24 Jan 2016

Cara Hapuskan Broken Link Di Blog

Cara Hapuskan Broken Link Di Blog | Anda ada sebuah blog tetapi adakah anda tahu berkaitan "Broken Link" ini. Saya rasa ramai yang tidak mempedulikan atau tidak ambil kisah dengan istilah ini. Apa pun alasannya, anda sebagai blogger seharusnya mengetahui berkaitan "Broken Link" atau "Pautan  Rosak".



Cara Hapuskan Broken Link Di Blog
Broken Link


Cara Hapuskan Broken Link Di Blog

Anda sebagai seorang blogger yang memiliki blog seharusnya kena tahu istilah berkaitan "Broken Link" atau "Pautan Rosak" yang ada di blog anda. Apa itu sebenarnya broken link dan bagaimana "Cara Hapuskan Broken Link Di Blog" anda. Jangan biarkan broken link berada di dalam blog anda. Lakukan pemeriksaan dengan segera dan membuangnya sekerap yang mungkin.

Apa Itu Broken Link

Broken Link adalah pautan rosak yang terdapat di dalam blog anda. Broken bermaksud mati, rosak, pecah dan link pula bermaksud pautan, tautan, jaringan, laluan. Pasti ada banyak link rosak ini berada di dalam blog anda dan ini akan menjejaskan SEO di blog anda. Biasanya kita jumpa dengan link ini dengan mendapat masej seperti berikut "Page Not Found", "Error 404 Not Found". Kalau dalam istilah bahasa Melayu ialah sejenis pautan yang rosak "Ralat", "404-Halaman Tidak Dijumpai".

broken link is a link that doesn't work, often resulting in an error page. A broken link happens when the link points to a web page that has been deleted or moved. Why is it important to fix a broken link?Links that are broken will effectively stop search engines from completely indexing your website. Sumber.


Bagaimana Terjadinya Broken Link

Banyak terjadinya Broken Link yang boleh kita jumpai. Ia disebabkan oleh link tersebut telah berpindah ke blog lain, link terbabit telah delete/dihapuskan atau telah ditukar permalink kepada custom link atau blog mereka sudah tidak wujud lagi di arkib/database google search/engin carian Google.

Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan menghapuskan broken tersebut. Anda boleh menggunakan "Broken Link Checker Tool".


Cara Hapuskan Broken Link

Anda perlu membuang atau menghapuskan link rosak tersebut dengan menggunakan "Broken Link Checker Tool". Tool inilah yang paling terbaik dan ramai yang menggunakannya untuk menghapuskan link mati tersebut di blog mereka.




Cara Hapuskan Broken Link Checker
Broken Link Checker Tool


  • Masukan URL Blog Anda di kotak seperti di atas "Enter your below (e.g www.example.com). atau Contoh:  http://example.com.

Cara Hapuskan Broken Link Checker
Cara Masukan URL Blog di Broken Link Checker Tool


  • Masukan Security Code yang telah diberikan. Boleh lihat foto di atas. Kemudian klik di "Find broken links now!

  • Tunggu sehingga siap. Dianggarkan 3 minit akan siap proses mencari link rosak di blog anda. Ia mengikut sebanyak mana entri anda yang berada di blog. Makin banyak entri/artikel semakin lama proses tersebut berjalan.

Cara Hapuskan Broken Link Di Blog
Broken Link Yang Siap Diproses


  • Jika dilihat kepada foto di atas, kita dapati ada 7 Broken Link yang ada semasa proses tersebut. Anda boleh tekan src untuk melihat link yang mata itu dan boleh membuangnya dengan cara edit balik entri tersebut di blog anda. Tajuk entri tersebut boleh dapat di atas pautan link tersebut setelah anda klik src (berwarna biru).

Cara Hapuskan Broken Link Di Blog
Keadaan Broken Link (ralat) Di Blog Anda

  • Apa yang perlu anda lakukan adalah lihat dahulu adakah ia tersenarai di artikel blog atau di bahagian komen blog anda. Jika di bahagian komen tidak perlu edit entri tersebut, cuma hapuskan komen yang ada error Broken Link tersebut. (boleh lihat di foto "Broken Link Yang Siap Diproses) dan jika ada di artikel blog, bolehlah edit balik tajuk entri terbabit yang menunjukkan ada Broken Link.

Cara Hapuskan Broken Link Di Blog
Tajuk Entri Ada Broken Link

  • Nak tahu boleh tengok dan baca error tersebut sepintas lalu adakah ia berkaitan komen atau link rosak yang ada di dalam blog anda. Biasanya ia berkaitan link atau backlink daripada anchor link, internal link, external link dan sebagainya.
  • Bolehlah hapuskan apa yang error di mana-mana entri yang ada Broken Link. Ia perlu dilakukan satu persatu. Ia agak rumit dan memenatkan namun ia memberikan blog anda lebih mesra SEO dan jika tidak sukar entri anda berada di halaman google carian kerana terlampau banyak sangat link yang rosak tersebut.
  • Setelah link mati tadi telah dihapuskan, cuba ulang kembali proses di "Broken Link Checker Tool". 

