21 Ogo 2015

Kontest Seo Telekung Reehans Pilihan Muslimah

Apa kata kita uji entri di blog kita dengan menyertai Kontest Seo Telekung Reehans Pilihan Muslimah dianjur dan dikelola oleh seorang blogger Malaysia terkenal Hasrul Hassan bersama penaja utama Reehan Telekung serta tiga rakan penaja yang lain khas untuk blogger Malaysia.

Motif utamanya kontest Seo ini, ia adalah sebagai memperkenalkan dan mempromosikan telekung terbaru dengan produk Bumiputera Muslim dari Ipoh, Perak, eksklusif dan istimewa daripada Reehans Telekung yang dihasilkan daripada material yang terbaik bagi keselesaan untuk beribadah seperti mendirikan solat lima waktu, khusus untuk muslimah.


Kontest Seo Telekung Reehans Pilihan Muslimah



Kontest Seo Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Kontest Seo Telekung Reehans Pilihan Muslimah


Jom wahai blogger Malaysia, kita sertai Kontest Seo Telekung Reehans Pilihan Muslimah ini. Ia menawarkan hadiah yang cukup lumayan. Ada dua kategori yang akan dinilai oleh penganjur. Artikel terbaik dan berada di tempat pertama di google chrome carian dalam penghasilan artikel asli dengan Teknik Seo.

Inilah masanya untuk menguji teknik Seo blog kita dan juga bagaimana mahu menghasilkan artikel yang bermutu dalam bentuk penulisan yang berbentuk advertorial. Bolehlah rujukan entri ini "Telekung Reehans Pilihan Muslimah" untuk mengetahui selok-belik penulisan artikel yang berkualiti dan penuh dengan teknik SEOnya.


Hadiah Kontest 


Hadiah yang ditawarkan oleh penganjur adalah seperti berikut:

  1. Artikel Terbaik:
  • RM100 untuk 3 orang pemenang.

    2. Artikel SEO:
  • RM400 untuk tempat pertama.
  • RM200 untuk tempat kedua.
  • RM150 untuk tempat ketiga.
  • RM100 untuk tempat keempat.
  • RM50 untuk tempat kelima.

Tempoh Perjalanan Kontest Seo


Kontest Seo ini bermula 15 Ogos 2015 sehingga 30 September 2015, yakni kira-kira sebulan setengah ianya dipertandingkan. Satu tempoh yang cukup untuk melihat artikel/blog manakah yang berada di kedudukan terbaik di enjin carian Google.com.my menggunakan pelayar internet Chrome Incognito. Tarikh hantar penyertaan tamat pada 15 September 2015. masih ada masa lagi untuk rakan-rakan menyertainya.


Syarat Penyertaan


  • Terbuka kepada semua blogger Malaysia kecuali Penganjur dan penaja.
  • Setiap artikel blog perlu menggunakan kata kunci/keyword "Telekung Reehans Pilihan Muslimah" atau variasi dengannya.
  • Sebuah blog hanya boleh hantar satu sahaja artikel penyertaan tetapi ia tidak terhad kepada seorang blogger. Ini maknanya, seseorang blogger itu boleh menghantar atau menyertaan kontets Seo lebih daripada satu jika menggunakan blog lain atau blog berbeza. Walau bagaimana pun, seorang peserta hanya layak menang satu hadiah sahaja untuk setiap kategori,
  • Setiap artikel layak untuk kedua-dua kategori. 
  • Artikel penyertaan perlu melebihi 300 patah perkataan.
  • Isi setiap artikel mestilah mempunyai:
                   - Sedikit latar belakang Reehans Telekung. Boleh rujuk di website mereka.

                   - Ada informasi mengenai material dan variasi Reehans Telekung. Informasi berkaitan Telekung Muslimah Eksklusif di Reehans Telekung sebagai rujukan sahaja.

                   - Perlu ada tagline seperti "Ibadat Selesa, In Sha Allah Hidup Ceria".

                   - Perlu ada gambar produk "Telekung Reehans".

  • Perlu isikan maklumat berkaitan Reehans Telekung seperti ini:


Info Lanjut dan Tempahan

Whatsapp/Tel: +6011-14481591
Facebook: Reehans Telekung
Website: www.reehans.com


  • Dibenarkan untuk rujuk dan gunakan segala material yang ada di facebook dan juga website Reehans Telekung untuk membantu bagi menuliskan artikel terbaik dan bermuti tinggi bagi mendapatkan jumlah mata yang tinggi daripada pengadil.
  • Anda dilarang copy-paste artikel peserta lain, penyertaan anda dibatalkan jika terdapat persamaan lebih daripada 50%.
  • Perta perlu wajib untuk like Facebook Reehans Telekung, share di media sosial seperti facebook. twitter dan google + dan jangan lupa kongsikan penyertaan anda untuk dapatkan lebih SEO agar membantu memenanginya nanti.
  • Akhir entri wajib letak link penganjur dan juga penaja di entri Kontest Seo anda dan jangan lupa hantarkan penyertaan anda di artikel penganjur iaitu "Kontest Telekung Reehans Pilihan Muslimah" Semuanya telah disediakan di blog tersebut.


