26 Ogo 2016

Menang Peraduan Superbest Power-Kosmo 2016

Bukan senang nak Menang Peraduan Superbest Power-Kosmo 2016. Ia memerlukan peserta untuk mengumpul keratan peraduan bermula hari Isnin hingga Khamis untuk mendapatkan satu set lengkap peraduan tersebut. Di mana peserta akan menjawab jersi pasukan mana dalam Piala FA yang dipaparkan di ruangan akhbar harian Kosmo.


Menang Peraduan Superbest Power-Kosmo 2016
Keratan Akhbar Harian Kosmo

Menang Peraduan Superbest Power-Kosmo 2016

Alhamdulillah.... walaupun tidak menang hadiah utama, hadiah pertama, kedua, ketiga dan saguhati tetapi dapat juga tersenarai salah seorang daripada 2000 orang pembaca Kosmo atau peserta bertuah sebagai pemenang jersi eksklusif Superbest Power Kosmo. Ini sebagai saguhati istimewa kerana menyertai peraduan yang mereka anjurkan.


Menang Peraduan Superbest Power-Kosmo 2016
Senarai Pemenang Jersi Eksklusif Superbest Power-Kosmo 2016

Peraduan ini bermula pada 7 Mac 2016 dan berakhir pada 16 Mei 2016. Ini bermakna peserta perlu menghantar penyertaan sebelum 16 Mei 2016, yakni sebelum pukul 11.59 malam.

Setiap peserta perlu mengumpul  set1 hingga set 8, sebelum menghantar penyertaan. peserta perlu tanda X pada jersi pasukan/pemain yang dibulatkan.

Setiap penyertaan yang dihantar perlu diwajibkan dikepilkan dengan bukti pembelian seperti kod bar di kotak kopi super best power atau susu kambing danjuga kepala akhbar Kosmo asal sebanyak 4 keping.


Keputusan Peraduan Piala FA Superbest Power-Kosmo 2016 

Senarai di atas merupakan hari kedua disiarkan di akhbar harian Kosmo. Ia disiarkan mengikut abjab bermula A hingga Z setiap hari bermula 25 Ogos (Khamis) sehingga 30 Ogos 2016 (Selasa). Seramai 2000 peserta yang akan mendapat jersi eksklusif ini.

Jersi eksklusif Superbest Power-Kosmo boleh ditebus bermula pada 19 September 2016 hingga 19 Oktober 2016 di pejabat biro Kosmo. Senarai nombor 707 iaitu KAMIL SALLEH merupakan nama saya yang Menang Peraduan Superbest Power-Kosmo 2016.

Boleh juga hubungi di talian 03-92324431 (mas) atau 03-92324430 (Rahsid) untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut di mana pejabat biro Kosmo atau yang berkaitan dengannya.

Sementara itu, hadiah-hadiah utama akan disampaikan pada majlis yang akan diadakan tidak lama lagi.

Hadiah-Hadiahnya

Hadiah keseluruhan peraduan Superbest Power-Kosmo adalah berjumlah RM 150,000. Pihak penganjur telah menyenaraikan 25 pemenang utama pada 24 Ogos 2016 yang lalu. Boleh lihat senarai 25 pemenang utama di foto di atas.

Hadiah Pertama - RM 55,000
-Wang tunai RM 15,000 dan pakej berjumlah RM 40,000 untuk tiket penerbangan serta penginapan 2 orang ke Kota London bagi menonton perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris.

Hadiah Kedua - RM 10,000
- Wang Tunai RM 10,000

Hadiah Ketiga - RM 5,000
- Wang tunai RM 5,000

Penyertaan Terbanyak
- Wang tunai RM 6,000

Penyertaan Kreatif
- Wang tunai RM 2,000

Saguhati
- Telefon Pintar OPPO R7 Plus bernilai RM 2,200 (20 unit) setiap seorang.

Tahniah kepada 25 pemenang utama dan 2,000 orang peserta yag tersenarai sebagai pemenang jersi eksklusif.Superbest Power-Kosmo.

Terima kasih kepada penganjur akhbar harian Kosmo dan Tuan Kamal sebagai pengarah urusan. Semoga diadakan lagi peraduan sebegini di tahun hadapan.Insha Allah....!

Jangan lupa kongsikan entri ini "Menang Peraduan Superbest Power-Kosmo 2016" kepada rakan-rakan lain yang belum tahu lagi keputusannya.