Kesimpulan


Apa yang saya cubakan tunjukan tutorial ini adalah yang terbaik untuk memudahkan anda lakukan. Ini dikhaskan untuk pengguna blogspot. Bagi yang menggunakan Wordpress, pasti ada cara lain mereka lakukan. Mereka ada plugin untuk install/pasang di blog mereka. Kita sebagai pengguna platform Blogspot seharusnya menggunakan teknik ini.

Semoga sedikit sebanyak dapat membuatkan blog anda bersih daripada "Broken Link" atau "Link Rosak" atau "ralat". Tidak faham boleh bertanya di menerusi Gmel: kamil.salleh@gmail.com.

Jika tutorial ini "Cara Hapuskan Broken Link Di Blog" bermanfaat, bolehlah berkongsi ke rakan-rakan anda nanti. Semoga blog anda bebas link yang mati.

Jangan lupa baca "Istilah Berkaitan Blog Dan SEO", supaya lebih memahami lagi sitilah-istilah yang ada pada blog dan SEO.

Sekian, terima kasih sudi membaca artikel ini sehingga habis. Jumpa lagi di lain entri. Semoga berjaya.....!

15 Jan 2016

Tesco Ong Ang Pow #Ongmali 2016 Contest

Tesco Ong Ang Pow #Ongmali 2016 Contest | Tesco telah menganjurkan #Ongmali 2016 Contest dengan menawarkan hadiah berjumlah RM500,000 kepada pelanggan CLUBCARD TESCO. Dengan pembelian minimum RM100 dalam satu resit di mana-mana cawangan TESCO MALAYSIA.


Tesco Ong Ang Pow #Ongmali 2016 Contest
Tesco Ong Ang Pow #Ongmali 2016 Contest

Tesco Ong Ang Pow #Ongmali 2016 Contest

TESCO MALAYSIA telah menganjurkan satu contest yang diberi nama "Tesco Ong Ang Pow #Ongmali 2016 Contest" sempena "Tahun Baru Cina" atau "Gong Xi Fa Cai" bermula pada 6 Januari 2016 sehingga 2 Februari 2016. Hadiah yang ditawarkan berjumlah RM500,000 keseluruhan.

Pelanggan yang membeli barangan berjumlah minimum sebanyak RM100 dalam satu resit di Tesco pada tarikh yang dinyatakan di atas layak menyertai cabutan nombor bertuah. Untuk lebih faham, sila lihat video di bawah ini dahulu.






Bagaimana Mahu Menang?

Setiap contest/peraduan pasti ada syarat-syaratnya. Ia telah ditetapkan oleh pihak penganjur (TESCO MALAYSIA) agar pelanggan dapat memahaminya dengan lebih jelas. Yalah jika memenuhi syarat-syaratnya, mungkin sebahagian hadiah Ong Ang Pow RM500,000 jadi milik anda? Syarat utama untuk menyertai #Ongmali 2016 Contest sudah pastinya menjadi ahli CLUBCARD TESCO. Pohonlah sekarang ClubCard  dengan mengklik di REGISTER


  • Step 1 - Jika anda membelanjakan sejumlah minimum RM100 dalam satu resit di mana-mana cawangan Tesco di seluruh Malaysia atau pembelian secara online di E-SHOP TESCO, anda layak menyertai #Ongmali 2016 Contest. Di Tesco tersebut dan mereka telah menyediakan booth untuk anda daftar contest ini.
  • Step 2 - Register di mana-mana booth di cawangan Tesco di seluruh Malaysia atau layari website mereka.
  • Step 3 - Menang hadiah misteri mingguan setelah lengkapkan  segala maklumat berkaitan resit pembelian, nombor CLUBCARD TESCO dan jumlah pembelian. Anda berjaya dapatkan hadiah misteri mingguan jika dihubungi menerusi radio Mix FM, Melody FM atau My FM.

