27 Jul 2016

Nasi Lemak Pandan Mieeza Dikunjungi Blogger Terkenal

Nasi Lemak Pandan Mieeza Dikunjungi Blogger Terkenal | Belum sampai seminggu beroperasi, gerai Nasi Lemak Pandan Mieeza telah dikunjungi oleh blogger terkenal, lokasinya terletak di depan Mid Point Shopping Complex, Pandan Indah, Kuala Lumpur. Ini memberi satu petanda positif untuk terus dikenali ramai.


Nasi Lemak Pandan Mieeza Dikunjungi Blogger Terkenal
Blogger Khir Khalid Bersama Tauke Nasi Lemak Pandan Mieeza

Nasi Lemak Pandan Mieeza Dikunjungi Blogger Terkenal

Gerai Nasi Lemak Pandan Mieeza yang baru membuka perniagaannya pada 16 Julai 2016 telah mendapat perhatian tiga blogger terkenal. Ini satu perkembangan yang positif dan ada kemajuan untuk terus berjaya.


Nasi Lemak Pandan Mieeza Dikunjungi Blogger Terkenal
Blogger Ariffin Hj Hamzah (CikPinz) Bersama Blogger Kamil Salleh

Blogger yang dimaksudkan adalah Amiruddin Nawawi, Ariffin Hj Hamzah dan Khir Khalid. Sudah pasti mereka akan reviewkan bisnes Nasi Lemak Pandan Mieeza di blog mereka.  

Apa yang boleh dikatakan, memang sedap sungguh nasi lemak, blogger kita Kamil Salleh, empunya gerai Nasi Lemak Pandan Mieeza. 

Jika anda berada di sekitar kawasan tersebut jangan lupa singgah di gerai beliau. Walaupun baru menjalankan perniagaannya, sambutan yang diterima aoleh pelanggan amat mengalakkan. 

Gerai beliau beroperasi sekitar jam 7 petang dan berakhir pada jam 12 tengah malam. Sesaiap saja yang berhajat untuk merasai dan menikmati keenakan nasi lemak pandan, bolehlah berkunjung nanti.

Boleh juga merasai sambalnya yang lazat seperti sambal ikan bilis, sambal sotong, sambal kerang dan sambal udang.

Setiap Cabaran Ada Dugaanya

Taukenya amat mesra pelanggan dan sentiasa tersenyum dan mudah diajak berbual. Sebagai bersaudara kita seharusnya memberi sokongan dan galakan kepada beliau agar sentiasa bersabar dalam perniagaan serta sanggup hadapi cubaan dan dugaan dalam bisnes yang semakin mencabar ini.

Sama-sama kita doakan agar beliau beerjaya. Insha Allah.....

Ikuti kisah berkaitan Nasi Lemak Pandan Mieeza di:

25 Jul 2016

Nasi Lemak Pandan Mieeza Digemari Ramai

Nasi Lemak Pandan Mieeza Digemari Ramai | Ini berdasarkan sambutan yang diterima setelah baru beroperasi selama sembilan hari ketika artikel ini ditulis. Walaupun baru dibuka pada 16 Julai 2016, namun sudah ramai pelanggan yang singgah membeli Nasi Lemak Pandan Mieeza.


Nasi Lemak Pandan Mieeza Digemari Ramai
Nasi Lemak Pandan Mieeza

Nasi Lemak Pandan Mieeza

Tahukah anda, nasi lemak sangat digemari ramai oleh rakyat Malaysia selain roti canai, nasi berlauk, nasi kerabu, nasi dagang, nasi kukus ayam goreng berempah dan sebagainya.


Nasi Lemak Pandan Mieeza Digemari Ramai
Foto Nasi Lemak Pandan Mieeza

Kini ada lagi nasi lemak yang semakin digemari ramai, yakni Nasi lemak Pandan yang mana nasinya ditanak bersama air pandan asli, santan dan sedikit warna hijau muda yang kelihatan amat menarik.








