23 Ogo 2015

Berhati-Hati Ketika Belajar Teknik SEO

Berhati-Hati Ketika Belajar Teknik SEO. Ramai yang ingin belajar SEO (Search Engine Optimization) terutamanya blogger baru yang masih cetek ilmu blogging. Seorang blogger sudah tentu mahukan agar blog mereka sentiasa mesra SEO (SEO Friendly). Mereka menggunakan apa cara agar blog/entri mereka cepat diindex oleh Googlebot dan menampilkan entri mereka di halam pertama enjin carian google.

Mereka (blogger) pasti mencari artikel/entri di laman-laman blog berkaitan SEO untuk mendapatkan tip SEO terbaru dan panduan blogspot yang berkaitan. Namun bukan semua tip-tip yang dikongsi boleh kita ikuti kerana ianya sentiasa berubah dari setahun ke setahun. Oleh itu "Berhati-Hati Ketika Belajar Teknik SEO". Berhati-hati dalam memcari maklumat dan mempelajarinya tentang artikel-artikel tersebut. Mengapa ya?



Berhati-Hati Ketika Belajar SEO
Google Panda


Berhati-Hati Ketika Belajar Teknik SEO


Semenjak kebelakangan ini paradigma tentang SEO sentiasa berubah dengan cepat dari setahun ke setahun. Sampai tidak terkejar kita sebagai blogger hendak mengikutinya tetapi kena wajib ikut juga jika tidak kita tertinggal jauh ke belakang. Kita tahu.... bukan semua tip dan teknik SEO itu adalah betul. Bahkan, ia setiasa berubah dan sentiasa di kemas kini oleh Google. Oleh itu kita perlu mengikutinya untuk terus belajar SEO, lebih lagi berkaitan "Algoritma Ranking Google" seperti Google Panda, Google Penguin, Hummingbird.

Ia digunakan untuk memilih content-content yang berbilion di dunia maya/internet untuk dinilai dan diberi gred atau standard tertentu di halaman mesin/enjin carian Google. Ia sentiasa berkembang mengikut standard di algoritma ranking yang telah diubahsuai sendiri oleh Google. 


Algoritma Ranking Google


Ada tiga jenis "Algoritma Ranking Google" yang sentiasa kita temui iaitu Google Panda, Google Penguin dan Hummingbird. Mari kita baca huraian tersebut agar semua dapat memahaminya.


1. Google  Panda

Ramai yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan "Google Panda". Ia sering diperkatakan dan sering menjadi topik hangat para blogger. Kenapa tidaknya? Google Panda bertindak sebagai polisi terhadap SEO Google untuk mengimbas dan menyekat blog yang menggunakan teknik "Black Hat SEO" yang memang amat merugikan para blogger jika melakukannya.

Google Panda hanyalah robot yang direka daripada Goole untuk mengesan sebarang teknik yang meragukan dan spam yang akan menjejaskan dan mungkin menyerang googlebot itu sendiri. Sampaikan "White Hat Webmaster" pun kena diimbas juga dengan Google Panda ini juga.

Jika terdapat dua buah atau lebih artikel yang menggunakan tajuk artikel yang sama dengan URL berbeza dan telah diindex oleh Google, ia dipanggil duplikat tag judul.

Jika deskripsi/description juga sama, maka ia disebut sebagai duplikat deskripsi. Kedua-dua perkara ini perlu dielak kerana duplikat terbabit akan menjadikan artikel anda tidak unik. Gunakan lagi artikel yang asli hasil ciptaan atau penulisan kita sendiri.

Jika kedua-dua duplikat ini ada di artikel anda, lambat-laun artikel anda di peringkat SERP akan turun dengan mendadak. Ini akan merugikan kita semua. Semakin berbeza artikel anda di antara satu artikel ke artikel yang lain berbeza, maka amat sukar untuk Google Panda untuk mengesannya.