Terma & Syarat Contest #Ongmali 2016 Contest

  1. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas, kecuali kakitangan dan ahli keluarga:
    1. TESCO (Malaysia) Sdn Bhd (“TESCO”), subsidiari dan syarikat bersekutu;
    2. Pengilang, atau/dan syarikat pembungkusan dan pengedar TESCO; dan
    3. Agensi perhubungan awam, agensi media dan agensi pengiklanan dan promosi TESCO 

TEMPOH:

  1. Peraduan ini bermula dari 6 Januari 2016 dan berakhir pada 2 Februari 2016.
  2. Sejumlah 120 Tesco Ong Ang Pow akan dipilih oleh komputer secara rawak sepanjang tempoh Peraduan ini; 30 Tesco Ong Ang Pow setiap minggu untuk 4 minggu.
  3. 30 peserta yang dipilih secara rawak oleh komputer akan dihubungi menerusi rakan siaran radio Tesco - MY FM, Melody FM & Mix FM dan diperlukan untuk melengkapkan cabaran mingguan yang telah ditetapkan oleh Tesco. Peserta yang berjaya melengkapkan cabaran akan dipilih sebagai salah seorang pemenang pada minggu tersebut. Terdapat sehingga tiga puluh (30) pemenang untuk setiap minggu.
  4. Peserta terpilih yang tidak dapat dihubungi selepas dua (2) panggilan telefon akan disingkirkan secara automatik.
  5. Berikut jadual pengumuman menerusi siaran radio:

Minggu 1:
14 hingga 16 Januari 2016 (Khamis - Sabtu)
Minggu 1:
21 hingga 23 Januari 2016 (Khamis - Sabtu)
Minggu 3:
28 hingga 30 Januari 2016 (Khamis - Sabtu)
Minggu 4:
4 hingga 6 Februari 2016 (Khamis - Sabtu)

  
  1. Senarai pemenang mingguan boleh dirujuk di laman Facebook Tesco Malaysia.
  

CARA MENYERTAI & LANGKAH PERADUAN: 

  1. Peserta boleh menyertai peraduan Ong Mali melalui:
    • www.tesco.com.my/ongmali dengan menggunakan peranti- peranti pintar (smart devices)
    • i3D-panel di semua stor Tesco (terletak berhampiran Kaunter Servis Pelanggan)

  1. Peserta perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM100.00 dalam SATU (1) resit tunggal untuk menyertai. Gabungan resit yang berasingan adalah tidak dibenarkan. Resit Tesco yang diguna pakai mestilah bertarikh dari 6 Januari – 2 Februari 2016. Setiap perbelanjaan dalam gandaan RM100.00 dalam satu resit tunggal layak untuk satu (1) Tesco Ong Ang Pow sahaja. Maksimum Tesco Ong Ang Pow yang akan diberikan untuk setiap resit adalah 10. Untuk setiap pendaftaran yang dihantar ke peraduan Ong Mali, pengesahan penerimaan pendaftaran akan dihantar kepada peserta melalui SMS.
  2. Peserta mesti memasukkan maklumat peribadi setiap kali log masuk ke peraduan ini melalui i3D panel atau menerusi laman web untuk layak menerima satu (1) Tesco Ong Ang Pow.
  3. Setiap kali setelah selesai pendaftaran dan memilih Tesco Ong Ang Pow, peserta akan menerima SMS mengandungi nombor Tesco Ong Ang Pow di dalamnya. Sila simpan SMS ini bersama resit asal Tesco sebagai bukti pembelian sewaktu menuntut hadiah.
  4. Peserta terpilih diperlukan menjalani ujian cabaran berdasarkan cabaran Tesco pada minggu tersebut sebelum layak disahkan sebagai pemenang.
  5. Pemenang mingguan dari setiap minggu TIDAK akan dimasukkan untuk pilihan mingguan yang seterusnya.
  6. Terdapat juga Hadiah Misteri Clubcard untuk Tesco ClubCard. Peserta-peserta wajib memberikan nombor Tesco ClubCard untuk layak menerima Hadiah Misteri ini.

HADIAH UNTUK PERADUAN:

  1. Hadiah untuk setiap minggu:
Minggu 1: 6 Jan – 12 Jan
Tesco baucar bernilai RM 1000
Minggu 2: 13 Jan – 19 Jan
Tesco baucar bernilai RM 2000
Minggu 3: 20 Jan – 26 Jan
Tesco baucar bernilai RM 4000
Minggu 4 : 27 Jan – 2 Feb
Tesco baucar bernilai RM 8000

  1. Semua pemenang akan diumumkan menerusi siaran radio stesen yang berkenaan dan akan disiarkan serta dipamerkan di Facebook Tesco Malaysia (www.facebook.com/TescoMY) dan laman web Tesco. Pemenang dikehendaki menuntut hadiah atas perbelanjaan sendiri dalam masa TIGA PULUH (30) hari dari tarikh pengumuman. Tuntutan selepas tarikh ini tidak akan dilayan.
  2. Pemenang mingguan mesti menghubungi MEP untuk menuntut hadiah masing-masing di Kaunter Pelanggan di stor Tesco pilihannya (sila hubungi Yoke Leng 03-7782 9692)
  3. Pemenang dikehendaki menuntut hadiah dari Kaunter Penuntutan yang diplih oleh pemenang (maklumat selanjut akan diberikan). Pemenang dikehendaki menuntut hadiah atas perbelanjaan sendiri dalam masa TIGA PULUH (30) hari dari tarikh pengumuman. Tuntutan hadiah selepas tarikh ini tidak akan dilayan.
  4. Untuk menuntut hadiah, pemenang mesti menyediakan:
    • resit Tesco asal untuk pembelian dalam tempoh minggu cabaran tersebut
    • mengemukakan SMS mengandungi nombor Tesco Ong Ang Pow yang dipilihnya
    • kad pengenalan 

