Top Seo Friendly

Entri Terpantas Diindex Oleh Googlebot « Top Seo Friendly

9 Jan 2016

Entri Terpantas Diindex Oleh Googlebot

By kamilsalleh 2  |  Sabtu, Januari 09, 2016 21 comments

Entri Terpantas Diindex Oleh Googlebot | Ramai dikalangan blogger yang teringin sangat entri mereka diindex dengan pantas oleh Googlebot atau juga dipanggil Google Crawlers. Pasti ada sesuatu yang istimewa dan bersebab sehingga entri kita terindek begitu pantas. Nak tahu baca entri ini sehingga habis. Saya akan ceritakan satu persatu supaya anda semua memahaminya.


Entri Terpantas Diindex Oleh Googlebot
Diindex Oleh Googlebot

Entri Terpantas Diindex Oleh Googlebot

Semenjak bertukar template baru, semakin terpantas entri saya diindex oleh Google. Satu percapaian yang kebanyakan blogger mahukan. Sebenarnya dah lama template ini menjadi idaman saya, cuma sekarang baru terlaksana hajat. Template itu dah lama download dan berada di dalam simpanan dan pada tahun baru 2016 barulah saya tukar daripada template RetroTale Blogger Template ke Iconic One Responsive Blogger Template.


Jangan Lupa Baca Entri Terdahulu


Jika diperhatikan Print Screen di atas, anda dapati entri saya dengan menggunakan kata kunci 10 Soalan Berkaitan ONEXOX berjaya diindex oleh googlebot hanya sekitar 23 saat (28 secs ago), yakni kurang daripada 1/2 minit. Hebatkan?

Saya pun tertanya-tanya pasal apa google ini cepat sangat mengindexkan entri saya begitu cepat sekali dan saya cuba selidik apa yang patut saya buat dan mahu menguji kembali tahap di mana kedudukan status saya di mata Google. Mungkin juga Pak Google dah mula sayang blog Top Seo Friendly kot? Apakah sebenarnya google perlukan dan apakah syarat-syarat yang patut sesebuah blog itu cepat terindex? Kalau untuk blog baru boleh buat dahulu tip di bawah ini.

  • 1. Daftar Blog Di Google Webmaster Tool

Google Webmaster Tool adalah tool yang terbaik untuk mendaftarkan blog anda. Ia disediakan oleh Google sebagai tempat terletaknya semua struktur blog anda. Ia membantu agar memudahkan googlebot dan monitor berintraksi dengan blog yang kita miliki.

  • Submit Sitemap Blog Di Google Webmaster Tool

Setelah mendaftar, jangan lupa submitkan sitemap anda di Google Webmaster Tool. Ia bertujuan untuk memberitahu kepada bahawa blog kita sudah ada sitemap atau laman peta dan mudah bagi enjin google untuk menemukan content/entri blog yang harus dicrawler dan diindex secepat mungkin. Boleh buat sitemap yang mesra SEO agar ia makin mudah dan cepat diindex oleh Googlebot.

  • Submit URL Blog/Entri Di Google URL Submit 

Apabila sudah ada sitemap di blog maka makin senang dan cepat diindex jika lepas publish entri anda terus submit di Google URL Submit. Ini bertujuan untuk memberitahu kepada google crawler dan googlebot bahawa kita telah mengirimkan/publish/update entri terkini.

  • Daftar Blog Di Google Analytic

Tindakan seterusnya adalah dengan cara mendaftarkan blog anda di Google Analytics. Google Analytics adalah tool yang disediakan oleh Google juga untuk membantu pemilik blog bagi memudahkan untuk melihat keseluruhan trafik dan pengunjung yang sudah dan sering berkunjung ke blog anda. Secara tidak langsung ia memberi signal kepada pemilik blog bahawa segala analisis berkaitan blog anda akan diproses secara berterusan.

