Berhati-hati Beli Barangan Secara Online

Berhati-hati Beli Barangan Secara Online | Persoalan ini perlu dikupas dengan teliti supaya ia tidak menjadi isu yang besar dan menjadi kemarahan peniaga yang berniaga secara online atau atas talian. Kita dapat lihat banyak usahawan yang giat mempromosikan dan mengiklankan bisnes mereka di internet. Oleh itu sebagai pengguna kita perlu ada keraguan tentang perkara ini.


Berhati-hati Beli Barangan Secara Online
Beli Barangan Secara Online


Berhati-hati Beli Barangan Secara Online

Rasa kesedaran terhadap pembelian melalui internet atau online memang perlu ada dalam setiap orang. Hak dan tanggungjawab ini harus seiring melibatkan para penjual serta pembekal barangan dan perkhidmatan.

Maklum sajalah, pengguna membayar setiap pesanan yang mereka lakukan. Saya dan anda semua adalah pengguna. Mereka memain peranan yang penting dalam putaran sebagai pengguna bagi membeli barangan mereka.

Kita sering mendengar dan membaca berita mengenai pengguna yang sering ditipu oleh peniaga dan pembekal.

Dunia sekarang semakin bergerak pantas tanpa sempadan dan batasan, masyarakat juga turut menginginkan perkhidmatan yang mudah, ringkas dan cepat tanpa perlu keluar untuk mendapatkan barangan yang mereka perlukan.

Suatu masa dahulu, kita tidak terfikir akan jual-beli secara talian. Namun kini, pelbagai transaksi pembelian boleh dibuat dengan sekecil-kecil barangan hinggalah ke barangan besar dan berat seperti barangan pencuci, barangan bayi, barangan dapur, perabut, kereta, motosikal dan sebagainya.

Semua ini boleh dilakukan tanpa perlu meninggalkan rumah mereka, sebaliknya hanya perlu menekan hujung jari di papan kekunci telefon, komputer, laptop, tab dan pelbagai jenis gajet lagi yang ada di dunia teknologi sekarang ini.

Ini dapat menarik minat penjual untuk menggunakan pelbagai cara untuk menarik minat pembeli dengan mempromosikan barangan mereka di Facebook, Instagram, blog, website, aplikasi android, iOS dan sebagainya.

Bagaimanapun, saya perlu dan wajib menasihatkan orang ramai atau pengguna agar perlu bijak dan berhati-hati beli barangan secara online supaya tidak tertipu dan juga berbaloi dengan nilai ringgit yang kita bayar. Jangan mudah membayar wang anda sewenang-wenangnya, jika belum atau tidak yakin setelah segala siasatan yang dilakukan.

Jangan mudah tertipu dengan iklan yang penjual war-warkan tanpa ada kesangsian daripada anda sendiri sebagai pengguna yang bijak dan berpelajaran. 

Jika tertipu setelah pembelian atau transaksi dilakukan, namun barangan yang dibeli tidak seperti yang kita kehendaki, barangan rosak, patah, tidak seperti di dalam iklan, barangan tidak berkualiti, tarikh tempoh barangan telah luput, spesifikasi tidak betul. 

Kita boleh hubungi si penjual atau pembekal, minta mereka tukar, ganti, pulang semula barangan dan diganti dengan barang baru, minta ganti-rugi dan apa saja yang diperlukan.

Seandainya mereka tidak bersetuju, berdolak-dalih, beri pelbagai alasan, marah, tidak layan bila dihubungi, letak talian jika kita hubungi, tidak bertanggungjawab, bolehlah guna alternatif lain seperti melaporkan ke pihak Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) untuk tuntut ganti-rugi.

Berhati-hati Beli Barangan Secara Online agar anda tidak tertipu, diperdaya, dikhianati dan paling tidak kita mahukan adalah menjadi orang yang tidak mahu bertindak, hanya berdiam diri. Itu yang kita tidak mahu, sebagai pengguna kita ada hak. Fikir-fikirkanlah....!

Bagi sebarang isu berkaitan dengan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, anda boleh menghubungi pihak TTPM di alamat seperti di bawah :

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM),
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan,
Aras 5, Podium 2,
No. 13,Persiaran Perdana, Presint 2,
62623 Putrajaya.

Talian Bebas Tol : 1-800-88-9811 

No. Tel. : 03-8882 5822 

No. Faks. : 03-8882 5831

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
2 Komentar untuk "Berhati-hati Beli Barangan Secara Online"

saya nak tanya..saya ada beli barang elektrik terpakai dari online..sampai2 je test tengok kipas tak pusing,then inform seller...seller suruh hantar kita hantar..kos lagi...seller test ckp mmg betul rosak sikit mybe shipment damage...offer unit lain tapi unit yg saya return ni kena bayar ganti damage..kalau tak kena claim dgn courier service..alasan shipment damage at buyer risk..confident gile ckp rosak masa shipment..sy pelik sbb selama beli online apa2 pun kalau rosak boleh 1:1 tukar..seller ni berkira ke cmne betul ke logik cmtu?sbb sy nak rate negatif ni...

Membeli biarlah secara berhemah. Jadi pembeli yang bijak supaya tak jadi mangsa penipuan online

 
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top