LAIN-LAIN:

  1. Tesco tidak akan bertanggungjawab sekiranya notis melalui SMS tidak diterima.
  2. Pihak Penganjur berhak untuk menarik balik kemenangan jika terdapat sebarang pengubahan atau kerosakan pada resit Tesco. SUMBER: Tesco Malaysia

Akhir Kata

Jom cepat membeli-belah di cawangan Tesco di seluruh Malaysia untuk menyertai "Tesco Ong Ang Pow #Ongmali 2016 Contest yang sedang berlangsung. Mana tahu tuah anda untuk dapatkan Ang Pow sempena Tahun Baru Cina yang akan menjelang tidak lama lagi. 

Hadiah yang ditawarkan sebanyak RM500,000 keseluruhan untuk pelanggan setia mereka. Insha Allah, jika di izinkan dan rezeki anda, pasti boleh menang nanti.

Boleh Baca Artikel Berkaitan Contest:

- Pengalaman Bersama ONEXOX

- Senarai Contest SEO Blogger 2015

- Contest Review lynk.my 2015

13 Jan 2016

MAA Takaful Cash Giveaway By Papaglamz

MAA Takaful Cash Giveaway By Papaglamz

Assalamualaikum

MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz | MAA Takaful berhad merupakan satu syarikat insurance yang telah lama bertapak di Malaysia. Simpanan bertakaful MAA adalah simpanan yang dilaburkan di dalam dana syariah, yang menepati segala aspek- aspek yang telah ditetapkan dalam islam. Dana ini juga dilindungi oleh PDIM yang menjaga institusi perbankan dan insurans sekiranya terjadi apa-apa kepada syarikat pelaburan.


Peningkatan kos sara hidup yang tinggi kadang kala memaksa kita untuk membuat persediaan keewangan awal bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini berlaku pada masa akan datang. Lebih-lebih lagi persediaan KOS PENDIDIKAN ANAK-ANAK masa kini. Mennyedari masalah ini, MAA Takaful dengan berbesar hati menghulurkan tangan kepada anda para Ibu Bapa bagi membimbing anda dalam merancang keewangan dari aspek pendidikan anak-anak anda. Dengan perancangan keewangan ini, anda bakal menerima sebanyak RM 25 930.00 dengan hanya penyimpanan RM 100 setiap bulan. Memang berbaloi. Untuk maklumat lanjut sila klik (DI SINI).




Bagi membantu anda mendapatkan maklumat terperinci tentang Pakej Pendidikan Takaful ini, boleh lah bertanya dengan mana-mana agent MAA Takaful ataupun bertanya secara personally dengan Encik Nizam di talian 0176338008 (call/whatsapp/telegram). Sudah pasti layanan istimewa akan diberikan. (Klik di sini kalau nak mengurat abang Nizam ni yer)


Anda semua inginkan barangan seperti Diari dan Cash khas dari MAA takaful? Jom join MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz. Syarat-syarat seperti berikut:

Syarat-syarat:

1. Sila follow blog di bawah

2. Buat satu entri SEBIJIK macam entri ni siap dengan banner dan backlink segala bagai dengan tajuk MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz. Nak mudah copy and paste coding kat bawah ni jer (WAJIB).


3. Dah sudah buat entri SEBIJIK macam entri ni, paste link URL entri dalam runagan komen di bawh ni.

Mudah kan? 3 step je. Tak banyak la. Hehehe 

Hadiah Yang Bakal Di Menangi

Tempat pertama - RM50 + Diari Khas dari MAA
Tempat kedua - RM 30 + Diari Khas dari MAA
Tempat ke tiga - RM 20 + Diari Khas dari MAA
Saguhati 1 - Diari Khas dari MAA
Saguhati 2 - Diari Khas dari MAA
Saguhati 3 - Diari Khas dari MAA

Pemilihan pemenang adalah secara random by Random.org

Jangan lupa join tau. Sila la war-warkan pada yang lain. Tarikh Tutup Penyertaan adalah pada 31 Januai 2016. 