Bila sudah daftar, pihak Google Analytics akan menyuruh anda untuk letakkan "Tracking ID" di Dashboard blog anda "Tracking Code" di template di bahagian <head>. Letakkan di bawah selepas <head>. Contoh Tracking ID ialah "UA-62498465-1.

<script>
  (function(i,s,o,g,r,a,m){i['GoogleAnalyticsObject']=r;i[r]=i[r]||function(){
  (i[r].q=i[r].q||[]).push(arguments)},i[r].l=1*new Date();a=s.createElement(o),
  m=s.getElementsByTagName(o)[0];a.async=1;a.src=g;m.parentNode.insertBefore(a,m)
  })(window,document,'script','//www.google-analytics.com/analytics.js','ga');

  ga('create', 'UA-62498465-1', 'auto');
  ga('send', 'pageview');

</script>

  • Kongsikan Entri Ke Media Sosial

Ini juga perlu dilakukan oleh blogger, terutamanya blogger baru yang belum tahu keuntungannya berganda-ganda jika kongsikan entri anda ke Media Sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, Group Whatsapp, Group Telegram dan sebagainya. Gunakan Media Sosial sebaik-baiknya, banyak kelebihannya.

  • Submit Di Sosial Bookmarking

Ini juga seperti kongsikan entri ke media sosial tetapi ia di sebelah luar negara. Biasanya kita boleh dan pernah menjumpai seperti Linked, Stumbleupon, Delicious dan sebagainya.

  • Submit RSS Feed Di Blog Directory 

Submit juga di RSS Feed blog anda di blog directory yang trafiknya tinggi seperti Altop, Technorati, Top Rank Blog, Riddit dan sebagainya.

  • Bina Backlink Sebanyaknya

Selepas itu jangan lupa bina backlink sebanyak mungkin. lebih baik gunakan yang percuma sahaja. Terdapat banyak backlink yang boleh kita perolehinya. Boleh cuba dapatkan link juice, yakni link blog/entri kita berada di blog milik blogger lain. Caranya adalah dengan pingkan di mana-mana ping tool yang dipercayai seperti pingler, GooglePing, mypagerank, TotalPing, Ping-O-Matic, blogged.my, Blogr, Ping Busuk dan sebagainya. Lagi banyak backlink diperolehi maka lebih cepat googlebot mengindexkan entri anda. 

  • Template Responsif

Template terkini lebih kepada blog responsif kerana ia mesra SEO dan banyak diakses oleh pengguna yang menggunakan gajet mereka sebagai tempat untuk mereka mencari sesuatu maklumat dan infonya.

  • Content Berkualiti

Ini sudah ramai yang mengetahuinya, content mestilah berkualiti. Berkualiti bermaksud, artikel yang anda tulis itu adalah artikel yang menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh Google. Artikel itu mestilah panjang jumlah perkataanya (500 patah perkataan ke atas) dan artikel itu pula adalah berkaitan informasi dan perkongsian yang memberi manfaat kepada pembaca.

Artikel berinformasi dan mempunyai tajuk besar dan kecil secara tersusun serta memberi kemudahan kepada pembaca untuk mencari sesuatu maklumat daripada blog anda. Blog yang copy dan paste terkeluar daripada content berkualiti.

  • Loading Blog Pantas


Pingdom Speedtest Tool

Yalah...sesiapa pun tidak mahu menunggu lama untuk membuka sesebuah laman blog, begitu juga halnya dengan Google. Mereka mahu blog korang speednya laju supaya senang google crawlers nak menjelajahi entri tersebut. Ada 3 tempat boleh anda test blog anda untuk melihat keputusan loading blog anda, berapa lama ia mengambil masa iaitu Pingdom Tool, GTmetrix Tool

  • Membuat Akaun Youtube

Disarankan buat akaun Youtube dan mengupload sebarang video berkaitan dengan tutorial cara membuat blog ke, cara daftar blog ke Webmaster Tool ke atau apa saja yang difikirkan perlu. Di situ boleh letakkan link ke blog anda.