2. Google Penguin

Google Penguin berfungsi untuk memerhati dan meninjau backlink yang terhasil daripada blog anda. Ia akan dapat mengesan backlink extenal, backlink internal, berapa jumlah backlink yang terhasil dan daripada backlink yang diperolehi dan apa teks link yang digunakan?

Backlink yang diperolehi daripada blog yang mempunyai google pagerank yang tinggi amat relevan dengan blog anda amat disukai oleh Google dan amat menguntungkan.

Jika backlink yang banyak diperolehi itu semakin banyak, ia memberi nilai positif, apatah lagi jika berasal dari link yang menyakinkan dan berpengaruh serta berkualiti.

Jangan biarkan blog anda mendapat backlink yang berbentuk spam. Ini bermakna anda membiarkan blog anda terjelumus ke hancuran dan artikel nada jatuh merudum ke bawah atau tidak dapat mencarinya di SERP nanti.



3. Google Hummingbird

Google Hummingbird adalah Algoritma Google yang telah dihasilkan oleh Google dan dilancarkan pada 27 September 2013. Ia bersamaan dengan ulangtahun Google yang ke-15. Ia lebih bersifat mesra pengguna. Ia menilai terhadap sesuatu trafik dalam sesebuah laman sesawang.

Ia adalah perubahan algoritma yang sangat besar sehingga 90% dari hasil pencarian. Walau bagaimana pun situasi ini amat ditakuti oleh kebanyakan blogger kerana ia terlalu memilih terhadap sesuatu halaman untuk dinilai dalam bentuk trafik dan pageview.

Hummingbird ini menilai sesuatu website/blog dengan mengambil kira pageview, trafik yang datang ke laman sesawang anda. Satu sistem baru yang berlainan sekali peranannya. Ramai yang menganggap pagerank tidak relevan lagi. Sebenarnya ia masih relevan tetapi telah diperbaharui oleh Google dengan mengambil kira semua kategori yang menjadi rahsia mereka. 

Apa yang perlu kita/anda lakukan hanyalah menghasilkan artikel/content yang bermutu, berkualiti, artikel yang panjang, tidak mengamalkan copy paste 100%, jaga ejaan yang betul, perkataan yang tidak bercelaru dan sebagainya. 



Kesimpulannya

Berhati-Hati Ketika Belajar Teknik SEO dan berhati-hati dengan kandungan blog yang anda siarkan/hantarkan agar tiada berlaku sesuatu yang tidak disukai oleh Google seperti keyword yang tidak relevan, copy paste 100%, spammer, phishing. trijan, virus, malware. Jika tidak blog/entri anda dihukum oleh ketiga-tiga sistem Google yang sentiasa menjalankan tanpa henti untuk mengelakkan diceroboh atau dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

21 Ogo 2015

Terjadinya Structured Data Error Di Blog

Terjadinya Structured Data Error Di Blog, seperti terjadinya kesalahan pada missing update, missing author, hatom-entri, blogid, postid dan sebagainya. Apabila semua error ini diatasi, mudahlah bagi google untuk index entri yang kita hantar/post nanti. Banyak juga caranya yang perlu diatasi dan ia perlu dilakukan dengan berhati-hati supaya tidak tersilap memperbaikinya.


Terjadinya Structured Data Error Di Blog
Google Webmaster Tool



Structured Data adalah merupakan salah satu hal terpenting untuk meningkatkan SEO blog kita dan ianya sering dilupakan oleh blogger. Structured Data memainkan peranan yang terpenting bagi mempercepatkan diindex oleh Googlebot.

Template blog yang baik seperti responsif, loading pantas, memiliki meta tag, Heading H1 Tag, H2 Tag, H3 Tag yang dinamik, tetapi perlu juga miliki Structured Data yang tiada error.

Sebelum kita atasi error yang terjadi kepada blog kita, apa kita kita faham dahulu apa itu Structured Data (Struktur Data)? Bila sudah tahu maknanya sedikit sebanyak, bolehlah kita mulakan langkah seterusnya supaya lebih senang untuk kita mengatasinya nanti.