**Senarai peserta akan di kemaskini dari semasa ke semasa.

With Love
Papaglamz

-sekian-

9 Jan 2016

Entri Terpantas Diindex Oleh Googlebot

Entri Terpantas Diindex Oleh Googlebot | Ramai dikalangan blogger yang teringin sangat entri mereka diindex dengan pantas oleh Googlebot atau juga dipanggil Google Crawlers. Pasti ada sesuatu yang istimewa dan bersebab sehingga entri kita terindek begitu pantas. Nak tahu baca entri ini sehingga habis. Saya akan ceritakan satu persatu supaya anda semua memahaminya.


Entri Terpantas Diindex Oleh Googlebot
Diindex Oleh Googlebot

Entri Terpantas Diindex Oleh Googlebot

Semenjak bertukar template baru, semakin terpantas entri saya diindex oleh Google. Satu percapaian yang kebanyakan blogger mahukan. Sebenarnya dah lama template ini menjadi idaman saya, cuma sekarang baru terlaksana hajat. Template itu dah lama download dan berada di dalam simpanan dan pada tahun baru 2016 barulah saya tukar daripada template RetroTale Blogger Template ke Iconic One Responsive Blogger Template.


Jangan Lupa Baca Entri Terdahulu


Jika diperhatikan Print Screen di atas, anda dapati entri saya dengan menggunakan kata kunci 10 Soalan Berkaitan ONEXOX berjaya diindex oleh googlebot hanya sekitar 23 saat (28 secs ago), yakni kurang daripada 1/2 minit. Hebatkan?

Saya pun tertanya-tanya pasal apa google ini cepat sangat mengindexkan entri saya begitu cepat sekali dan saya cuba selidik apa yang patut saya buat dan mahu menguji kembali tahap di mana kedudukan status saya di mata Google. Mungkin juga Pak Google dah mula sayang blog Top Seo Friendly kot? Apakah sebenarnya google perlukan dan apakah syarat-syarat yang patut sesebuah blog itu cepat terindex? Kalau untuk blog baru boleh buat dahulu tip di bawah ini.

  • 1. Daftar Blog Di Google Webmaster Tool

Google Webmaster Tool adalah tool yang terbaik untuk mendaftarkan blog anda. Ia disediakan oleh Google sebagai tempat terletaknya semua struktur blog anda. Ia membantu agar memudahkan googlebot dan monitor berintraksi dengan blog yang kita miliki.

  • Submit Sitemap Blog Di Google Webmaster Tool

Setelah mendaftar, jangan lupa submitkan sitemap anda di Google Webmaster Tool. Ia bertujuan untuk memberitahu kepada bahawa blog kita sudah ada sitemap atau laman peta dan mudah bagi enjin google untuk menemukan content/entri blog yang harus dicrawler dan diindex secepat mungkin. Boleh buat sitemap yang mesra SEO agar ia makin mudah dan cepat diindex oleh Googlebot.

  • Submit URL Blog/Entri Di Google URL Submit 

Apabila sudah ada sitemap di blog maka makin senang dan cepat diindex jika lepas publish entri anda terus submit di Google URL Submit. Ini bertujuan untuk memberitahu kepada google crawler dan googlebot bahawa kita telah mengirimkan/publish/update entri terkini.

  • Daftar Blog Di Google Analytic

Tindakan seterusnya adalah dengan cara mendaftarkan blog anda di Google Analytics. Google Analytics adalah tool yang disediakan oleh Google juga untuk membantu pemilik blog bagi memudahkan untuk melihat keseluruhan trafik dan pengunjung yang sudah dan sering berkunjung ke blog anda. Secara tidak langsung ia memberi signal kepada pemilik blog bahawa segala analisis berkaitan blog anda akan diproses secara berterusan.

Bila sudah daftar, pihak Google Analytics akan menyuruh anda untuk letakkan "Tracking ID" di Dashboard blog anda "Tracking Code" di template di bahagian <head>. Letakkan di bawah selepas <head>. Contoh Tracking ID ialah "UA-62498465-1.

<script>
  (function(i,s,o,g,r,a,m){i['GoogleAnalyticsObject']=r;i[r]=i[r]||function(){
  (i[r].q=i[r].q||[]).push(arguments)},i[r].l=1*new Date();a=s.createElement(o),
  m=s.getElementsByTagName(o)[0];a.async=1;a.src=g;m.parentNode.insertBefore(a,m)
  })(window,document,'script','//www.google-analytics.com/analytics.js','ga');

  ga('create', 'UA-62498465-1', 'auto');
  ga('send', 'pageview');

</script>

  • Kongsikan Entri Ke Media Sosial

Ini juga perlu dilakukan oleh blogger, terutamanya blogger baru yang belum tahu keuntungannya berganda-ganda jika kongsikan entri anda ke Media Sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, Group Whatsapp, Group Telegram dan sebagainya. Gunakan Media Sosial sebaik-baiknya, banyak kelebihannya.

