28 Okt 2015

Nak Simkad ONEXOX PERCUMA

Nak Simkad ONEXOX PERCUMA



CONTENTS
 
Pendahuluan
  • 1.0 Nak Simkad ONEXOX PERCUMA
  • 1.1 Sertai CONTEST SEO Anjuran Blog Coretan Anuar
  • 1.2 Tulis Artikel Bertajuk Nak Simkad ONEXOX PERCUMA
  • 1.3 Buat Pendaftaran
  • 1.4 Hantar Artikel
  • 1.5 Dapat Simkad ONEXOX PERCUMA
  • 1.6 Aktifkan
  • 2.0 Apa Itu ONEXOX 
  • 3.0 Pengalaman Bersama ONEXOX  
  • 4.0 Jangan Lepas Peluang  
Penutup


Pendahuluan

Zaman sekarang, semua orang menggunakan telefon. Apabila ada telefon, sudah pasti kita memerlukan simkad untuk mengaktifkan dan berhubung dengan keluarga, rakan-rakan dan sesiapa saja. Ada pelbagai telco yang ada di Malaysia. antaranya adalah ONEXOX, Maxis, Celcom, ToneTalk, Best Mobile, DiGi, UMobile dan sebagainya.



Nak Simkad ONEXOX PERCUMA
Simkad ONEXOX PERCUMA



1.0 Nak Simkad ONEXOX PERCUMA

Siapa Nak Simkad ONEXOX PERCUMA? Ada orang yang sudi berikan kepada anda tetapi ada syarat-syaratnya. Nak tahu lebih lanjut sertailah Contest SEO Terbaik 2015. Contest ini bermula dari sekarang hingga ke 21 Januari 2016 dengan menghantar entri untuk kategori Contest SEO dengan keyword "Pengalaman Bersama ONEXOX".



Nak Simkad ONEXOX PERCUMA
Contest SEO Terbaik 2015



1.1 Sertai Contest SEO Anjuran Blog Coretan Anuar

Jom sertai CONTEST SEO anjuran blog Coretan Anuar yang sedang berlangsung sekarang. Ada hadiah menarik menanti anda. Walaupun tidak menang dengan contest ini, sekurang-kurangnya kita dapat guna simkad percuma ONEXOX. Menarikkan...? Apa tunggu lagi boleh klik di banner di atas atau link yang saya sertaikan di dalam entri ini.

Hadiah yang boleh anda dapat bila sertai atau mendaftar dan berpelunag untuk dapat kategori contest SEO.


  • Bila saja anda daftar, anda dapat Simkad ONEXOX PERCUMA.
  • Kategori SEO - Hadiah Pertama - RM1,000
  • Hadiah Kedua - RM500
  • Hadiah Ketiga - RM300
  • Hadiah Keempat - RM200
  • Hadiah Kelima - RM100
  • Hadiah Keenam - RM50
  • Hadiah Ketujuh - RM40
  • Hadiah Kelapan - RM50
  • Hadiah Kesembilan - RM50
  • Hadiah Kesepuluh - RM50

1.2 Tulis Artikel Nak Simkad ONEXOX PERCUMA

Kena buat artikel bertajuk ini dulu sebelum kita dapat Simkad  ONEXOX secara percuma. Ini adalah syarat wajib untuk dapatkannya. Satu idea yang amat bagus daripada penganjur, dengan cara membuat peraturan sebegini. Nampak lain daripada yang lain. Satu idea yang belum lagi dibuat oleh orang lain. Terima kasih Tuan Muhamad Anuar Marsib.


1.3 Buat Pendaftaran

Bagi senang cerita, lepas buat entri bertajuk "Nak Simkad ONEXOX PERCUMA", lepas itu kita disuruh yuntuk mendaftarkan diri sebagai syarat untuk menyertai contest ini dan mendapatkan simkad secara percuma. Isikan borang pendaftaran secara online. Umur blog pula sekurang-kurangnya berumur satu tahun, kurang daripada itu, tidak usah susah-susah menyertainya kerana ia tidak diterima oleh penganjur.


