlah tulis dan ceritakan berkaitan kelajuannya bila menggunakan internet? Bagaimana keadaan semasa membuat panggilan, menghantar SMS dan yang paling penting sekali, ada masalahkah sepanjang penggunaanya?

Bagi diri ini, ia satu pengalaman yang amat menarik. Keterujaan kisah pengalaman bersama ONEXOX boleh dibuat rujukan dan panduan jika terjadinya sesuatu masalah. Bila ada pengunjung yang membaca artikel kita, ia memberi banyak panduan dan saranan kepada kita agar lebih baik lagi di masa depan nanti.

Nak mengetahui lebih lanjut lagi tentang Simkad ONEXOX bolehlah rujuk di mana-mana saja, terutamanya melalui internet. 

Akhir kata...jangan lupa baca "Teruja Kisah Pengalaman Bersama ONEXOX" ini bagi mendapatkan gambaran sebenar tentang pengalaman tersebut. Jika mahu menarik lagi boleh sertai Contest SEO, yakni "Contest Review Lynk.my 2015". 

20 Dis 2015

Giveaway By Mrs Fara Bernilai RM329

Giveaway By Mrs Fara bernilai RM329 | Apa kata dipenghujung tahun 2015 ini,anda sertai giveaway yang simple, mudah dan menarik hadiahnya. Sekadar untuk menambahkan rakan kenalan blogger yang sedia ada dengan follow blog Mrs Fara.



Giveaway By Mrs Fara bernilai RM329
Giveaway By Mrs Fara Bernilai RM329


Giveaway By Mrs Fara bernilai RM329

Jom mari sertai giveaway/segmen untuk merebut hadiah bernilai RM329 keseluruhan. Syarat-syarat yang perlu diikuti amat mudah sahaja iaitu:

  • 3) Follow Instagram oh_farra : oh_farra

Apa yang perlu dilakukan hanyalah follow ketiga-tiga link, iaitu Follow Blog Mrs Fara, Follow Page Kosmetik Murah dan Follow Instagram oh_farra.

Selepas folow ketiga-tiga link di atas kemudian linkkan banner di atas ke Blog Mrs Fara dengan membuat entri/artikel berkaitan tajuk yang diberikan "Giveaway By Mrs Fara bernilai RM329" dan letakkan link artikel tersebut di blog beliau.


Giveaway ini bermula 24/11/2015 sehingga 31/12/2015. Giveaway yang agar lama juga panjang tempoh masanya. Ada peluang untuk membuat entri tersebut.


Hadiah Untuk Giveaway

Setiap segmen pasti ada hadiah yang disediakan oleh penganjur, Set produk tersebut bernilai RM329 keseluruhan untuk diberikan kepada pemenang yang menyertai giveaway ini. Apakah hadiah tersebut:


E.V.E Strawberry Fever

  • E.V.E Strawberry Fever

Setiap produk ada keistimewaan, kelebihan dan kebaikannya. Diantara yang boleh kita rumuskan adalah seperti berikut:

  1. Membersihkan pengumpulan toksin dan logam berat agar lebih bertenaga dan memberikan kesihatan yang baik.
  2. Meningkatkan penghadaman makanan dalam tubuh, meningkatkan kadar metabolisma dalam darah dan mengurangkan kembung perut dan bergas.
  3. Membina sistem imunasi yang kuat dan teguh.
  4. Membersihkan cacing, parasit dan telur-telurnya dalam usus/badan.
  5. Meningkatkan keupayaan badan untuk menyerap nutrisi daripada makanan yang kita makan.
  6. Membantu mengurangkan berat badan berlebihan agar kelihatan normal dan langsing.

  • E.V.E 7 In 1 VSphere Serum - RM100

  • E.V.E 6 In 1 Day Cream - RM90

  • E.V.E All In 1 Bar - RM69
  • Satu Kotak 15 Paket - RM70


Jika sudi rajin-rajinlah menyertai "Giveaway By Mrs Fara Bernilai RM329". Mana tahu tuah anda di hujung tahun 2015 ini. Sudi-sudilah sertai giveaway dan blogwalking ke rakan-rakan peserta lain. Semoga berjaya kepada semua peserta.

Untuk mendapatkan hadiah yang lebih besar lagi bolehlah sertai Contest SEO ini:

19 Dis 2015

Apa Itu Niche Blog Dan Kegunaanya

Apa Itu Niche Blog Dan Kegunaanya | Ramai pemilik blog masih tidak tahu tentang niche dan kegunaanya yang sebenar. Tidak mengapa, saya akan huraikan sebaik mungkin agar anda semua memahaminya. Ia akan menjadikan blog anda lebih berautoriti dan mendapat sesuatu kebaikan daripadanya.



Apa Itu Niche Blog Dan Kegunaanya
Niche Blog

Apa Itu Niche Blog Dan Kegunaanya?

Niche blog adalah sebuah blog yang hanya memfokuskan sesuatu perkara khusus berkaitan topik, tema yang berkaitan dengannya sahaja dalam sebuah blog atau website. Contoh mudah adalah anda ada sebuah kedai menjual khas untuk bayi sahaja. Maka...barangan yang anda jual hanya tertumpu pada bayi seperti susu bayi, pakaian bayi, barangan mainan untuk bayi, makanan untuk bayi dan sebagainya.

Ia tidak akan memfokuskan perkara lain di dalam blog mereka. Ini bagi memudahkan pembaca untuk mencari maklumat yang mereka perlukan. Jika blog yang menggunakan pelbagai topik, maka sudah tentu pembacakan tercari-cari di mana maklumat yang mereka perlukan itu. Ini memerlukan percarian yang amat sukar untuk ditemui.


Kelebihan Dan Kegunaan Niche Blog?