  • Submit Di Sosial Bookmarking

Ini juga seperti kongsikan entri ke media sosial tetapi ia di sebelah luar negara. Biasanya kita boleh dan pernah menjumpai seperti Linked, Stumbleupon, Delicious dan sebagainya.

  • Submit RSS Feed Di Blog Directory 

Submit juga di RSS Feed blog anda di blog directory yang trafiknya tinggi seperti Altop, Technorati, Top Rank Blog, Riddit dan sebagainya.

  • Bina Backlink Sebanyaknya

Selepas itu jangan lupa bina backlink sebanyak mungkin. lebih baik gunakan yang percuma sahaja. Terdapat banyak backlink yang boleh kita perolehinya. Boleh cuba dapatkan link juice, yakni link blog/entri kita berada di blog milik blogger lain. Caranya adalah dengan pingkan di mana-mana ping tool yang dipercayai seperti pingler, GooglePing, mypagerank, TotalPing, Ping-O-Matic, blogged.my, Blogr, Ping Busuk dan sebagainya. Lagi banyak backlink diperolehi maka lebih cepat googlebot mengindexkan entri anda. 

  • Template Responsif

Template terkini lebih kepada blog responsif kerana ia mesra SEO dan banyak diakses oleh pengguna yang menggunakan gajet mereka sebagai tempat untuk mereka mencari sesuatu maklumat dan infonya.

  • Content Berkualiti

Ini sudah ramai yang mengetahuinya, content mestilah berkualiti. Berkualiti bermaksud, artikel yang anda tulis itu adalah artikel yang menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh Google. Artikel itu mestilah panjang jumlah perkataanya (500 patah perkataan ke atas) dan artikel itu pula adalah berkaitan informasi dan perkongsian yang memberi manfaat kepada pembaca.

Artikel berinformasi dan mempunyai tajuk besar dan kecil secara tersusun serta memberi kemudahan kepada pembaca untuk mencari sesuatu maklumat daripada blog anda. Blog yang copy dan paste terkeluar daripada content berkualiti.

  • Loading Blog Pantas


Pingdom Speedtest Tool

Yalah...sesiapa pun tidak mahu menunggu lama untuk membuka sesebuah laman blog, begitu juga halnya dengan Google. Mereka mahu blog korang speednya laju supaya senang google crawlers nak menjelajahi entri tersebut. Ada 3 tempat boleh anda test blog anda untuk melihat keputusan loading blog anda, berapa lama ia mengambil masa iaitu Pingdom Tool, GTmetrix Tool

  • Membuat Akaun Youtube

Disarankan buat akaun Youtube dan mengupload sebarang video berkaitan dengan tutorial cara membuat blog ke, cara daftar blog ke Webmaster Tool ke atau apa saja yang difikirkan perlu. Di situ boleh letakkan link ke blog anda.

  • Buat Anchor Text

Anchor Text juga boleh diistilahkan kepada judul link atau label link. Anchor Text yang baik adalah link yang menuju ke artikel lain (hyperlink) tetapi dengan topik yang sama di blog kita sendiri. Ia berhubung kait dengan tajuk sesuatu ayat/perkataan. Boleh juga linkkan ke luar (outboundlink). Boleh lihat di dalam artikel ini yang berwarna biru.

Kesimpulannya

Entri yang kita posting/publish pastinya akan diindex oleh Googlebot/crawler. Ia merayap ke halaman post anda keseluruhannya yang di dalamnya ada metadata, keyword/kata kunci, jumlah perkataan, anchor text, hyperlink, meta tag, description, label, judul dan sebagainya. Selepas itu crawler/web spider akan menilai artikel/entri tersebut dan akan dihantar ke database search engine result page (SERP) lalu di siarkan di google search.

Semoga Entri Terpantas Diindex Oleh Googlebot adalah sebuah entri yang terbaik untuk dibaca oleh pengunjung/blogger yang inginkan tip SEO, teknik SEO, rahsia SEO sebagai satu pembelajaran buat mereka. Ia sedikit sebanyak memberi informasi yang berguna. Terima kasih sudi membaca artikel ini, harap ada banyak manfaatnya.

7 Jan 2016

10 Soalan Berkaitan ONEXOX?

10 Soalan Berkaitan ONEXOX? | Bagi memudahkan pengguna, mari kita rungkaikan persoalan berkaitan satu simkad yang super jimat, yakni ONEXOX. Semoga jawapan setiap persoalan terjawab nanti memberi banyak penyelesaian masalah yang berkaitan. Apakah soalan yang selalu pengguna kemukakan? Sila baca sampai habis ye.....