Info Telekung Reehans Pilihan Muslimah


Kita perkenalkan dulu sebuah syarikat yang menjual kain tudung yang eksklusif, yakni Butik Telekung Reehans. Ia menggunakan tagline "Hidup Selesa, Insha Allah Hidup Ceria". Ia terletak di Alor Star, Kedah dan dikendalikan dan inovasikan oleh Bumiputera Muslim. Ia diasaskan pada bulan Jun 2015 yang lalu.

Kain telekung Reehans ini khas untuk kaum muslimah, sangat sesuai untuk beribadah terutamanya ketika mendirikan solat lima waktu. Ia amat eksklusif, gaya moden terkini, bergaya dan praktikal. kainnya yang amat lembut dan sejuk bila memakainya.

Pelbagai corak yang dihasilkan bagi memenuhi permintaan ramai untuk kaum muslimah. Mereka mengutamakan keselesaan pelanggan dan memberi perkhidmatan terbaik.

Telekung Reehans Pilihan Muslimah diperbuat daripada benang berkualiti, terpilih, fabrik terbaik seperti Italian Velentro dan English Cotton. Sejenis benang yang menjadikan telekung itu nampak lembut, halus, gebu dan menjadi kegemaran si pemakai. Ciptaannya yang mengikut standard antarabangsa dan mengikut piawaian di Malaysia.


Koleksi Di Reehans Telekung

Setiap telekung yang dikeluarkan oleh Reehans Telekung mempunyai 3 jenis koleksi yang memikat hati kaum muslimah. Antara yang ada ialah Telekung Reehans Nur, Telekung Reehans Balqis dan Telekung Reehans Rania. Nama yang cukup popular dan sinonim dengan masyarakat Melayu.

Ia telah mendapat permintaan yang tinggi ketika bulan Ramadhan yang lepas kerana ramai kaum muslimah ingin memakainya ketika "Hari Raya Aidilfitri". 



  • Telekung Reehans Nur


Kontest SEO Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Telekung Reehans Nur



Terdapat 7 jenis aneka pilihan pada Telekung Reehans Nur. Ia menggunakan kain yang amat berkualiti tinggi lagi bermutu, yakni kain meterial Italian Velentro. 

Crinya yang menarik dengan adanya ropol di bahagian bawah telekung. Ia didatangi dengan pelbagai warna seperti dusty pink, grey, mint blue, vanila cream, greean ocean, purple violet dan light white. Semua warna ini menjadi pilihan kaum muslimah dan amat menarik perhatian apabila memakainya.

Ia sangat sesuai dipakai untuk mengerjakan solat lima waktu, pergi kemajlis keraian dan apa saja majlis. Ia selesa dipakai pada waktu siang atau malam. Ia amat lembut, sejuk, selesa, tidak rimas ketika memakainya.


  • Telekung Reehans Balqis



Kontest SEO Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Telekung Reehans Balqis



Koleksi Telekung Reehans Balqis boleh didapati dalam 24 jenis aneka pilihan. Ia dihasilkan menggunakan kain kapas yang halus, lembut dan bermutu tinggi. Pelbagai corak dan bunga pada kain Telekung Reehans Balqis ini. Ia diperbuat dengan kain lembut jenis English Cotton.

Ada 2 jenis saiz yang mereka sediakan iaiti bersaiz M dan bersaiz L. Ia berpadanan dengan mereka yang mementingkan bentuk dan saiz tertentu. Saiz M amat sesuai untuk mereka yang mempunyai ukuran tinggi diantara 140cm-160cm. Saiz L pula amat sesuai bagi mereka yang mempunyai ketinggian 150cm-175cm. 

Di antara warna yang terdapat pada Telekung Reehans Balqis ini adalah flower blue green, flower blue brown, flower lavender purple, flower sweet green dan banyak lagi. Warna yang amat lembut dan tidak menyilau mata yang memadang tetapi menarik perhatian sesiapa yang melihatnya. Bunga bercorak menarik menjadi pilihan kaum muslimah.

Ia sangat sesuai untuk dibuat hantaran di majlis pertunangan, perkahwinan dan juga boleh dibuat untuk hadiah hari lahir, ulang tahun perkahwinan dan penghasilan dengan pelbagai corak bunga serta warna yang terpilih.