Mari kita cari kelebihan yang ada pada blog yang mempunyai niche tertentu dan khusus satu topik sahaja dan tidak mempelbagaikan topik lain di dalamnya. Diantara kelebihannya adalah:


  • Lebih mudah untuk dicari oleh pembaca. Ini bermakna pembaca akan lebih mudah mencari sesuatu perkara atau topik. Segala maklumat berkaitan akan ada di blog tersebut. Pemilik blog juga harus gunakan niche tersebut dengan sebaiknya, jika dicampur-aduk dengan topik lain maka blog itu tidak ada autoriti.
  • Lebih mudah untuk menjadikan blog itu berautoriti. Beroutoriti bermakna blog itu ada identiti tersendiri terhadap sesuatu perkara dan tidak menyiarkan/menulis artikel di luar bidang kuasa mereka atau di luar dari tajuk niche tersebut. Bila blog ada autoriti., maka blog itu disayangi oleh Google.
  • Lebih mudah pembaca membuat rujukan terhadap blog terbabit. Bila dah tahu sesuatu blog itu ada niche tertentu dan tersendiri, maka blog itu akan mendapat trafik yang tinggi kerana mereka akan terus berada di satu-satu blog tanpa pergi ke blog lain lagi kerana sudah ada maklumat yang mereka perlukan.
  • Lebih mudah dioptimasi. yakna mudah dikendalikan oleh empunya penulis blog kerana hanya perlu fokuskan kepada satu saja perkara. Walau pun hanya difokuskan kepada satu jenis tetapi dipecahkan tajuk/keyword tersebut tajuk-tajuk kecil yang lain.
  • Lebih mudah diindex oleh Google, yakni artikel tersebut cepat berada di Search Engine Result Page (SERP). Sebaik-baiknya entri tersebut, 1 hingga 2 minit dah berada di page enjin carian Google. 
  • Nilai "Click Per Click" (CPC) lebih tinggi nilainya. Ia dikhaskan untuk iklan Adsense.

Jenis-Jenis Niche Blog

Jika diambil kira keadaan semasa, terdapat 4 jenis Niche blog yang boleh kita kategorikan. Setiap jenis niche ada maknanya yang tersendiri. Apakah jenis niche blog tersebut:

  • Broad-niche - Niche blog yang tidak membahas keseluruhan topik, melainkan sebahagian kecil topik sahaja. Contoh jika blog anda membahas berkaitan Buffet, maka blog anda akan membahas bagaimana blog boleh menghasilkan wang, jadi pembahasannya meliputi, tempat buffet, harga buffet, keistimewaan buffet dan makanan buffet yang disediakan di blog anda.
  • Micro-niche - Niche blog yang sangat sempit dan begitu terarah dengan sekala kecil. Misalnya topik blog anda adalah berkaitan blog, maka pembahasan di niche blog anda nantinya hanya membahas tentang blog tertentu sahaja seperti SEO On Page, khusus untuk keyword blog.
  • Themed-niche - Niche blog yang sudah mengarah ke suatu topik tertentu saja. Misalnya blog anda topiknya berkenaan Blogger, maka pembahasan di blog anda hanya SEO Off Page untuk blogger saja.
  • Whole-niche - Niche blog yang membahas pelbagai topik. Ambil contoh jika blog Anda membahas tentang SEO, maka anda membahas seluruh topik SEO, mulai dari template SEO, panduan SEO, Tip SEO dan keseluruhan SEO yang berkaitan.

Kesimpulannya:

Niche blog sangat bagus untuk sesebuah blog, ia memfokuskan hanya topik tertentu sahaja dan tidak membicarakan di luar bidang kuasa sesuatu perkara lain. Walau bagaimana pun setiap kelebihan sesuatu niche blog, pasti ada kekurangannya. 

Kekurangan yang tidak menggunakan niche blog adalah dari segi trafiknya. Kadang-kadang tinggi dan ada kalanya ia berkurangan. Jika ada artikel yang panas/hot, ia meningkat naik dan begitulah sebaliknya.

Niche blog adalah pilihan penulis blog itu sendiri, di mana mereka fikirkan yang terbaik untuk blog mereka? Tidak menjadi kesalahan, jika blog itu mempelbagaikan niche blog pun. Apa yang penting, ia memberi anda keselesaan terhadap apa yang anda ingin kongsikan kepada pembaca.

Jika ingin tahu lebih lanjut tentang sesuatu blog, bolehlah baca artikel ini "Istilah Berkaitan Blog Dan SEO" untuk menambahkan lagi pengetahuan anda terhadap BLOG dan SEO. Jika untuk menguji Niche Blog dan SEO,  boleh ikuti contest SEO dengan menggunakan link di bawah:



14 Dis 2015

Contest Review Lynk.my 2015 Jatuh Teruk Di SERP

Contest Review Lynk.my 2015 Jatuh Teruk Di SERP. Mengikut keputusan semasa, artikel contest penyertaan saya tidak begitu memberangsangkan. Semakin hari semakin jatuh teruk di SERP, Kenapa? Saya akan cuba cari permasalahan, kenapa ianya jatuh teruk. moga sedikit sebanyak boleh cuba atasi, itu seandainya masalah ini dapat diatasi.


Contest Review Lynk.my 2015 Jatuh Teruk Di SERP
Search Engine Optimization

Contest Review Lynk.my 2015 Jatuh Teruk Di SERP

Semakin hari semakin teruk artikel saya yang menggunakan keyword "Contest Review Lynk.my 2015". Adakah kerana artikel saya tidak berkualiti atau kerana ada sebab-sebab lain yang perlu kita carikan permasalahannya?

Mengikut pencarian saya dalam artikel ini, banyak lagi yang perlu diperbaiki untuk mencapai status content atau entri yang disukai Google.

Apakah sebenarnya yang terjadi dengan entri contest saya ini. pasti ada sebab-sebabnya. Kenapa ianya terjadi sehingga jatuh menjunam di SERP? Jom mari saya huraikan sebanyak mungkin sebab-sebab dan permasalahannya.

  • Content

Mengikut perkiraan saya tentang content belum cukup mantap walaupun jumlah perkataan sudah dikira sudah melebihi apa yang diperlukan.

Saya buat tajuk index seperti contoh di permulaan artikel di artikel Contest Review Lynk.my 2015. Kemungkinan ia tidak cukup sempurna di mata Google. Rasanya ia perlu ada link di title menuju ke artikel penuh. Walau bagaimana pun, ini adalah percubaan saya unuk menggunakannya, mana tahu ia berkesan. Apa pun ini cuma satu kajian buat saya juga.