Boleh Lihat Lokasi Melalui Google Map


Nasi  Lemak Pandan Mieeza kini sudah beroperasi di hadapan Mid Point Shopping Complex,(Centre), Jalan Pandan Indah 1/25, Kuala Lumpur, bermula jam 7.00 pm hingga 12.00 pm setiap malam.

Lokasi sangat sesuai untuk bersantai bersama keluarga, di mana anda boleh membeli-belah di The Store, kemudian lepas bershopping, mereka boleh singgah di Gerai Nasi Lemak Pandan Mieeza yang hanya berhadapan pintu masuk utama Mid Point Shopping Complex.


Kegemaran Ramai Keutamaan Mieeza Creative Catering

Mieeza Creative Cake House Catering (002502388-M) adalah jenama yang telah didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 7 Januari 2016 yang lalu sementara mula menjalankan perniagaannya pada 1 Januari 2016.

Mereka mengutamakan pelanggan dengan layanan mesra ketika membeli. Mereka menitik berat tentang susun-atur yang kemas, kualiti dan kebersihan dalam setiap penyediaan makanan.


Nasi Lemak Pandan Mieeza Digemari Ramai
Kamil Sallah Bersama Blogger CikPinz


Nasi Lemak Pandan Mieeza Digemari Ramai
Kamil Salleh Bersama Blogger Khir Khalid

Kini, Nasi Lemak Pandan Mieeza semakin digemari ramai. Ada beberapa orang blogger hebat telah berkunjung ke gerai mereka iaitu Amir Nawawi, Ariffin Hj Hamzah, dan Khir Khalid. kita ucapan jutaan terima kasih buat mereka. sudah pasti mereka akan berkongsi dengan member mereka tentang Nasi Lemak Pandan Mieeza Sedap dan Bakal Top Di pandan Indah.

Jika mahu tahu tentang kisah Nasi Lemak pandan ini, boleh ikuti kisah dan cerita blogger otai kita Khir Khalid tentang Tapau Nasi Lemak Pandan Mieeza Blogger kamil Salleh. Di situ boleh kita lihat pengalaman beliau ketik berkunjung ke gerai nasi lemak pandan tersebut.

 Permulaan  Baik Untuk Blogger kamil Salleh

Sebelum ini, Kamil Salleh bekerja sebagai Chef di Bomboo Cake House, di Kota Bharu, setelah berpindah ke Ampang, Selangor. Beliau telah bekerja di Secret Recipe (kini) dan beliau kini pula telah membuat bisnes sambilan (part time) di sebelah malam sebagai penjual Nasi lemak Pandan Mieeza.


Nasi Lemak Pandan Mieeza Digemari Ramai
Salah Sorang Pelanggan Setia

Kita doakan agar beliau menepuh dugaan dalam perniagaannya dan semoga terus maju jaya dengan bisnesnya. Ini permulaan yang baik untuk blogger Kamil Salleh dalam menempuh hidup di Kota Raya Kuala Lumpur.

Kerajaan juga mengalakkan rakyat Malaysia untuk melakukan dua pekerjaan sebagai menambah pendapatan mereka. Hidup sekarang tidak seperti dahulu lagi. Semuanya memerlukan perbelanjaan yang besar untuk membiayai ekonomi keluarga.

Semoga bisnes yang beliau kendalikan mendapat sambutan dan diberkati Allah Taala. Sama-sama kita doakannya.

Akhir kata, jangan lupa berkunjunglah ke Gerai Nasi Lemak Pandan Mieeza Digemari Ramai tu..... jangan lupa share dengan member-member anda seklian.

18 Jul 2016

Nasi Lemak Pandan MIEEZA Sedap

Nasi Lemak Pandan MIEEZA Sedap | Betul ke sedap? Nak tahu bolehlah kalian mencubanya. Lokasinya terletak berhadapan Mid Point Shopping Complex iaitu tapak letak parking kereta yang disediakan khas untuk gerai jualan untuk penjaja-penjaja kecil.