  • Telekung Reehans Rania



Kontest Seo Telekung Reehan Pilihan Muslimah
Telekung Reehans Rania


Telekung Reehans Rania hanya mempunyai 2 jenis warna sahaja iaitu vanila cream dan dusty pink. Walau bagaimana pun ia juga tetap menjadi pilihan kaum muslimah. Ia direka khas untuk permintaan kaum hawa yang mementingkan kualit dan keselesaaan pengguna. Ia menggunakan kaedah terkini, moden dan trend fesyen terkini. Ia juga boleh dikatakan sejenis kain telekung berbentuk jubah.

Ia diperbuat daripada kain fabrik yang amat eksklusif, mempunyai nilai komersal dari segi meterial. Ia juga diperbuat daripada kain bermutu tinggi, benang yang berkualiti daripada Italian Velentro. Ia ada sedikit persamaan dengan Telekung Reehans Nur tetapi tidak mempunyai ropol di bahagian bawah telekung.

Ia sudah tentu amat sesuai untuk kaum muslimah yang ingin mengerjakan solat, baik waktu siang atau pun malam. Ia sungguh selesa dipakai, tidak panas dan malahan tidak merimaskan pemakainya.


Tidak dilupa juga ianya boleh dibuat hadiah untuk ibubapa, anak-anak perempuan, sanak-saudara, rakan-rakan yang menyambut hari lahir, majlis perkahwinan, pertunangan atau apa saja majlis.


Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Telekung Reehan Pilihan Ramai Sesuai Untuk Buat Hadiah


Dapatkan segera pelbagai jenis warna, corak dan bunga menarik yang boleh di dapati di Reehans Telekung. Jangan lepaskan pelunag ini terutama kaum muslimah. Sekali beli pasti nak beli lagi. Ia semakin dikenali ramai dan mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan. Ia juga boleh dapat melalui online. Hanya isikan borang yang disediakan dan terus hantar butiran tersebut. Pasti anda dilayan dengan penuh kemesraan mereka jika berkinjung ke butik mereka. Untuk keterangan dan maklumat boleh ikuti seperti tertera di bawah ini.


Info Lanjut dan Tempahan

Whatsapp/Tel: +6011-14481591
Facebook: Reehans Telekung
Website: www.reehans.com


Jangan lupa boleh menyertai kontest ini secepat mungkin kerana ia akan ditutup pada 15 September 2015 nanti. Inilah masanya anda untuk merebut hadiah wang tunai yang mereka tawarkan. 

Semoga berjaya buat semua peserta Kontest Seo Telekung Reehans Pilihan Muslimah. Inilah masanya untuk menguji tahap SEO anda dan juga cara menulis artikel terbaik untuk dinilai.

Kontest Telekung Reehans Pilihan Muslimah dianjurkan oleh HasrulHassan.com, ditaja utama oleh Reehans Telekung Muslimah Eksklusif Istimewa serta tajaan bersama Lyssa Faizureen, Pakej Percutian Murah, serta Cheap and Budget Car Rental Kuala Lumpur.

"HIDUP SELESA, INSHA ALLAH HIDUP CERIA"



Related Posts

12 ulasan:

  1. Ini adalah kontest SEO, pasti ramai yang akan menyertainya nanti. Hadiah yang ditawarkan amat lumayan. Jom kita sertai Telekung Reehans Pilihan Muslimah untuk menguji tahap SEO blog/entri kita.

    BalasPadam
  2. lagi ramai lagi best..kita lihat siapa yang layak duduki tahta SEO kali ini..namun penulisan terbaik juga dipertandingkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buatlah artikel terbaik, mana tahu boleh terilih sebagai pemenang yang beryuah.

      Padam
  3. Salam...menariklah kontest SEO ini. Masih ada masa lagi ke nak menyertainya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolehlah kita sama-sama menguji artikel yang kita post. Di mana kedudukan artikel kita ye ZmrHanafi.

      Padam
    2. Semoga Puan Farhana berjsya nanti dalam Kontest Telekung Reehans Pilihan Muslimah.

      Padam
  4. Goodluck semoga ada nasib dan peluang yang menyebelahi

    BalasPadam
  5. salam, BW here
    inovasi telekung yg sgt memudahkan kaum hawa utk beribadah
    semoga berjaya!

    BalasPadam
  6. semakin ramai join nampak semakin menarik

    BalasPadam

Terima kasih sudi mengunjungi blog ini. Semoga anda dapat banyak manfaat. Saya akan membalas setiap komen yang anda berikan. Blog ini sunyi tanpa komen daripada anda semua.