Soalan Berkaitan ONEXOX
Simkad ONEXOX


Soalan Berkaitan ONEXOX?

Bagi mengelakkan kekeliruan dan persoalan yang sering bermain di fikiran pengguna, mari kita selami persoalan yang sering ditanya oleh pengguna. Soalannya adalah:

1. Apa Itu ONEXOX?

ONEXOX adalah salah satu jenama produk perkhidmatan mudah alih prabayar yang dikendalikan oleh XOX Berhad dan disedarkan secara eksklusif oleh ONE XOX Sdn Bhd.

2. Di Mana Nak Dapatkan Simkad ONEXOX?

Simkad ONEXOX Starter (permulaan) boleh dapat melalui pengedar ONEXOX yang telah dilantik. Boleh hubungi wakil-wakil pengedar yang sah supaya tidak berlaku masalah di kemudian hari.

3. Berapakah Harga Sekeping Sim Pack ONEXOX?

Simkad ONEXOX hanyalah berharga RM10 sekeping, ia mengandungi kredit/airtime berjumlah RM5. Ini bermakna modal anda sebenarnya berjumlah RM5 sahaja kerana baki RM5 lagi adalah kredit yang telah dimasukan ke simkad pengguna. Ia harga yang berpatutan dan mampu dibeli oleh sesiapa saja.

4. Berapakah Tempoh Aktif ONEXOX?

Jika anda pengguna simkad ONEXOX baru, 30 hari tempoh aktif diberikan tetapi jika anda kekalkan nombor lama anda, tempoh 28 Bulan atau 2 tahun 4 bulan akan diberikan terus setelah anda topup RM50.

5. Berapakah Tambah Nilai/Topup Dijual?

Biasanya tambah nilai/topup yang dijual adalah berjumlah RM5, RM10, RM30 dan RM50. Boleh ditambah lagi dengan gandaan nilai tersebut. Seelok-eloknya topup dengan nilai besar agar tempoh hayat anda lebih lama.


6. Di Manakah Tambah Nilai Dijual?

Pengguna boleh topup prepaid ONEXOX daripada pengedar-pengedar yang sah seperti kedai 7 Eleven, Stesen Minyak seperti Shell, Mobil, BHP, Petronas, Caltex, ESSO dan boleh juga dapatkan di kedai-kedai terpilih yang menggunakan terminal ePay. Nak beli senang sahaja, hanya perlu sebut simkad yang diguna seperti berikut "XOX Sepuluh Ringgit" atau "XOX Lima Ringgit" kepada jurujual tersebut. Ia juga boleh dapat secara perbankan online melalui SELFCARE.

7. Bolehkah Kekal Nombor Lama/Sedia Ada (MNP)?

Ya. Sudah tentu boleh. Simkad MNP ONEXOX disediakan untuk pengguna yang ingin mengekalkan nombor sedia ada mereka. Dalam erti kata lain boleh tukar nombor telxo XXX lama ke ONEXOX. Hanya RM10 sahaja dan yuran pendaftaran secara percuma.


8. Mengapa Perlunya Akaun Dedikasi (DA) dan Akaun Utama (MA)?

Akaun tersebut dibuat bagi memberi ruang penjimatan kepada pelanggan ONEXOX. Pelanggan boleh merancang perbelanjaan tambah nilai mereka dengan menikmati kadar yang terendah secara berterusan yang ditawarkan pada akaun dedikasi (DA). 


9. Adakah Plan Data ONEXOX Boleh  Digunakan Pada Semua Gajet?

Yup... Plan data ONEXOX menyokong hampir kesemua gajet yang ada, ini sekiranya gajet tersebut ada slot simkad. Pastikan ketetapan yang betul dipasang pada gajet anda. Biasanya...apabila simkad diaktifkan, secara automatik Selfcare ONEXOX akan mengirimkan ketetapan/setting terus ke gajet anda. Namun begitu Blackberry Internet Servis (BIS) tidak boleh menyokong ketetapan tersebut.

ONEXOX juga menawarkan plan data berkelajuan tinggi sehingga 7 mbps muat turun mengikut had koata data/hari yang dilanggan. Ini bermakna pelanggan akan dapat akses internet berkelajuan tinggi tanpa gangguan. Selagi koata dan tarikh tempoh langgan belum habis, anda dapat menikmati sepenuhnya.


10. Adakah SMS Percuma Diberikan Kepada Pelanggan ONEXOX?

Ya. SMS percuma dibekalkan secara percuma hanya kepada nombor-nombor yang menggunakan rangkaian sama (ONEXOX, XOX) termasuk 5 nombor ONEXOX yang didaftarkan di dalam Family & Rakan ONEXOX. Kadar rendah dan kadar biasa akan dikenakan bergantung kepada baki kredit akaun (DA dan MA) bagi SMS yang telah kehabisan kuota SMS Percuma.