Nasi Lemak Pandan MIEEZA Sedap
Gerai Nasi Lemak Pandan MIEEZA

Nasi Lemak Pandan MIEEZA Sedap



Nasi Lemak Pandan MIEEZA
Nasi Lemak Pandan MIEEZA

Bagi pengemar nasi lemak, bolehlah mencuba "Nasi Lemak Pandan MIEEZA Sedap" yang kini beroperasi perniagaan mereka pada setiap malam sekitar jam 7.00 malam hingga 12.00 tengah malam.





Sebelum ini gerai nasi lemak MIEEZA telah menjalankan bisnes mereka pada bulan Ramadhan yang lalu di Bazar Ramadhan Taman Bukit Indah, Ampang, Selangor. Selepas hari raya Aidilfitri, mereka mula berniaga di hadapan Mid Point Shopping Complex, Pandan Indah, Jalan 1/25, 55100, Kuala Lumpur. Rasanya ramai yang sudah kenal lokasi di mana mereka berniaga.



Nasi lemak Pandan MIEEZA Sedap Di Pandan Indah
Mid Point Shopping Complex

Boleh lihat foto di atas, kawasan sekitar tapak letak parking kereta di mana MIEEZA CREATIVE CATERING (Nasi Lemak Pandan MIEEZA) beroperasi. Boleh juga baca entri ini berkaitan "Nasi Lemak Pandan MIEEZA Bakal Top Di Pandan Indah".

Harapan mereka, suatu hari nanti orang akan sentiasa mengingati tentang sedap, luarbiasa rasa, bau aromanya, menyelerakan, nikmat dan sedia menerima tempahan untuk apa-apa majlis keraian.


Nasi Lemak Pandan MIEEZA Sedap
Sedang Layan Pelanggan

Kita sama-sama doakan agar Nasi Lemak Pandan MIEEZA bertambah pelanggan dan semakin maju bisnesnya. Yalah....setiap perniagaan yang dijalankan, pastikan mahu sentiasa maju dan maju. Boleh mengembangkan bisnes nasi lemak pandan ke serata Selangor, Kuala Lumpur dan seluruh Semenanjung Malaysia amnya.

Setiap perniagaan pasti ada cabarannya. Moga Nasi lemaka pandan sentiasa diingati olehmereka yang pernah mencuba dan merasainya. Jika sedap, sudah pasti mereka (pelanggan) akan mencari dan sedia mendapatkannya.

Ada pelbagai sambal yang disediakan oleh mereka terutamanya sambal ikan bilis, sambal sotong, sambal kerang, sambal udang, pauk-pauk dan kuih-muih. Ini akan membuatkan pelanggan boleh memilih sambal apa yang mereka mahukannya. Pasti sedap untuk mereka yang mengemarinya.



Nasi Lemak Pandan MIEEZA Sedap
Nasi Lemak Pandan MIEEZA Sedap

Setiap manusia akan diberi rezeki masing-masing. Oleh itu usaha, ikhtiar dan bertawakal terhadap qada dan qadar daripada Allah Taala. 

Oleh itu melihat kepada orang lain boleh berjaya, begitu juga dengan peniagaan yang dikendalikan oleh MIEEZA CREATIVE CATERING. Pemiliknya pasti menginginkan perniagaan mereka maju dan terus berdaya maju dan boleh membuka cawangannya di mana-mana saja di lokasi yang strategik.

Untuk mendapatkan kepastian dan ingin mengetahui berkaitan "Nasi Lemak Pandan MIEEZA Sedap", bolehlah berhubung melalui telefon mereka di talian yang tertera di akhir entri ini. Jika mahu membantu perniagaan mereka, bolehlah sama-sama berkongsi entri ini dan mencuba sendiri sedapnya nasi lemak pandan di Pandan Indah.

Selamat berjaya dan maju jaya buat pengasasnya, Abe Kamil yang juga merupakan penulis blog yang mungkin sudah ramai mengenali beliau. Semoga cita-cita dan wawasan beliau menjadi kenyataan. Insha Allah.....

MIEEZA CREATIVE CAKE HOUSE CATERING (002502388-M)
Tapak Letak Kereta
Mid Point Shopping Complex,
Jalan Pandan Indah 1/25,
55100, Pandan Indah,
Kuala Lumpur.
TEL: 0139975122 @ 0139995015