2 Jan 2016

Ucapan Kata-Kata Selamat Tahun Baru 2016

Ucapan Kata-kata Selamat Tahun Baru 2016 | Selamat tinggal 2015 dan selamat datang 2016. Kita tinggalkan tahun 2015 dengan banyak kenangan dan akan memulakan tahun 2016 yang lebih mencabar. Apa pun senario di tahun 2016, terpaksa kita hadapinya walaupun dalam keadaan sukar sekalipun.


Ucapan Selamat Tahun baru 2016
Selamat Tahun Baru 2016

Ucapan Kata-Kata Selamat Tahun Baru 2016

Marilah kita tempuhi tahun baru 2016 dengan penuh perasaan ceria. Jangan berfikiran negatif, buka minda dan mulakan dengan langkah kanan agar tahun baru kali ini dapat memberi sejuta makna. Marilah kita baca "Ucapan Kata-Kata Selamat Tahun Baru 2016" dengan penuh tawaduk dan keinsafan agar kenangan lalu boleh dibuat panduan untuk kita tempuhi pada tahun ini.

  • Selamat tinggal 2015 dan selamat datang 2016.
  • Jangan jadikan tahun 2016 adalah tahun yang paling teruk untuk anda.
  • Usah dikenang sejarah lampau, jika ia boleh merosakkan langkah anda ke tahun depan.
  • Jika azam tahun lepas tidak terlaksana, boleh berazam untuk tahun depan pula.
  • Andai 1001 alasan diberi untuk menuju ke tahun hadapan, maka 1001 macam masalah yang timbul di tahun-tahun akan mendatang.
  • Apalah ertinya tahun baru, jika tahun lepas sentiasa gagal dalam mendapatkan sesuatu kejayaan.
  • Semoga ada sinar harapan pada tahun baru 2016, tidak seperti tahun-tahun sebelumnya.
  • Berdoa dan terus berdoa memohon kepada Allah Taala agar tahun baru 2016 diberkatiNYA.
  • Jika tahun lepas kita tidak berjaya, maka tahun baru 2016 ada kejayaan yang menyusurinya.
  • Andai tahun sebelumnya kita buat bisnes sendirian, apa kata buat secara berjemaah pula pada tahun 2016 ini.
  • Semoga Allah perkenankan hasrat kita di tahun ini, tidak seperti pada tahun lepas 2015.
  • Berseronoklah tahun 2016, agar ia  boleh menghilangkan kekecewaan pada tahun lepas.
  • Usah dikenang sejarah silam, jika masih mengenang kesusahan untuk tahun baru 2016.
  • Jika tahun lepas menulis blog hanya sekadar suka-suka, maka berubahlah agar tahun 2016 sentiasa update dan perbanyakan artikel yang berkualiti.
  • Esok adalah hari impian, kelmarin adalah kenangan indah, lusa masa menentukannya dan tahun ini harapan yang penuh pengharapan.
  • Jangan bermimpi di siang hari, jadikan impian suattu kenyataan lebih lagi untuk tahun baru kali ini.

Pantun Tahun Baru 2016



2016 datang 2015 pergi,
Harapan yang sentiasa tinggi,
Hidup perlu kita dijagai,
Agar selalu Allah berkati.

2016 ditunggu sudah datang,
Menanti dengan penuh harapan,
Moga negara sentiasa cemerlang,
Demi untuk rakyat sekalian.

2016 tahun banyak cabaran,
Kita hadapi dengan tabah,
Jangan pula putus harapan,
Takut nanti kita rebah.

2016 adalah tahun muram,
Ekonomi meleset serta merudum,
Berdoalah kita siang malam,
Agar terlaksana segala azam. 



Semoga Ucapan Kata-Kata Selamat Tahun Baru 2016 di atas memberi manfaat kepada anda sebagai satu harapan yang penuh bermakna untuk tahun baru 2016 dan tahun-tahun seterusnya. Insha Allah...

Untuk mendapatkan wang pertama di tahun baru 2016, jangan lupa sertai contest SEO Pengalaman Bersama ONEXOX. Hadiah lumayan menanti anda pada tahun baru 2016 ini. Semoga berjaya.


Related Posts

9 ulasan:

  1. Ya selamat tahun baharu 2016..pantun tu memang best..template awesome tahniah tuan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Tuan Hanafi yang sentiasa support saya dalam keadaan baik dan sukar. Moga ukhwah antara kita berkekalan hingga ke akhir hayat.

      Padam
    2. sama-sama tuan Kamil..teringat saya ketika blog tuan tidak dapat dibuka dulu...saya emailkan tuan kerana kita belum ada group Whatsapp.

      Padam
  2. Selamat Tahun Baru,semoga tahun ni menjanjikan 1001 kejayaan buat topseo

    BalasPadam
  3. selamat tahun baru, moga tahun 2016 lebih baik buat tuan

    BalasPadam
  4. wahhh... siap berpantun tahun baru lagi... terbaik....!! selamat tahun baru buat tuan... :)

    BalasPadam
  5. Selamat Tahun baru Tuan Kamil..Moga terus success di Tahun 2016

    BalasPadam
  6. Harap masih belum terlambat utk mengucapkan selamat tahun baru. Moga tahun ini lebih suksess

    BalasPadam
  7. salam tahun baru belum terlambat agaknya... saya suka baca pantun-pantun ni... teringat arwah oyang suka berpantun...

    BalasPadam

Terima kasih sudi mengunjungi blog ini. Semoga anda dapat banyak manfaat. Saya akan membalas setiap komen yang anda berikan. Blog ini sunyi tanpa komen daripada anda semua.