1.4 Hantar Artikel

Kita perlu menghantar artikel pertama dahulu sebelum kita dapat meneruskan perjalanan contest ini. Bila sudah menjadi peserta, kita diwajibkan untuk menggunakan Simkad Percuma ONEXOX tadi selama sebulan dan selepas itu barulah boleh hantar artikel penyertaan untuk kali kedua dalam kategori CONTEST SEO pula. 


1.5 Dapat Simkad ONEXOX PERCUMA

Setelah kita dapat simkad ini secara percuma yang telah dihantar oleh penganjur ke alamat yang telah anda daftarkan. Setelah itu kita wajib aktifkan simkad itu selama contest ini berlangsung. Jika tidak, penyertaan kita akan dibatalkan walaupun kita dapat hadiah pertama. Kena ingat tu...? 


1.5 Aktifkan

Yalah...kita kena aktifkan simkad tersebut di smartphone kita. Mana boleh...orang dah bagi percuma, kita pula abaikannya. Ini namanya tidak menghargai pemberian daripada orang lain. Kalau tidak mahu gunakan simkad ini, anda digalakkan tidak payah menyertai contest ini. Contest ini dikhaskan untuk pengguna ONEXOX PERCUMA daripada penganjur.


2.0 Apa Itu ONEXOX

ONEXOX adalah satu jenama simkad prabayar mudah alih yang telah ramai pengguna di negara kita gunakannya. Ia dikendalikan oleh XOX Com Berhad dan diedarkan secara eksklusif oleh ONE XOX Sdn Bhd. ia mendapat tempat di hati pengguna sekarang ini. Pernah menjadi penganjur utama di Final Piala FA Malaysia 2015 baru-baru ini antara Kelantan menentang Lions XII.


3.0 Pengalaman Bersama ONEXOX

Keyword "Pengalaman Bersama ONEXOX" inilah merupakan entri kedua yang perlu anda buat dan hantarkan ke pihak penganjur sebagai syarat untuk menyertai contest SEO. Gunakan pengalaman kita selama sebulan dengan simkad ini. Bolehlah bercerita kebaikan dan kelebihan simkad ONEXOX dengan panjang lebar di entri itu nanti.


4.0 Jangan Lepas Peluang

Yalah...simkad percuma akan diberikan, hadiah sudah diumumkan dan sekarang kita perlu terapkan entri yang berkualiti, maklumat yang tepat dan menyakinkan dan lebih penting content yang asli dan tidak meniru artikel orang lain 100%. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Ia sedang belangsung sekarang ini, mana tahu tuah kita pada kali ini. Dapat simkad percuma dan hadiah RM1,000 untuk tempat pertama, lumayan sekali hadiahnya. Jom join beramai-ramai....


Penutup

Yalah...bila ada contest, sudah pasti ada penganjur dan penaja yang sudi memberi sumbangan untuk menjayakan contest ini. Kemungkinan nama penganjur dan penaja tidak perlu disertakan di entri ini. Kemungkinan ianya perlu wajib dimasukkan di entri Contest SEO, yakni "Pengalaman Bersama ONEXOX".

Akhir sekali.....jangan lupa sertai contest yang hebat ini, contest penutup pada tahun 2016 daripada penganjur. Terima kasih Tuan Muhamad Anuar Marsib aka admin blog Coretan Anuar kerana menganjurkan contest ini. Nak Simkad ONEXOX PERCUMA, cepatlah tulis artikel berkaitan dengannya.

16 Okt 2015

Apa Itu Over Optimization

CONTENT
1.0 Apa Itu Over Optimization
2.0 Sebab-Sebab Terjadinya Over Optimization
2.1. Interlink Berlebihan
2.2 Teks tersembunyi dan Cloaking
2.3. Banyak Guna Density Keyword
2.4. Emphasize Keterlaluan
2.5. Banyak Melakukan Duplikat Content
2.6. Dapatkan Backlink Banyak Dalam Satu Masa
3.0 Hukuman Terhadap Over Optimization
4.0 Kesimpulan
 



Apa Itu Optimization
Over Optimization


1.0 Apa Itu Over Optimization


Apa Itu Over Optimization yang selalu diperkatakan oleh blogger? Biasanya ia disuarakan oleh blogger-blogger otai tentang Over Optimization dan ada kaitan dengan SEO. Adakah ia memberi penilaian yang negatif atau positif?