Terjadinya Structured Data Error Di Blog


Jom mari teruskan "Terjadinya Structured Data Error Di Blog" di blog kita agar senang bagi kita untuk menguasai SEO yang selalu dan ramai blogger mahukannya. Sudah tentu anda mahukannya....?

Structured Data (Struktur Data)  bertujuan untuk membantu Google memahami kandungan di laman web anda yang boleh digunakan untuk memaparkan Rich Snippets dengan hasil carian di Google.

Anda diberikan struktur data dengan menambah HTML markup ke halaman laman web atau template anda.

Biasa terjadinya error disebabkan template yang tidak relevan, yakni terlalu lama, salah pada kod css, kod HTML, W3C Markup error, validation, sumber yang tidak sah, palsu dan sebagainya.

Mengikut perkiraan Google, error ini tercatat di Webmaster Tool, yakni tempat tersimpannya data blog kita. Apakah error yang sering terjadi?


  • The property image_url is not recognised (Image: missing and required)
  • Missing required field Update.
  • The property blogId is not recognized.
  • The property postId is not recognized.
  • Missing required hCard "author".
  • A value for the headline field is required.

Warna merah di atas adalah bentuk structured data yang sering berlaku pada blog anda. Ada jalan penyelesaiannya untuk mengatasi semua ini. Ia begitu komplek dan sukar untuk diatasi, kecuali bagi yang betul-betul ingin belajar untuk mengatasi sendiri.




Apa Itu Rich Snippets?


Baca lebih lanjut mengenai Rich Snippets pula..... di bawah ini supaya anda akan lebih memahaminya lagi dan ia sering berhubung kait dengan error tersebut.

  • Rich Snippet adalah beberapa data yang disajikan kepada mesin pencari, diantaranya seperti judul/tajuk, alamat URL, pemilik, lokasi, dan lain-lain. Di saat anda menaip kata kunci pada mesin pencari, secara automatik mesin pencari akan menampilkan data-data yang telah dibuat oleh pemilik blog/web tersebut.

Tanpa berlengah lagi kita pergi dahulu ke alamat url ini Structured Data Testing Tool dan untuk melihat Structured Data blog yang mungkin error yang selama ini bersarang di blog/artikel kita. Bolehlah lihat hasilnya dan terdapatkah error tersebut? Masukan alamat blog anda di kotak FETCH & VALIDATE lalu tekan yang berwarna merah tu..... Jika belum daftar lagi di Google Webmaster Tool, bolehlah daftar dahulu alamat blog anda.



Cara Atasi Structured Data Error
Structured Data Error


Beginilah kedudukan Structured Data Error yang telah kita saksikan. Ada pelbagai cara untuk memperbaikinya. Saya akan cuba buat artikel yang paling mudah difahami bagaimana cara untuk atasi Structured Data error di lain artikel nanti.

Jangan lupa kongsikan artikel ini Terjadinya Structured Data Error Di Blog yang kebanyakan blogger tidak tahu dan tidak perduli tentang masalah ini. Walhal ini adalah perkara terpenting agar blog anda cepat diindex oleh googlebot.

Selamat membaca dan semoga dapat manfaat. Jumla lagi di lain artikel......!

Kontest Seo Telekung Reehans Pilihan Muslimah

Apa kata kita uji entri di blog kita dengan menyertai Kontest Seo Telekung Reehans Pilihan Muslimah dianjur dan dikelola oleh seorang blogger Malaysia terkenal Hasrul Hassan bersama penaja utama Reehan Telekung serta tiga rakan penaja yang lain khas untuk blogger Malaysia.

Motif utamanya kontest Seo ini, ia adalah sebagai memperkenalkan dan mempromosikan telekung terbaru dengan produk Bumiputera Muslim dari Ipoh, Perak, eksklusif dan istimewa daripada Reehans Telekung yang dihasilkan daripada material yang terbaik bagi keselesaan untuk beribadah seperti mendirikan solat lima waktu, khusus untuk muslimah.