  • Kelajuan/Loading Blog


Contest Review Lynk,y Jatuh Teruk Di SERP
Pingdom - Speed Test Blog


Contest Review Lynk.my Jatuh Teruk Di SERP
GTmetrix - Check Speed Test Blog

Jika dilihat prestasi kelajuan/loading blog belum cukup mantap. Ini juga menjadi penilaian daripada Google. Namun begitu, saya akan cuba perbaiki dari masa ke semasa. Ada banyak blog yang di luar sana membuat tutorial berkaitan isu permasalahan ini. Boleh check di GTmetrix atau Pingdom.

  • SEO

SEO atau Search Engine Optimization, yakni adalah merupakan satu teknik agar sesuatu laman sesawang atau laman blog berada di page pertama (SERP) bila sesuatu keyword dicari oleh pengguna internet yang sentiasa mencari info tertentu bagi mendapatkan lebih banyak gambaran tentang sesuatu. Biasanya engine carian yang biasa digunakan adalah Google, Bing, Yahoo dan sebagainya.

  • Backlink


Contest Review Lynk.my 2015 Jatuh Teruk Di SERP
Majestic - Check Backlink

Secara mudahnya, backlink itu adalah pautan luar yang menuju ke laman blog atau laman sesawang kita. Ada pelbagai backlink yang boleh kita kategorikan, ianya datang dalam pelbagai sumber. Semakin banyak backlink semakin berautoriti blog kita dan semakin mudah berada di page 1 di SERP. Semakin tinggi External Backlink semakin baik untuk blog kita. Boleh check di "Backlink Checker" untuk dapatkan keputusan yang sebenar.

  • Domain Authority Checker

Contest Review lynk.my 2015 Jatuh Teruk Di SERP
Smallseotool - Domain Authority Checker

Walaupun keputusan Domain Authority Checker adalah tinggi (90.98%) tetapi belum cukup untuk membuatkan blog saya berada di kedudukan terbaik di SERP. Kedudukan di SERP bukan hanya dinilai berdasarkan Domain sahaja, ia meliputi kesemua yang saya senaraikan di artikel ini. Kemungkinan dengan Total Link yang rendah (66) membuatkan ia dinilai tidak beberapa bagus di mata Googlebot. Boleh check Domain Authority Checker jika mahu tahu result domain blog anda.


Kesimpulannya

Tiada apa yang boleh dilakukan untuk menjadikan blog ini dinilai sebagai power SEO. Kadang-kadang, blog itu juga dinilai kepada berapa lama dah ia diwujudkan/dilahirkan atau pun didaftarkan. Semakin lama umur blog itu, maka semakin banyak backlink terhasil. 

Mana mungkin jika baru satu hari umur sesuatu blog, sudah pasti artikelnya berada di kedudukan yang di bawah pada engine carian. Lihat pula pada entri ini Contest Review Lynk.my 2015 Jatuh Teruk Di SERP, adakah ianya berada di kedudukan terbaik, sama-sama kita nantikannya.

Lihat saja pada blog Hasrul Hassan, Denaihati, Blogger Lelaki, Akma Omar, Calrasepatrick, Adibsite, BinMuhammad dan ramai lagi blogger yang hebat-hebat.

11 Dis 2015

Apa Itu Backlink?

Apa Itu Backlink? Apabila kita memperkatakan backlink, sudah pasti kita tidak terlepas memperkatakan SEO. Adakah backlink ada hubungkait dengan SEO? Apakah kebaikan dan kepentingan backlink terhadap blog kita? 




Apa Itu Backlink
Backlink


Apa Itu Backlink?

Secara teorinya, backlink itu adalah pautan luar yang menuju ke laman blog atau laman web kita. Ada pelbagai backlink yang boleh kita kategorikan, ianya datang dalam pelbagai sumber.

Backlinks, also known as incoming linksinbound linksinlinks, and inward links, are incoming links to a website orweb page. In basic link terminology, a backlink is any link received by a web node (web page, directory, website, or top level domain) from another web node.[1]
Inbound links were originally important (before the emergence of search engines) as a primary means of web navigation; today, their significance lies in search engine optimization (SEO). The number of backlinks is one indication of the popularity or importance of that website or page (for example, this is one of the factors considered by Google to determine thePageRank of a webpage). Outside of SEO, the backlinks of a webpage may be of significant personal, cultural or semantic interest: they indicate who is paying attention to that page. Sumber: Wikipedia

Sumber Backlink

Mengikut keadaan ketika ini, ada banyak backlink yang boleh kita dapati. Lebih lagi jika dapat backlink organik. Sumber yang boleh diperolehi ada pelbagai. Diantaranya adalah:

  • Laman Web atau laman blog.
  • Berkongsi di media sosial seperti Google +, Facebook,  Twitter,  Instagram, Pinterest dan sebagainya.
  • Video daripada Youtube.
  • Laman Ping.
  • Pembincangan melalui forum.
  • Apa saja yang boleh didapati di internet melalui pencarian di enjin carian seperti Google, Yahoo, Internet Explorer, MSN dan sebagainya.
  • Website direktori seperti bisnes, sosial bookmark, tutorial, review dan sebagainya.


Kenapa Backlink Penting?

Ramai yang mengatakan backlink penting untuk blog agar lebih mesra SEO. Kepentingan utama backlink adalah kerana:
  • Dengan jumlah backlink yang banyak akan memberi kedudukan terbaik terhadap entri/artikel kita dan juga blog kita di mesin enjin carian.
  • Memberi lebih nilai peratusan terhadap blog kita dengan isyarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh mesin enjin carian.
  • Bertambah berkualiti sesuatu artikel/entri semakin baik kedudukan di Search Engin Result Page (SERP).
  • Blog kita diberikan status blog/website berautoriti.
  • Artikel/entri kita semakin cepat di index oleh Googlebot.

Bagaimana Backlink Terhasil?

Ada pelbagai cara untuk menghasilkan backlink dan ia juga dipanggil "Link Building". Yakni mendapatkan backlink melalui website orang lain menuju ke blog kita. 


Bagaimana pula mahu dapatkannya?

