11 Feb 2015

Malaysia Best Blog 2015

Keyword Malaysia Best Blog 2015 menjadi bertambah hangat setelah ohduit.com membuat satu contest SEO yang menawarkan hadiah lumayan untuk semua blogger di seluruh Malaysia agar artikel mereka berada pada kedudukan top 1 di Search Engine Result Page (SERP).



Malaysia best Blog 2015
Malaysia Best Blog 2015

Apa yang diperlukan hanyalah menyenaraikan sekurang-kurangnya 10 blog yang menjadi pilihan untuk disenaraikan sebagai Malaysia Best Blog 2015. Sebagai seorang blogger sudah pasti ada kriteria yang diperlukan untuk menjadikan blog mereka sebagai tempat kita mendapatkan informasi berkaitan apa saja yang kita ingini. Setiap orang ada pendapat mereka sendiri kenapa mereka memilih blog tertentu sebagai blog pilihan mereka.

Senarai Top 10 Malaysia Best Blog 2015


Sebagai memenuhi syarat yang ditetapkan oleh penganjur iaitu memilih sekurang-kurangnya perlu Senarai Top 10 Malaysia Best Blog 2015. Saya memilih mereka kerana ada aura dan informasi yang terdapat pada artikel mereka untuk saya buat rujukan.

  • Blog Oh Duit
ohduit.com - Apa salahnya sebagai penganjur saya memilih blog ini sebagai senarai pertama saya. Itu adalah tanda terima kasih dan kesetiaan kita menyertai contest SEO yang dianjurkannya.

Terus terang saya katakan, inilah kali pertama saya mengunjungi blog ohduit.com. Itu pun kerana saudara Khirol Hazwan menganjurkan Contest SEO Malaysia Best Blog 2015. Setahu saya, blog ohduit.com telah wujud semenjak Julai 2009 lagi. Sebagai permulaan, blog ini menulis artikel berkenaan pengalaman beliau sendiri cara membuat bisnes online terutamanya ebay dan disamping itu buat bisnes offline.

Saya doakan semoga blog beliau menjadi salah satu blog yang paling berpengaruh di Malaysia suatu hari nanti. Insya Allah.....


  • Blog Denaihati
denaihati.com - Blog Denaihati memang mendapat tempat di hati saya. Blog yang memberi banyak informasi terkini, cara buat duit dengan blog terutamanya affiliate dan buat duit online. Apa yang menarik Tuan Denaihati sering membuat contest dengan menawarkan hadiah gajet terutamanya jenama Apple iaitu iPad, iPhone 4, iPhone5s dan mungkin akan datang iPhone 6.

Blog beliau juga diselitkan dengan mengembara ke negara-negara yang penduduknya miskin dan beragama Islam. Beliau juga buat program "Qurban Dan Aqiqah Di Komboja" bersama e-Qurban.

Blog Denaihati pula banyak mendapat anugerah/award sepanjang karear beliau sebagai blogger. Antara award yang beliau dapat adalah "Best Of The Best Blog 2012", "Most Creative Blog 2013" dan "Best Personal Blog 2013".


  • Blog Hasrul Hassan
hasrulhassan.com - Blog Hasrul Hassan pula adalah blog yang memaparkan tip blogging, panduan blogspot, teknik SEO, buat duit online dan tutorial tentang buat blog. Ramai blogger baru akan mencari informasi di blog beliau. Jika ingin mencari sesuatu berkaitan blogspot, maka blog beliaulah tempat saya mencari segala maklumat berkaitan blogspot. 

Apa yang lebih menarik, blog hasrulhassan sering saya mendapat kejayaan apabila menyertai contest SEO. Ini membuatkan ramai yang mencari rahsia bagaimana beliau berjaya menempatkan entrinya di top 1 atau di page 1 google search.


  • Blog Sensasi2020
sensasi2020.com - Blog sensasi2020 adalah pemilik Tuan Kamil Salleh. Blognya adalah sebuah blog yang memaparkan isu semasa, berita sensasi, berita sukan, tip SEO berkaitan blogspot, teknik SEO, tutorial dan sering memberi komen yang panjang apabila beliau melawat blog seseorang. Beliau sering blogwalking ke blog saya dan memberi panduan, nasihat dan cadangan bagaimana memantapkan cara penulisan. Diantara contest SEO yang beliau sertai dan berada di page terbaik iaitu "Jom Aktifkan Mykad".

Artikelnya menggunakan Bahasa Malaysia yang betul dari segi ayat dan perkataan yang ditulis. Susunan ayat digunakan senang difahami. Saya suka cara perenggan yang beliau gunakan. Cukup menarik sekali....

Blog sensasi2020.com ini sering juga mendapat hadiah apabila menyertai contest. Contest terbaru yang beliau dapat melalui contest "iPhone 5s gajet impian setiap blogger". Hadiah yang beliau dapat adalah sebuah iPhone 5s. Rasanya dah 2 biji beliau dapat gajei iPhone 5s. Pasti tersembunyi sesuatu rahsia yang menarik pada penulisan beliau. Beliau juga menjadi penulis jemputan blog Denaihati. Artikel beliau yang mendapat perhatian Tuan Denaihati adalah "iPad Air 2 Dan iPad mini 3 Daripada Apple". Semoga blog sensasi2020.com menjadi sebuah blog yang menepati citarasai pengunjung.


  • Blog Akma Omar
akmaomar.com - Seorang wanita yang cekal, berwawasan dan berkarisma. Blog beliau cukup memukau dengan teknik penulisan yang baik. Blog yang memberi informasi dan maklumat yang tepat, berkesan dan bernas. Blog yang seakan-akan travel pun boleh diklasifikasi juga. Banyak tempat beliau lawati dan berkongsi tip-tip untuk melancong ke luar negeri.