Kontest Seo Telekung Reehans Pilihan Muslimah



Kontest Seo Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Kontest Seo Telekung Reehans Pilihan Muslimah


Jom wahai blogger Malaysia, kita sertai Kontest Seo Telekung Reehans Pilihan Muslimah ini. Ia menawarkan hadiah yang cukup lumayan. Ada dua kategori yang akan dinilai oleh penganjur. Artikel terbaik dan berada di tempat pertama di google chrome carian dalam penghasilan artikel asli dengan Teknik Seo.

Inilah masanya untuk menguji teknik Seo blog kita dan juga bagaimana mahu menghasilkan artikel yang bermutu dalam bentuk penulisan yang berbentuk advertorial. Bolehlah rujukan entri ini "Telekung Reehans Pilihan Muslimah" untuk mengetahui selok-belik penulisan artikel yang berkualiti dan penuh dengan teknik SEOnya.


Hadiah Kontest 


Hadiah yang ditawarkan oleh penganjur adalah seperti berikut:

  1. Artikel Terbaik:
  • RM100 untuk 3 orang pemenang.

    2. Artikel SEO:
  • RM400 untuk tempat pertama.
  • RM200 untuk tempat kedua.
  • RM150 untuk tempat ketiga.
  • RM100 untuk tempat keempat.
  • RM50 untuk tempat kelima.

Tempoh Perjalanan Kontest Seo


Kontest Seo ini bermula 15 Ogos 2015 sehingga 30 September 2015, yakni kira-kira sebulan setengah ianya dipertandingkan. Satu tempoh yang cukup untuk melihat artikel/blog manakah yang berada di kedudukan terbaik di enjin carian Google.com.my menggunakan pelayar internet Chrome Incognito. Tarikh hantar penyertaan tamat pada 15 September 2015. masih ada masa lagi untuk rakan-rakan menyertainya.


Syarat Penyertaan


  • Terbuka kepada semua blogger Malaysia kecuali Penganjur dan penaja.
  • Setiap artikel blog perlu menggunakan kata kunci/keyword "Telekung Reehans Pilihan Muslimah" atau variasi dengannya.
  • Sebuah blog hanya boleh hantar satu sahaja artikel penyertaan tetapi ia tidak terhad kepada seorang blogger. Ini maknanya, seseorang blogger itu boleh menghantar atau menyertaan kontets Seo lebih daripada satu jika menggunakan blog lain atau blog berbeza. Walau bagaimana pun, seorang peserta hanya layak menang satu hadiah sahaja untuk setiap kategori,
  • Setiap artikel layak untuk kedua-dua kategori. 
  • Artikel penyertaan perlu melebihi 300 patah perkataan.
  • Isi setiap artikel mestilah mempunyai:
                   - Sedikit latar belakang Reehans Telekung. Boleh rujuk di website mereka.

                   - Ada informasi mengenai material dan variasi Reehans Telekung. Informasi berkaitan Telekung Muslimah Eksklusif di Reehans Telekung sebagai rujukan sahaja.

                   - Perlu ada tagline seperti "Ibadat Selesa, In Sha Allah Hidup Ceria".

                   - Perlu ada gambar produk "Telekung Reehans".

  • Perlu isikan maklumat berkaitan Reehans Telekung seperti ini:


Info Lanjut dan Tempahan

Whatsapp/Tel: +6011-14481591
Facebook: Reehans Telekung
Website: www.reehans.com


  • Dibenarkan untuk rujuk dan gunakan segala material yang ada di facebook dan juga website Reehans Telekung untuk membantu bagi menuliskan artikel terbaik dan bermuti tinggi bagi mendapatkan jumlah mata yang tinggi daripada pengadil.
  • Anda dilarang copy-paste artikel peserta lain, penyertaan anda dibatalkan jika terdapat persamaan lebih daripada 50%.
  • Perta perlu wajib untuk like Facebook Reehans Telekung, share di media sosial seperti facebook. twitter dan google + dan jangan lupa kongsikan penyertaan anda untuk dapatkan lebih SEO agar membantu memenanginya nanti.
  • Akhir entri wajib letak link penganjur dan juga penaja di entri Kontest Seo anda dan jangan lupa hantarkan penyertaan anda di artikel penganjur iaitu "Kontest Telekung Reehans Pilihan Muslimah" Semuanya telah disediakan di blog tersebut.