  • Buat Anchor Text

Anchor Text juga boleh diistilahkan kepada judul link atau label link. Anchor Text yang baik adalah link yang menuju ke artikel lain (hyperlink) tetapi dengan topik yang sama di blog kita sendiri. Ia berhubung kait dengan tajuk sesuatu ayat/perkataan. Boleh juga linkkan ke luar (outboundlink). Boleh lihat di dalam artikel ini yang berwarna biru.

Kesimpulannya

Entri yang kita posting/publish pastinya akan diindex oleh Googlebot/crawler. Ia merayap ke halaman post anda keseluruhannya yang di dalamnya ada metadata, keyword/kata kunci, jumlah perkataan, anchor text, hyperlink, meta tag, description, label, judul dan sebagainya. Selepas itu crawler/web spider akan menilai artikel/entri tersebut dan akan dihantar ke database search engine result page (SERP) lalu di siarkan di google search.

Semoga Entri Terpantas Diindex Oleh Googlebot adalah sebuah entri yang terbaik untuk dibaca oleh pengunjung/blogger yang inginkan tip SEO, teknik SEO, rahsia SEO sebagai satu pembelajaran buat mereka. Ia sedikit sebanyak memberi informasi yang berguna. Terima kasih sudi membaca artikel ini, harap ada banyak manfaatnya.

Author: kamilsalleh 2

Salam, Saya Kamil Salleh 2, Saya adalah admin blog Top Seo Friendly: Terima kasih saya ucapkan di atas kesudian kalian untuk mengunjungi blog ini. Tanpa kehadiran anda, blog ini tiada maknanya. Semoga artikel yang diterbitkan di blog ini banyak memberi manfaat kepada anda. Wassalam.....

21 ulasan:

  1. Assalamm... selamat pagi saya singgah untuk info yg di beri.. terima kasih banyak atas perkongsian ☺

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama Saniah, bolehlah praktikkan.

      Padam
  2. Terbaik lah tuan..saya amat bersetuju dan ia memang terbukti berkesan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya ke.... ini dari pengalaman sendiri.

      Padam
  3. yg video youtube tu tgh fikirkan..terima kasih atas tips2 ni..byk nak kena blaja bila lama dh ketinggalan ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik Tom buatlah video dan dapat earning lagi. Bolehlah jana income dengan youtube pula.

      Padam
  4. Thanks atas perkongsian bro Kamil yer... ilmu yang sangat berguna

    BalasPadam
  5. Baynak lagi yang saya tak tahu rupanya... anyway thanks forsharing :)

    BalasPadam
  6. Ada lagi tips yang saya tak buat tu. Lepas ni kena buatlah kalau nak diindex dgn cepat. Nice sharing tuan.

    BalasPadam
  7. Tips yang sangat menarik tapi ia lebih kepada cara tarik trafik.. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasalah tip kena bagus, dalam waktu yang sama trafik kenslah juga tinggi.

      Padam
  8. best info tuan ni, buat panduan semua

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun kadang-kadang check kembali entri ini supaya lebih memahaminya lebih detail lagi.

      Padam
  9. Terbaik entri tuan kamil. Tp kena hadam bnyk kali ni br leh faham.hehe

    BalasPadam
  10. terima kasih di atas perkongsian..

    BalasPadam

Terima kasih sudi mengunjungi blog ini. Semoga anda dapat banyak manfaat. Saya akan membalas setiap komen yang anda berikan. Blog ini sunyi tanpa komen daripada anda semua.

Jom Kongsikan Artikel Ini

Dapatkan Entri Terkini

Sila Isikan Emel Anda Di Sini ' "Langganan Artikel Terkini Terus Ke Emel Anda"

Artikel Terkini

© 2014 Top Seo Friendly | Published By Pro Templates Lab | Powered By Blogger | Created By BloggerTheme9 | Design By sensasi2020
TOP