  • Kita perlu mencari kaedah yang terbaik dan terkini agar artikel kita berada di tangga teratas atau sekurang-kurangnya berada di halaman pertama di engin carian. Semakin baik kedudukan entri kita semakin banyak backlink yang terhasil. Saya pun kini masih mencarinya dan mahu dapatkannya. Orang kata kena buat content/entri yang berkualiti.
  • Backlink mempunyai pengaruh terhadap SEO. Semakin mesra SEO blog kita semakin bernilai atau berautoriti blog kita dan semakin disukai Google atau pun engin carian lain. Biasanya mudah dicari dengan melihat melalui "Google Chrome, New Incognito Window".
  • Semakin tinggi trafik di blog kita semakin bertambah baik blog kita. Bagi mendapatkan trafik tinggi, digalakkan buat blogwalking atau menjelajah boleh orang lain yang mempunyai pengaruh yang tinggi di internet. Tinggalkan jejak dengan komen di blog mereka.
  • Jadi penulis jemputan di blog yang popular atau berpengaruh.
  • Minta jasa baik rakan blogger lain mereview blog kita dan cuba ubah apa komen atau saranan yang mereka berikan.
  • Cari link mati (Broken Link) yang ada di blog anda dan cuba perbaiki atau membuangnya. Boleh gunakan tool ini untuk buang "Broken Link" yang ada di blog kita.
  • Ikut cara blogger terkenal lakukan dan cuba tanya teknik mereka gunakan berkaitan tip SEO, teknik SEO, bagaimana mereka boleh menang Contest SEO dan sebagainya.
  • Mengintip backlink dan strategi yang blogger lain gunakan. Biasanya kita boleh mengintip melalui website "Majestic SEO" dan cuba praktikkannya.
  • Menggunakan keyword yang dapat menarik pengunjung atau pembaca ke entri/blog anda. Terutamanya dengan kongsi link entri di Whatsapp, Instagram, Telegram, Facebook, Twitter, Google + dan sebagainya.
  • Menyuruh atau meminta rakan kita membuka blog kita melalui direct link atau carian terus dengan menaip di nama blog kita di kotak bar search. Contohnya http://topseofriendly.blogspot.com.


Kesimpulannya

Backlink sangat baik dan bagus untuk mendapatkan blog yang mesra SEO dan berkualiti. Jumlah backlink yang banyak boleh membuatkan blog kita disukai oleh Google. Cuba cari kaedah terkini bagaimana mendapatkan backlink organik. Semoga anda semua suka dengan arikel saya berkaitan "Apa Itu Backlink". Jika suka komenlah di ruangan komen. Sekian terima kasih......!

29 Nov 2015

Random Giveaway RM100 Follower HASRULHASSAN.COM

Random Giveaway RM100 Follower HASRULHASSAN.COM. Sempena meraikan sokongan rakan-rakan blogger, tuan Hasrul Hassan telah menganjurkan satu giveaway kerana blog beliau hasrulhasan.com telah berjaya mencapai leboh 15 juta pageview (hits). Beliau berasa amat bangga dengan pencapaian itu dan mengajak rakan-rakan blogger menyertai satu GIVEAWAY yang menawarkan 5 pemenang dipilih secara random (random.org)

Semenjak blog beliau dijenamakan semula pada tahun 2010, pageview beliau dari hari ke sehari, dari sebulan ke sebulan dan dari setahun ke setahun terus meningkat sehingga kini dikatakan melebihi 15 juta pageview, satu pencapaian yang amat hebat dan sukar dicapai kalau bukan kerana sokongan rakan-rakan blogger terhadap blog beliau. 

Tahniah buat blog hasrulhassan.com, semoga terus diminati ramai dan boleh mencapai pageview sebanyak 20 juta sedikit masa nanti. Insha Allah......!


Random Giveaway RM100 Follower HASRULHASSAN.COM
Random Giveaway RM100 Follower HASRULHASSAN.COM


Random Giveaway RM100 Follower HASRULHASSAN.COM

Jom sertai "Random Giveaway RM100 Follower HASRULHASSAN.COM" bagi menyokong hasrat beliau untuk meraikan pencapaian yang membanggakan dengan peningkatan pageview blog beliau sehingga mencapai 15 juta pageview.

Setiap peserta berpeluang untuk dipilih menjadi salah seorang daripada 5 pemenang bertuah yang dipilih secara random. Hanya peserta bertuah sahaja yang berjaya bukannya di pilih menerusi artikel terbaik atau melalui Contest Review atau Contest SEO.  

Apa yang perlu dibuat adalah wajib follower blog hasrulhassan.com melalui GOOGLE PLUS. Anda perlu klik butang Follower di blog beliau.

Beliau akan menyemak semua peserta sama ada dah follower atau pun sebaliknya. GIVEAWAY ini akan ditutup penyertaan pada 30 November. Masih ada kurang 2 hari lagi untuk ditamatkan.

Kita diperlukan untuk memberi sebab dan mengapa follow blog beliau. Boleh tulis secara ikhlas dan benar apa yang difikirkan perlu mengapa blog beliau menjadi tempat rujukan dan sumber maklumat berkaitan blogger atau blogspot.


Kenapa dan Mengapa Follower Blog HASRULHASSAN?

Oklah...secara ikhlas saya ceritakan kenapa dan mengapa saya follow blog beliau. Saya sudah lupa bila saya mula mengikuti perjalanan blog beliau. Kalau tak silap saya kemungkinan pada tahun 2011 saya dah mula follower blog beliau melalui blog sensasi2020.com tetapi untuk blog topseofriendly.blogspot.my baru saja follower. 

Tanpa membuang masa, jom saya sertakan sebab-musabab saya follower blog beliau:


  • Blog
Blog beliau banyak menjadi tempat rujukan pembaca yang menggunakan blogspot sebagai blog utama mereka. Namun begitu yang menggunakan Wordpress juga turut mengikuti blog beliau ini.

Blog beliau banyak menyiarkan artikel berkaitan tip berkaitan blog, blogging, teknik SEO, resepi, trip percutian, review, tip affiliate dan sebagainya.