Akma Omar juga sering membuat contest. Biasanya beliau buat dua kategori, apabila beliau menganjurkan sesuatu contest, penulisan terbaik dan contest SEO. Sepanjang saya menyertai contest di blog ini, belum pernah lagi mendapat hadiah.


  • Blog Coretan Anuar
coretananuar.com - Blog Coretan Anuar juga menarik minat saya tentang artikel yang beliau siarkan. Ia adalah hak milik Muhamad Anuar Marsib. Banyak artikel beliau berkaitan kehidupannya dan hobi isteri beliau yang berkongsi pengalaman di rumah sebagai surirumah yang buat anyaman. ukiran frame, memasak dan berkongsi resipi dan segala macam yang biasa perempuan buat di rumah.

Apa yang menarik tentang blog Coretan Anuar ialah empunya blog mengajar rakan-rakan menyertai "Contest SEO - Jom Aktifkan Mykad", disamping itu mengaktifkan mykad menjadi kad diskaun dan menyertai program Mykad Smart Shopper. Semoga blog beliau menjadi antara yang mendapat tempat di hati pelawat.


  • Blog Amanz
amanz.my - Ia merupakan blog IT berbahasa Malaysia. teknologi terkini berkaitan gajet terbaru, informasi berkaitan aplikasi terkini dan terbaik yang boleh kita guna pakai. Ia memberi ulasan berkaitan gajet-gajet yang paling top seperti Samsung, Apple, ZTE, HTC dan banyak lagi. 

Ada juga ia selitkan video tentang sesuatu gajet dan memberi penerangan yang cukup menarik dan jelas serta mudah difahami. Bukan semua blog yang ada di Malaysia ini, menghuraikan sesuatu teknologi dengan cukup berkesan dan mudah difamai. Tahniah buat blog amanz.my yang memberi informasi yang berguna kepada rakyat Malaysia.


  • Blog Najib Razak
najibrazak.com - Blog ini merupakan blog peribadi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Blog ini memberi informasi tentang PM Malaysia semasa beliau berada di Malaysia mahupun melawat ke luar negara bagi urusan rasmi sebagai ketua kerajaan Malaysia. 

Segala isu berkaitan Malaysia, perjalanan hidup beliau sebagai Perdana Menteri, strategi masa depan untuk membangunkan Malaysia ke arah satu matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang mengikut acuan kita sendiri. Bagi mencapai "Wawasan 2020", beliau membentuk satu ekonomi yang kukuh bagi mencapai negara Malaysia ke satu tahap ekonomi yang dinamik.


  • Blog Ahmad Faizal
ahmadfaizal.com - Blog ini merupakan blog yang mendapat tempat di hati blogger-blogger baru dan lama.blog yang penuh karisma dengan penulisan yang agak berat dan penuh dengan nada keras sedikit. Walau pun cara penyampaian blog ini agar panas, namun bukan satu yang bermasalah dengan entri yang memukau. Ramai yang mencari strategi rahsia cara beliab buat duit dengan blog.

Walaupun banyak yang beliau kongsi tentang jana duit dengan blog melalui affiliate, tetapi ada lagi rahsia lain yang beliau tidak bongkarkan. E-Book beliau iaitu Kitab Merah Jambu menjadi rujukan blogger untuk mendapatkan wang sampingan melalui iklan yang disiarkan.

Trafik blog ini sentiasa tinggi dengan menggunakan kata kunci yang tidak dijangka. Lupa pula nak perkenalkan empunya blog iaitu En Titan nama glamour yang meniti di bibir sang blogger Malaysia. Banyak teknik SEO yang beliau guna pakai memberi kesan terhadap entri terbitannya. Semoga blog ahmadfaizal.com terus maju dan berjaya lebih cemerlang lagi.


  • Blog My Resipi
myresipi.com - Biasalah bagi seseorang wanita, jika tidak ada tempat rujukan untuk segala macam masakan, resipi buat kuih, buat kek dan penyedian minuman pasti dak sah. Blog tempat saya mencari rujukan tentang resipi masakn. Ia mendapat tempat di hati blogger wanita.

Laman blog ini dibolehkan kita menghantar resipi kita, segala macam masakan, menu-menu juadah. Ia adalah tempat terbaik untuk mencari resipi untuk surirumah. mana tahu ada resipi terbaik boelh dicuba di rumah untuk hidangan si suami yang pulang dari tempat kerja. Tidak rugi jika kita pandai memasak bukan. Masakan atau resipi yang terkini dan lain daripada kebiasaan yang kita hidangkan di rumah.

Hanya ini saja Top 10 Malaysia Best Blog 2015 yang menjadi pilihan dan tempat rujukan saya sebagai seorang blogger separuh masa. Saya pun bukannya selalu update blog topseofriendly.blogspot.com. Kekangan masa yang membuat saya tidak dapat selalu buat artikel terbaru untuk dikongsi bersama blogger lain.

 Akhir kata saya meyeru semua blogger Malaysia, sahutlah cabaran contest SEO ini. Ada hadiah lumayan menanti anda. Peluang nak menang terbuka luas buat semua peserta.

Khirol Hazwan mengajak anda semua blogger lama dan baru........

“Mari menyertai contest SEO Malaysia Best Blog 2015 dan anda berpeluang memenangi hadiah utama, wang tunai bernilai ribuan ringgit!! Contest SEO ini dianjurkan oleh Ohduit.com.”