Kesimpulannya

Hanya 10 Soalan Berkaitan ONEXOX di dalam entri ini. Untuk mendapatkan soalan lanjutan yang lebih detail lagi, bolehlah ikuti Pengalaman Bersama ONEXOX. Di situ anda akan temui pelbagai pengalaman beliau semasa menggunakan simkad ONEXOX. Bila dah baca boleh juga sertai Contest SEO yang menawarkan hadiah lumayan untuk pengguna ONEXOX. Jangan lupa ye....

2 Jan 2016

Ucapan Kata-Kata Selamat Tahun Baru 2016

Ucapan Kata-kata Selamat Tahun Baru 2016 | Selamat tinggal 2015 dan selamat datang 2016. Kita tinggalkan tahun 2015 dengan banyak kenangan dan akan memulakan tahun 2016 yang lebih mencabar. Apa pun senario di tahun 2016, terpaksa kita hadapinya walaupun dalam keadaan sukar sekalipun.


Ucapan Selamat Tahun baru 2016
Selamat Tahun Baru 2016

Ucapan Kata-Kata Selamat Tahun Baru 2016

Marilah kita tempuhi tahun baru 2016 dengan penuh perasaan ceria. Jangan berfikiran negatif, buka minda dan mulakan dengan langkah kanan agar tahun baru kali ini dapat memberi sejuta makna. Marilah kita baca "Ucapan Kata-Kata Selamat Tahun Baru 2016" dengan penuh tawaduk dan keinsafan agar kenangan lalu boleh dibuat panduan untuk kita tempuhi pada tahun ini.

  • Selamat tinggal 2015 dan selamat datang 2016.
  • Jangan jadikan tahun 2016 adalah tahun yang paling teruk untuk anda.
  • Usah dikenang sejarah lampau, jika ia boleh merosakkan langkah anda ke tahun depan.
  • Jika azam tahun lepas tidak terlaksana, boleh berazam untuk tahun depan pula.
  • Andai 1001 alasan diberi untuk menuju ke tahun hadapan, maka 1001 macam masalah yang timbul di tahun-tahun akan mendatang.
  • Apalah ertinya tahun baru, jika tahun lepas sentiasa gagal dalam mendapatkan sesuatu kejayaan.
  • Semoga ada sinar harapan pada tahun baru 2016, tidak seperti tahun-tahun sebelumnya.
  • Berdoa dan terus berdoa memohon kepada Allah Taala agar tahun baru 2016 diberkatiNYA.
  • Jika tahun lepas kita tidak berjaya, maka tahun baru 2016 ada kejayaan yang menyusurinya.
  • Andai tahun sebelumnya kita buat bisnes sendirian, apa kata buat secara berjemaah pula pada tahun 2016 ini.
  • Semoga Allah perkenankan hasrat kita di tahun ini, tidak seperti pada tahun lepas 2015.
  • Berseronoklah tahun 2016, agar ia  boleh menghilangkan kekecewaan pada tahun lepas.
  • Usah dikenang sejarah silam, jika masih mengenang kesusahan untuk tahun baru 2016.
  • Jika tahun lepas menulis blog hanya sekadar suka-suka, maka berubahlah agar tahun 2016 sentiasa update dan perbanyakan artikel yang berkualiti.
  • Esok adalah hari impian, kelmarin adalah kenangan indah, lusa masa menentukannya dan tahun ini harapan yang penuh pengharapan.
  • Jangan bermimpi di siang hari, jadikan impian suattu kenyataan lebih lagi untuk tahun baru kali ini.

Pantun Tahun Baru 2016



2016 datang 2015 pergi,
Harapan yang sentiasa tinggi,
Hidup perlu kita dijagai,
Agar selalu Allah berkati.

2016 ditunggu sudah datang,
Menanti dengan penuh harapan,
Moga negara sentiasa cemerlang,
Demi untuk rakyat sekalian.

2016 tahun banyak cabaran,
Kita hadapi dengan tabah,
Jangan pula putus harapan,
Takut nanti kita rebah.

2016 adalah tahun muram,
Ekonomi meleset serta merudum,
Berdoalah kita siang malam,
Agar terlaksana segala azam. 



Semoga Ucapan Kata-Kata Selamat Tahun Baru 2016 di atas memberi manfaat kepada anda sebagai satu harapan yang penuh bermakna untuk tahun baru 2016 dan tahun-tahun seterusnya. Insha Allah...

Untuk mendapatkan wang pertama di tahun baru 2016, jangan lupa sertai contest SEO Pengalaman Bersama ONEXOX. Hadiah lumayan menanti anda pada tahun baru 2016 ini. Semoga berjaya.