Boleh dikataka setiap hari yang mengunjungi blog beliau untuk mencari info dan tip berkaitan blogging, blogspot, tip adsense dan sebagainya.



  • Personaliti
Seorang yang sentiasa tersenyum bila bersua dan mudah mesra bila bersama walaupun baru saja mengenali secara bersemuka. Kalau di alam maya, ramai yang sudah mengenali beliau. Namun bukan selalu dapat bersua dengan beliau secara bersemuka. Saya berjumpa pun kena menyertai event anjuran Denaihati, iaitu "Sepetang Bersama Blogger 2014". Boleh baca link ini, ada aktiviti semasa saya bersama Tuan Hasrul Hassan semasa di event tersebut.


Random Giveaway RM100 Follower HASRULHASSAN.COM
Bersama Blogger Hasrul Hassan


Apa yang menarik sudah pasti tentang status seorang "Husband Sepenuh Masa", yang menetap di Pulau Pinang. Sentiasa bersama anak-anak sepanjang masa, setiap hari sambil si isteri bekerja di luar negeri.

Seorang blogger husband sepenuh masa, maka banyak masa terluang untuk beliau menyediakan makanan dan minuman untuk anak-anak dan sudah pasti ada resepi yang sedap-sedap akan beliau menyediakan untuk sajian anak-anak setiap hari, maka sudah tentu ada resepi dan bersedia berkongsi resepi buat tatapan pembaca setia mereka.

Akhir kata jom sertai Random Giveaway RM100 Follower HASRULHASSAN.COM sekarang dan kongsikan kenapa anda suka dan follow blog beliau. Semoga berjaya terpilih di random.org nanti. Semoga berjaya..... Jangan lupa follower Google Plus saya juga sebagai rakan blogger anda.

Sekian terima kasih sudi menbaca artikel ini. Jimpa lagi di lain giveaway....!

22 Nov 2015

Cara Buat Duit Earning Youtube Adsense

Cara Buat Duit Earning Youtube Adsense selain boleh mendapatkannya melalui iklan di blog melalui Google Adsense. Kita sedia maklum, sudah ramai yang mendapat duit melalui blog tetapi rasanya masih ramai yang tidak tahu atau masih bagaimana cara buat duit melalui youtube? Tanpa membuang masa, saya akan ceritakan bagaimana mendapatkan Earning Youtube Adsense?



Cara buat Duit Earning Youtube Adsense
Youtube Google Adsense



Sebelum ini kita hanya dapat buat duit melalui Google Adsense (iklan melalui blog). Contoh yang paling mudah, mereka pasang iklan seperti Nuffnang, Innity, iklan google adsense, iklan dengan program affiliate, sertai contest atau contest SEO dan sebagainya. Kini bolehlah kita cuba melalui Youtube Adsense pula.


Cara Buat Duit Earning Youtube Adsense


Jangan tangguh lagi. ikuti Cara Buat Duit Earning Youtube Adsense. Apakah cara tersebut?







Adakah anda sudah memiliki akaun YouTube Adsense?


Saya yakin anda sudah tahu bahawa sudah ramai anak-anak Malaysia kita yang buat duit di YouTube dan pada kali ini saya ingin berkongsi pula dengan anda tentang Cara Buat Duit Earning YouTube Adsense.

Baru-baru ini, salah seorang anak Malaysia kita, Masfira telah berkongsikan tentang ilmu buat duit dengan YouTube Adsense ini.

Masfira mendedahkan bagaimana dia boleh menjana RM300++ secara tetap setiap bulan, hanya dengan bekerja tidak lebih dari satu minggu untuk pendapatan tetap setiap hari selama bertahun-tahun.

Jangan terkejut, dia hanya menggunakan 10 buah video sahaja, dalam satu channel YouTube! Dia kata budak sekolah pun boleh buat! Hebat bukan?

Jika 1 channel, 10 video boleh jana RM300++ setiap bulan, bayangkan jika ada banyak channel, banyak video... Rasanya RM5000 sebulan pun tak mustahil.

Jujur saya kata, seronok juga jika kita boleh buat duit dengan YouTube Adsense ini. Jika sudah siap satu channel sempurna, boleh biarkan. Tinggal tunggu duit masuk dalam akaun sahaja.

Lagi-lagi kita dibayar dalam USD. Jika tukar ke duit Malaysia, 1 dollar sudah RM4.28. (ketika artikel ini ditulis) Wah... Masyuk juga tu. Boleh jimat untuk bayar cukai GST. Haha..

Untuk perkongsian ini, saya ingin berikan anda sebuah ebook percuma. Ianya adalah langkah demi langkah untuk menghasilkan akaun YouTube Adsense.

Boleh download di link ini. Percuma sahaja.

Jangan lupa pulak download panduan buat akaun YouTube Adsense ini.









Lihat Sendiri Bagaimana Penggiat Adsense Berusia 28 Tahun Berjaya Menjana 3 - 4 Angka Sebulan Dengan Adsense & Telah Membantu Ramai Rakyat Malaysia Menjana Wang Online Dengan Adsense Semudah A - B - C! Belajar, Upload dan Buat Duit. Gunakan cara ini sebaik mungkin. Ini jika anda tiada kemahiran dalam bab menghasilkan video, cara upload dan sebagainya.


  • Buat Sendiri Melalui Akaun Youtube



Youtube: Angrys Bird Decoration


Jika tidak mahu gunakan bantuan lain seperti apa yang telah disarankan di atas, bolehlah buat sendiri, yakni guna secara manual. Buat sendiri memerlukan banyak juga tip dan teknik agar tidak tersalah langkah-langkah yang harus dilakukan. Apa yang penting perlu ada akaun seperti Google Akaun. Youtube Akaun, rakam video berkaitan dan upload ke Youtube. Boleh lihat video di atas. Beginilah video yang saya sendiri hasilkan.untuk hasilkan income melalui "Cara Buat Duit Earning Youtube Adsense".



Tutorial Cara Buat Duit



  • Anda perlu ada akaun Google dahulu, jika belum buat akaun google sekarang. Mudah sahaja cara mendaftarnya.