Info Telekung Reehans Pilihan Muslimah


Kita perkenalkan dulu sebuah syarikat yang menjual kain tudung yang eksklusif, yakni Butik Telekung Reehans. Ia menggunakan tagline "Hidup Selesa, Insha Allah Hidup Ceria". Ia terletak di Alor Star, Kedah dan dikendalikan dan inovasikan oleh Bumiputera Muslim. Ia diasaskan pada bulan Jun 2015 yang lalu.

Kain telekung Reehans ini khas untuk kaum muslimah, sangat sesuai untuk beribadah terutamanya ketika mendirikan solat lima waktu. Ia amat eksklusif, gaya moden terkini, bergaya dan praktikal. kainnya yang amat lembut dan sejuk bila memakainya.

Pelbagai corak yang dihasilkan bagi memenuhi permintaan ramai untuk kaum muslimah. Mereka mengutamakan keselesaan pelanggan dan memberi perkhidmatan terbaik.

Telekung Reehans Pilihan Muslimah diperbuat daripada benang berkualiti, terpilih, fabrik terbaik seperti Italian Velentro dan English Cotton. Sejenis benang yang menjadikan telekung itu nampak lembut, halus, gebu dan menjadi kegemaran si pemakai. Ciptaannya yang mengikut standard antarabangsa dan mengikut piawaian di Malaysia.


Koleksi Di Reehans Telekung

Setiap telekung yang dikeluarkan oleh Reehans Telekung mempunyai 3 jenis koleksi yang memikat hati kaum muslimah. Antara yang ada ialah Telekung Reehans Nur, Telekung Reehans Balqis dan Telekung Reehans Rania. Nama yang cukup popular dan sinonim dengan masyarakat Melayu.

Ia telah mendapat permintaan yang tinggi ketika bulan Ramadhan yang lepas kerana ramai kaum muslimah ingin memakainya ketika "Hari Raya Aidilfitri". 



  • Telekung Reehans Nur


Kontest SEO Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Telekung Reehans Nur



Terdapat 7 jenis aneka pilihan pada Telekung Reehans Nur. Ia menggunakan kain yang amat berkualiti tinggi lagi bermutu, yakni kain meterial Italian Velentro. 

Crinya yang menarik dengan adanya ropol di bahagian bawah telekung. Ia didatangi dengan pelbagai warna seperti dusty pink, grey, mint blue, vanila cream, greean ocean, purple violet dan light white. Semua warna ini menjadi pilihan kaum muslimah dan amat menarik perhatian apabila memakainya.

Ia sangat sesuai dipakai untuk mengerjakan solat lima waktu, pergi kemajlis keraian dan apa saja majlis. Ia selesa dipakai pada waktu siang atau malam. Ia amat lembut, sejuk, selesa, tidak rimas ketika memakainya.


  • Telekung Reehans Balqis



Kontest SEO Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Telekung Reehans Balqis



Koleksi Telekung Reehans Balqis boleh didapati dalam 24 jenis aneka pilihan. Ia dihasilkan menggunakan kain kapas yang halus, lembut dan bermutu tinggi. Pelbagai corak dan bunga pada kain Telekung Reehans Balqis ini. Ia diperbuat dengan kain lembut jenis English Cotton.

Ada 2 jenis saiz yang mereka sediakan iaiti bersaiz M dan bersaiz L. Ia berpadanan dengan mereka yang mementingkan bentuk dan saiz tertentu. Saiz M amat sesuai untuk mereka yang mempunyai ukuran tinggi diantara 140cm-160cm. Saiz L pula amat sesuai bagi mereka yang mempunyai ketinggian 150cm-175cm. 