Over Optimization adalah proses keterlaluan dalam melakukan optimasi. Inilah yang sering terjadi dan menyebabkan berlakunya kegagalan dalam teknik SEO. Bukan itu saja, blog anda akan berada di kedudukan yang terkebawah dan pastinya sukar untuk Google mengindexkan blog/entri anda.

Kita sedia maklum Google biasanya sering menilai dan melakukan semakan terhadap sesebuah blog dan menyemak blog yang sering melakukan "SPAM" terhadap blog orang lain dan lebih berat lagi melakukan optimasi berlebihan di enjin carian Google.


2.0 Sebab-Sebab Terjadinya Over Optimization


  • 2.1 Interlink Berlebihan - Interlink sangat bagus untuk mempraktikkan teknik SEO tetapi digalakkan hanya menggunakan satu saja interlink menuju ke halaman utama (home page) blog. Jangan gunakan interlink berlebihan dalam setiap posting artikel kita. Lebih lagi ketika menyertai mana-mana contest SEO. 
  • 2.2 Teks Tersembunyi dan Cloaking - Hidden Text, yakni menyembunyikan beberapa content di search engin untuk mengelirukan pembaca dan googlebot agar tidak dapat dikesan. Ia adalah trik licik dalam teknik SEO. Contohnya mempamirkan teks, background, link berwarna putih, jika terklik akan pergi ke halaman atau website tertentu.
  • 2.3 Banyak Guna Density Keyword - Ini pula terlalu banyak guna kata kunci (keyword) pada Judul, meta description, meta keyword, title tag dan sebagainya. Ini untuk menarik perhatian daripada pencari google. Berhati-hati kerana sudah ada website/blog yang dikenakan penalti di atas kesalahan ini.
  • 2.4 Emphasize Keterlaluan - Ini pula terlampau banyak menggunakan bold, underline, italic dalam content atau artikel.
  • 2.5 Banyak Melakukan Duplikat Content - Ia banyak dilakukan oleh sesetengah blogger. Mereka tidak mahu menaip atau menggunakan idea untuk memikirkan apa yang perlu ditulis dengan hanya copy dan paste daripada artikel/posting orang lain. Ini bertujuan untuk menguasai halaman tertentu, keyword tertentu dan mereka juga berharap agar mendapat trafik yang tinggi.
  • 2.6. Dapatkan Backlink Banyak Dalam Satu Masa - Ini juga banyak dilakukan oleh pemilik blog. Mereka mendapatkan backlink secara berlebihan dalam satu-satu masa tertentu agar mereka perolehi posting mereka berada di rangking teratas di injin carian google, bing, yahoo dan sebagainya. Lebih-lebih lagi menggunakan Anchor Text yang digunakan tidak memiliki variasi yang banyak.

3.0  Hukuman Terhadap Over Optimazation


  • Hukuman Paling Ringan - Entri/artikel/posting mereka akan ditendang atau entri mereka akan turun ke bawah ranking, mungkin ke halaman yang tidak boleh dicari kedudukannya di SERP.
  • Hukuman Berat - Entri/artikel/posting mereka akan dihapuskan oleh googlebot atau google index.
  • Hukuman Paling Berat - Entri/artikel/posting mereka dihapuskan oleh Google dan akaun Google anda disekat atau diblok.


4.0 Kesimpulan


Sekarang kita sudah tahu "Apa Itu Over Optimazation". Oleh itu janganlah melakukan perkara ini untuk mendapatkan agar entri/artikel/posting anda berada di kedudukan terbaik di SERP. Boleh gunakannya optimization tetapi jangalah berlebihan. Jika melanggar akta daripada Google, maka anda saja mencari kesusahan pada blog anda. Berhati-hatilah Ketika Belajar Teknik SEO.