Cara Buat Duit Earning Youtube Adsense
Buat Akaun Google


  • Buka Youtube dengan menggunakan akaun Google. Sebelum itu sign in dahulu dengan menggunakan akaun gmail yang telah daftar tadi.
  • Rakamkan apa saja video supaya rakaman itu untuk penonton dapat belajar dengan video anda tadi. Boleh lihat video di atas bagaimana cara saya rakaman video tersebut melalui iPhone 5s. Gunakan video tersebut secara semulajadi tanpa aapa-apa edit/suntingan. Mungkin untuk dapatkan lebih real dan menarik serta gambar dan audio berkualiti dengan menggunaka aplikasi video yang boleh dapat secara percuma di internet.
  • Selepas itu bolehlah UPLOAD ke Youtube video tersebut.
  • Kemudian setting di Youtube. Cari di bahagian My Channel, pilih Video Manager. Lihat foto di bawah. Klik anak panah (NO 1) dan (NO 2).

Cara Buat duit Earning Youtube Adsense
Video Manager



  • Pilih di Monetization dan Adsense Setting.

Cara Buat Duit Earning Youtube Adsense
Status Akaun

  • Tunggu kelulusan Google Adsense dahulu sebelum video ini dapat dihasilkan duit melaluinya. Ia akan dapat dilihat melalui Status Akaun kita. Saya tidak pasti tempoh berapa lama kelulusan ini diperolehi. Apa yang boleh saya katakan, ia mengikut budi bicara pihak GOOGLE.

Bukti Pendapatan Melalui Youtube Adsense



Di sini saya tunjukkan bukti pendapatan Earning yang diperolehi melalui Youtube Adsense. Walaupun tidak banyak, sekurang-kurangnya kita dapat melaluinya. Kita dapat dengan pendapatan USD (US Dollar) bukannya RM (Ringgit Malaysia). Jika anda dapat USD100 bersama dengan RM428.00. Menarikkan?


Cara buat duit Earning Youtube Adsense
Earning Youtube Adsense


Penutup


Akhir kata, bacalah dengan teliti setiap langkah dalam artikel ini "Cara buat Duit Earning Youtube Adsense" . Tutorial ini hanya untuk mereka yang ingin menjana pendapatan melalui Google Adsense. Jika anda seorang pemalas, artikel ini tidak sesuai untuk anda. 

Untuk yang tidak mahu buat secara manual boleh guna cara langkah yang pertama dan kedua di atas. Di situ disediakan panduan lengkap bagaimana cara mudah dan pantas menghasilkan duit. Dapatkan segera panduan tersebut supaya boleh dapat earning secepat mungkin.

Semoga anda berjaya mendapatkan Earning Google Adsense tersebut melalui Youtube Adsense. Insha Allah.... Di mana ada kemahuan di situ ada jalannya.

Wassalam......

18 Nov 2015

Cara Buat Duit Dengan Lynk.my

Bagaimana Cara Buat Duit Dengan Lynk.my? Pasti ada kaedah yang efektif boleh kita jalankan dalam mencari duit. Ada pelbagai cara untuk dapatkan sedikit wang sebagai pendapatan tambahan. Memang menjadi keperluan sekarang untuk menambah pendapatan tambahan. 



Cara Buat Duit Dengan lynk.my
Cara Buat Duit Dengan Lynk.my


Cara Buat Duit Dengan Lynk.com

Jom! Mari kita pelajari Cara Buat Duit Dengan Lynk.my. Nak tahu bagaimana caranya? Saya akan dedahkan rahsianya. Mungkin sudah ada yang dapat income melaluinya. Jangan risau..... saya akan terangkan satu persatu agar anda semua tahu cara paling mudah dan cepat.


Cara 1

  • Daftar dahulu dengan lynk dot my, boleh klik di URL "Cara Buat Duit Dengan lynk.my". Sebelum mendaftar, baca dahulu maklumat berkaitan di situ. Jangan lupa pilih Publisher. Paling mudah boleh klik di logo di bawah.


Cara buat Duit Dengan lynk.my
Click Here To Join Now

  • Isi maklumat yang berkaitan dengan diri anda seperti username, password, confirm password, emel anda dan pilih jenis akaun seperti Publisher atau Advertiser. Selepas isi semua maklumat, sila tekan " I Want To Join Lynk".

Cara Buat Duit Dengan Lynk.my
Cara Daftar Dengan Lynk Dot My

  • Kemudian pendaftaran anda akan disahkan oleh lynk dot my.
  • Di bawah adalah contoh yang link URL yang belum dan sudah di LINK IT.
  1. Belum dipendekkan: http://topseofriendly.blogspot.my/2015/11/cara-buat-duit-dengan-lynkmy.html
  2. Sudah dipendekkan: http://lynk.my/UFW

Cara 2

  • Contest ini adalah anjuran Lynk.my, sebuah website Malaysia No 1 URL Shortener, yakni yang menggunakan sistem memendekkan URL (link) blog, website, entri dan sebagainya. B
  • Anda berpeluang untuk dapat duit dengan cara sertai contest kerana ia menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM4000. banyak tu.....  
  • Sebelum anda diterima pendaftaran, anda perlu membuat entri yang bertajuk Contest Review Lynk.my 2015. Selepas itu mereka hantar link CONTEST ID dan link itulah yang digunakan untuk jana duit anda nanti. 
  • Ada 3 kategori dipertandingkan dan hadiahnya adalah seperti berikut:

Kategori SEO

  1. Tempat Pertama - RM500
  2. Tempat Kedua - RM300
  3. Tempat Ketiga - RM100

Kategori Kreatif

  1. Tempat Pertama - RM1000
  2. Tempat Kedua - RM500
  3. Tempat Ketiga - RM200

Kategori lynkUNDI

  1. Tempat Pertama - RM500
  2. Tempat Kedua - RM300
  3. Tempat Ketiga - RM100

Cara 3 

  • Berkongsi kepada sesiapa sahaja yang anda ingin kongsikan. Menyuruh mereka untuk sama-sama menggunakan URL Shortener ini. Kegunaanya untuk memendekkan link blog atau website, link kedai online anda dan sebagainya. Cara dan tutorial boleh ikuti di "Tutorial Penggunaan lynkdotmy dan Jana Pendapatan".
  • Pendaftarannya adalah percuma sahaja. Inilah peluang untuk mendapatkan duit dengan cara mudah dan cepat serta percuma. menarikkan?
  • Berkongsilah secara bijak di mana-mana yang anda fikirkan sesuai seperti di Facebook, Twitter, Instagram, WhatsApp, Review Blog, WeChat dan sebagainya.