Di antara warna yang terdapat pada Telekung Reehans Balqis ini adalah flower blue green, flower blue brown, flower lavender purple, flower sweet green dan banyak lagi. Warna yang amat lembut dan tidak menyilau mata yang memadang tetapi menarik perhatian sesiapa yang melihatnya. Bunga bercorak menarik menjadi pilihan kaum muslimah.

Ia sangat sesuai untuk dibuat hantaran di majlis pertunangan, perkahwinan dan juga boleh dibuat untuk hadiah hari lahir, ulang tahun perkahwinan dan penghasilan dengan pelbagai corak bunga serta warna yang terpilih.


  • Telekung Reehans Rania



Kontest Seo Telekung Reehan Pilihan Muslimah
Telekung Reehans Rania


Telekung Reehans Rania hanya mempunyai 2 jenis warna sahaja iaitu vanila cream dan dusty pink. Walau bagaimana pun ia juga tetap menjadi pilihan kaum muslimah. Ia direka khas untuk permintaan kaum hawa yang mementingkan kualit dan keselesaaan pengguna. Ia menggunakan kaedah terkini, moden dan trend fesyen terkini. Ia juga boleh dikatakan sejenis kain telekung berbentuk jubah.

Ia diperbuat daripada kain fabrik yang amat eksklusif, mempunyai nilai komersal dari segi meterial. Ia juga diperbuat daripada kain bermutu tinggi, benang yang berkualiti daripada Italian Velentro. Ia ada sedikit persamaan dengan Telekung Reehans Nur tetapi tidak mempunyai ropol di bahagian bawah telekung.

Ia sudah tentu amat sesuai untuk kaum muslimah yang ingin mengerjakan solat, baik waktu siang atau pun malam. Ia sungguh selesa dipakai, tidak panas dan malahan tidak merimaskan pemakainya.


Tidak dilupa juga ianya boleh dibuat hadiah untuk ibubapa, anak-anak perempuan, sanak-saudara, rakan-rakan yang menyambut hari lahir, majlis perkahwinan, pertunangan atau apa saja majlis.


Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Telekung Reehan Pilihan Ramai Sesuai Untuk Buat Hadiah


Dapatkan segera pelbagai jenis warna, corak dan bunga menarik yang boleh di dapati di Reehans Telekung. Jangan lepaskan pelunag ini terutama kaum muslimah. Sekali beli pasti nak beli lagi. Ia semakin dikenali ramai dan mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan. Ia juga boleh dapat melalui online. Hanya isikan borang yang disediakan dan terus hantar butiran tersebut. Pasti anda dilayan dengan penuh kemesraan mereka jika berkinjung ke butik mereka. Untuk keterangan dan maklumat boleh ikuti seperti tertera di bawah ini.


Info Lanjut dan Tempahan

Whatsapp/Tel: +6011-14481591
Facebook: Reehans Telekung
Website: www.reehans.com


Jangan lupa boleh menyertai kontest ini secepat mungkin kerana ia akan ditutup pada 15 September 2015 nanti. Inilah masanya anda untuk merebut hadiah wang tunai yang mereka tawarkan. 

Semoga berjaya buat semua peserta Kontest Seo Telekung Reehans Pilihan Muslimah. Inilah masanya untuk menguji tahap SEO anda dan juga cara menulis artikel terbaik untuk dinilai.

Kontest Telekung Reehans Pilihan Muslimah dianjurkan oleh HasrulHassan.com, ditaja utama oleh Reehans Telekung Muslimah Eksklusif Istimewa serta tajaan bersama Lyssa Faizureen, Pakej Percutian Murah, serta Cheap and Budget Car Rental Kuala Lumpur.

"HIDUP SELESA, INSHA ALLAH HIDUP CERIA"