Cara 4

  • Berdaftar secara percuma sebagai pengiklan atau Advertiser, yakni menjadi agen pengiklanan. Anda boleh mengiklankan perniagaan/bisnes anda di lynk.my. 
  • Bayaran hanya serendah RM10 sahaja. Jika anda menggunakan satu-satu tapak di blog, website orang lain sudah pasti memakan kos yang besar. 
  •  Boleh gunakan semaksimun yang boleh untuk jalankan iklan bisnes anda dan dengan itu sudah pasti ramai yang akan tertarik dengan iklan anda dan dapat menghasilkan keputusan yang baik dalam pendapatan yang diperolehi nanti.

Akhir sekali, saya menyeru kepada anda, gunalah peluang keemasan ini untuk mendapatkan duit secara sampingan. Anda pasti sudah faham bagaimana cara dapatkan duit dengan lynl.my disebabkan telah membaca artikel "Cara Buat Duit Dengan Lynk.my".  

Jangan lupa baca juga artikel terdahulu iaitu "Senarai Contest SEO Blogger 2015". Di sana ada contest SEO yang perlu anda sertai.

Terima kasih membaca artikel ini. Semoga gembira dan terhibur.

15 Nov 2015

Senarai Contest SEO Blogger 2015

SENARAI CONTEST SEO BLOGGER 2015



ContentsPendahuluanSenarai Contest SEO Blogger 2015
  • Contest Review Lynk.my 2013
  • Contest SEO Pengalaman Bersama ONEXOX
  • Contest SEO Malaysia Best Blog 2015
  • Contest SEO Jom Aktifkan Mykad
  • Contest SEO Petua dan Herba Kongsibersamanora
  • Contest SEO Pro kas Sakit Lutut
  • Kontest Telekung Reehans Pilihan Mujslimah
Penutup




Pendahuluan

Senarai Contest SEO Blogger 2015. Kita kini dah dekat dipenghujung tahun 2015. Pelbagai contest seo yang telah dianjurkan oleh blogger Malaysia, khas untuk blogger Malaysia yang bergiat aktif setiap tahun. Bagi mereka menyertai Contest SEO sangat bagus untuk mengetahui di mana tahap SEO entri/blog di mata Search Engine Results Page (SERP).




Senarai Contest SEO Blogger 2015
Senarai Contest SEO Blogger 2015


Senarai Contest SEO Blogger 2015

Sepanjang tahun pasti ada blogger Malaysia yang telah menganjur Contest SEO untuk memberi peluang kepada pengendali blog-blog di Malaysia agar mereka dapat menghasilkan artikel atau content yang berkualiti dan terbaik. Ada banyak tujuan sebenarnya penganjur menjalankan sesuatu Contest SEO yang boleh kita kumpulkan tujuan sebenar mereka. Apakah tujuan mereka itu? Jom mari baca artikel ini sampai habis ye......

Di sini saya menyenaraikan Contest yang telah dan sedang berjalan ketika ini. Inilah peluang untuk mana-mana blogger untuk menyertainya. Peluang begini jangan dilepaskan begitu saja. 

Tidak ada salahnya untuk kita mencuba nasib atau dalam erti kata yang sebenar, kita dapat banyak manfaat apabila kita menyertai Contest SEO tersebut. Apakah senarai yang dijalankan sepanjang tahun 2015 ini.


Contest Review Lynk.my adalah contest untuk reviewkan satu website yang mengaplikasikan satu sistem untuk memendekkan link website/blog/entri anda. Ia dikendalikan oleh anak Malaysia yang dikhususkan bagi mengalakkan pemilik website, laman sesawang atau blogger Malaysia menggunakannya. Ia menjadi minat otai-otai blogger Malaysia. Dikatakan ia telah mencapai jumlah penyertaan seramai 82 penyertaan.

Pihak penganjur telah bersepakat akan memberi hadiah istimewa, yakni 3hari 2 malam ke Anniversary #lynkdotmy. Opppssss... terhad kepada 60 orang saja. Ini bermakna mereka akan memilih hanya 60 peserta yang layak. Harap-harap boleh dapat ke event tersebut. Selain itu sebelum ini ada hadiah yang lumayan menanti para peserta yang berjaya.

Apa tunggu lagi,,,, cepat-cepat sertainya. Boleh klik logo di bawah untuk anda sertai. Bertindak dari sekarang sebelum ia ditutup. Contest ini bermula pada 27 Oktober 2015 dan berakhir pada 27 Disember (2 bulan). Masih lagi berlangsung dan masih dibuka penyertaaannya. Jom klik link LOGO di bawah ini.



Senarai Contest SEO Blogger 2015
Klik DI Sini "JOIN NOW"


  • Contest SEO Pengalaman Bersama ONEXOX


Contest SEO Pengalaman Bersama ONEXOX sedang berlangsung lagi buat masa sekarang. Saya sudah menghantar penyertaan saya. Anda juga digalakan menyertainya. Apa yang menarik dalam contest ini adalag, anda diberi simkad secara percuma daripada penaja dan buat artikel bertajuk "Pengalaman Bersama ONEXOX" dan ceritakan pengalaman anda ketika menggunakan simkad ONEXOX, menarik untuk disertai.... Boleh sertai sekarang... jika berminat. Boleh pergi ke artikel ini "Nak Simkad Percuma ONEXOX" untuk mendapatkan gambaran sebenar dan bolehlah

Contest ini dianjurkan oleh blog Coretan Anuar. Pasti ramai yang kenal dengan blogger ini yang selalu menganjurkan contest. Sebelum ini beliau terkenal dengan contest "Jom Aktifkan Mykad". Tahniah buat beliau yang sentiasa aktif menganjurkan contest tersebut dan contest lain-lain lagi yang telah beliau lakukan.

Hadiah menarik untuk pemenang yang menyertai contest ini. Inilah peluang untuk anda dapatkan hadiah wang tunai dalam kita berbelog atau menulis blog. Rugi rasanya jika tidak menyertainya. Ayuh bertindak dari sekarang.


  • Contest SEO Malaysia Best Blog 2015

Contest ini diadakan pada awal Januari 2015. Ramai blogger-blogger yang otai menyertainya. Ia mendapat sambutan yang amat mengalakkan. Ia dianjurkan oleh blog OH DUIT, yakni adminnya adalah Saudara Khirol Hazwan. Beliau bijak mencari waktu yang sesuai untuk menganjurkan Contest SEO ini. Contest SEO berlangsung 15 Januari dan berakhir pada 31 Mac 2015.


10 pemenang blogger yang hebat telah tersenarai sebagai pemenang. Blog saya yang bertajuk Malaysia Best Blog 2015 telah berada di tangga terakhir iaitu tempat ke-10. Alhamdulillah dapatlah juga RM50, hadiah saguhati. Terima kasih sekali lagi kepada Saudara Khirol Hazwan. Tempat pertama dimenangi oleh blogginspired (Saimi Ramlan).


  • Contest SEO Jom Aktifkan Mykad

Contest ini telah dianjurkan oleh blog CORETAN ANUAR, yakni blogger Muhammad Anuar Mursib dan ditaja oleh blog www.aktifmykad.com. Semua entri perlu menggunakan kata kunci/keyword "Jom Aktifkan Mykad".

Contest SEO ini berlangsung selama 3 bulan bagi mendapatkan satu keputusan yang terbaik di Search Engine Results Page (SERP). Pada kali ini blog saya tersenarai di tempat ke-12. Rezeki untuk contest ini tidak dapat diperolehi. Hanya yang berada dalam top 10 sahaja yang mendapat hadiah. Top 1 dimenangi oleh blog www.calrasepatrick.blogspot.com.


  • Contest SEO Petua dan Herba Kongsibersamanora

Contest SEO Petua dan Herba Kongsibersamanora adalah anjuran blog www.kongsibersamanora.com aka Nur Misnan. Contest ini adalah satu contest tentang petua dan herba serta khasiatnya untuk manusia. Kita sedia maklum, terdapat banyak herba seperti tumbuhan, sayur-sayuran, buah-buahan, tumbuh-tumbuhan yang berada di sekeliling kita seperti halia, serai, kunyit, daun kapal terbang, cengkih, lengkuas, ubi jaga dan sebagainya.

Saya juga telah menyertai Contest SEO Petua dan Herba Kongsibersamanora ini. Walau bagaimana pun penyertaan saya dibatalkan disebabkan tidak betul menyenaraikan penaja dalam contest ini. Satu kesilapan yang tidak disengajakan. Oleh itu berhati-hati dan selalu beringat, senarai penaja wajib diletakkan dan link blog penaja perlu tepat. Janganlah nama penaja betul tetapi link blog ke website error atau tidak wujud. Contest dibahagi 2 kategori iaitu entri terbaik dan kategori SEO. 

Contest ini berlangsung pada 1 Februari dan berakhir pada 31 Mac 2015. Pemenang contest ini sudah pastinya dimenangi oleh blog www.khairulzamri bagi kategori SEO dan kategori entri terbaik adalah berjaya digondol oleh www.harumankasehvee.blogspot.com.


  • Contest SEO Pro Kas Penawar Sakit Lutut

Contest SEO Pro Kas juga telah saya sertai. Setiap contest yang ada yang menang dan ada yang kalah. Kategori SEO sukar untuk dijangka siapa pemenang, ia adalah penilaian daripada Google Malaysia sendiri. Merekalah yang menentukan, entri mana yang layak berada di page 1 dan top 1 dengan kata kunyi/keyword "Sakit Lutut".

Contest SEO ini berlangsung pada 4 Mei 2015 dan berakhir pada 5 Jun 2015. Ia dianjur oleh blog Prokas, yakni satu produk berkaitan penawar sakit lutut. Ia mendapat peyertaan yang ramai. Setiap contest ada kelebihan tersendiri. Pro kas memperkenalkan penawar berkaitan sakit lutut dan ia juga salah satu untuk memperkenalkan produk mereka tentang penawarnya terhadap sakit lutut.

Dalam contest ini saya dah lupa blog mana yang telah memenang Contest SEO ini. Saya dah cuba cari di internet tetapi tidak jumpa berkaitan "Siapa Pemenang".


  • Kontest Telekung Reehan Pilihan Muslimah

Kontest SEO Telekung Reehans Pilihan Muslimah telah dianjurkan oleh Reehans Telekung dan dikelolalan oleh Tuan Hasrul Hassan. Ramai juga yang telah menyertai contest ini. Contest ini menarik perhatian 30 blogger yang mengambil bahagian. Ada 2 kategori yang dipertandingkan, yakni kategori SEO dan artikel terbaik.

Ia berlangsung pada 15 Ogos dan berakhir pada 30 September 2015. Maknanya.... ia berlangsung selama 1 bulan setengah. Pemenang contest ini adalah blogger tidak asing lagi di Malaysia, Blogger Lelaki aka Kucha Lana. Tahniah buat beliau.


Penutup

Anda sudah baca ke "Senarai Contest SEO Blogger 2015". Jika sudah.... saya ucapkan jutaan terima kasih. Senarai ini merupakan Contest Seo yang terbaik dan saya telah menyertai ke semuanya yang disenaraikan di sini. Ada yang berjaya dan ada yang tidak berjaya. Ini adalah usaha kita dan ada kala kita berolehi rezeki dan ada kalanya kita kempunan nak menang. Itulah adab pertandingan.

Apa pun..... saya berharap dan berdoa agar anda semua ada yang berajaya nanti. Kalau belum lagi sertai, dipersilakan. Bertindaklah dari sekarang. Takkan nak lihat oleh lain saya yang berjaya. Oleh itu "Usaha Adalah Lift Kejayaan". Insha Allah.... orang lain boleh berjaya kenapa kita tidak?