8 Jul 2017

Nasi Lemak Pandan Mieeza Terlajak Laku

Assalamualaikum......

Nasi Lemak Pandan Mieeza Terlajak Laku | Sudah hampir 10 bulan ianya dibuka,  kini saya boleh menarik nafas panjang bila melihat hasil jualan Nasi Lemak Pandan Mieeza setiap hari. Tanpa usaha yang berterusan,  mungkin ianya ibarat "Hidup Segan Mati Tak Mahu".


                            
Nasi Lemak Pandan Mieeza Terlajak Laku
Nasi Lemak Pandan Mieeza

Nasi Lemak Pandan Mieeza Terlajak Laku

Terima kasih buat semua pelanggan saya. Tanpa sokongan anda, dah pasti Nasi Lemak Pandan Mieeza tidak dapat beroperasi seperti sekarang ini.

Bukannya mudah nak mencapai target yang telah kita sasarkan dan rancangkan. Segala kemungkinan boleh terjadi sepanjang perjalanan bisnes tersebut.

Jom kita lihat apa keistimewaan Nasi Lemak Pandan Mieeza sehingga terkenal,  semakin laris,  dikenali ramai dan terlajak laku. 


Apakah Istimewanya Nasi Lemak Pandan Mieeza Ini?


Nasi lemak pandan mieeza ada keistimewaannya tersendiri. Nak tahu, jom saya senaraikan satu-persatu supaya anda tahu apakah hidangan istimewa berserta lauk-pauknya.



Nasi Lemak Pandan Mieeza Terlajak Laku
Gerai Nasi Lemak Panda Mieeza Terlajak Laku

  • Nasi Lemak Pandan - Nasi yang ditanak dengan menggunakan daun pandan asli dan warnanya kehijau-hijauan asli tanpa pewarna. Baunya wangi dengan aroma daun pandan wangi asli.
  • Sambal Kerang - Sambal yang dimasak menggunakan kerang yang telah dikupas tetapi mengekalkan rasa, warna dan bau. Dimasak dengan penuh teliti dengan menggunakan cili kering yang segar agar rasanya menyelerakan dan mengikut citarasa pelanggan. Rasanya tidaklah pedas sangat dan kanak-kanak boleh merasanya tanpa merasa kepedasan.
  • Sambal Sotong - Menggunakan sotong segar dan tidak berbau. Sambalnya sama macam sambal kerang tetapi dimasak dengan menambah adunan resepi yang asli dan cili keringnya yang tidak pedas agar rasanya mengekalkan bau sotong walaupun ianya telah masak.
  • Sambal Udang - Udang yang agar kecil tetapi amat segar untuk menambah rasa udang yang asli. Sambalnya dimasak dengan sempurna dengan mengekalkan rasa udang tersebut. menggunakan rempah-ratus yang asli dan masih menggunakan cili kering yang baik agar rasa udangnya sentiasa kekal dengan tidak mengabaikan baunya.
  • Sambal Ikan Bilis - Ikan bilis yang digunakan amat segar, sedikit besar tetapi ranggup dan sangat sesuai untuk dibuat sambal ikan bilis. Dah bau ikan bilis saja sudah membangkutkan rasa ingin makan.
  • Ayam Rendang - Ayam rendang kita sedia maklum, ianya sangat sedap dimakan bersama nasi lemak. Menggunakan ayam yang segar di pasaran dan dimasak dengan sempurna dengan rempah rendang asli dari Kelantan. Baunya yang wangi lagi menambah rasa bila dimakan bersama nasi lemak pandan.
  • Ayam Goreng Berempah - Masih menggunakan ayam yang segar dan menggunakan minyak masak yang berjenama agar rasa ayam goreng tersebut bertambah. Rempah ayam goreng adalah yang asli dengan membuat sendiri bagi menambah rasa keenakannya. Bau aromanya menyelerakan dan menarik orang ramai bila terbau ayam goreng berempah tersebut.
  • Ayam Masak Merah - Rasa yang sudah tahu masakan lauk ini bila menggunkan ayam segar yang telah digoreng. Ia sangat popular dan menjadi hidangan tengahari di kebanyakkan restoran di Malaysia. Rasanya amat sedap bila dimakan bersama nasi putih.  Ia sedikit rasa manis, masam, pedas dan aromanya membangkit selera pelanggan.
  • Lain-Lain Masakan - Bukan setakat lauk-pauk di atas,  ada lagi lauk lain seperti ikan keli berlada,  gulai ikan tongkol,  ikan goreng,  daging goreng bersama kacang panjang.

Terkini..... Kami ada jual Nasi Kerabu Klate dengan daging bakar atau bolehvtukar dengan ikan goreng selayang/sardin yang telah direbus sebelum digoreng. 

Selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri,  jualan semakin hebat dan terlajak laku. 

Ramai pelanggan baru dan setia yang berkunjung ke gerai kami. 

Rezeki bertambah nampaknya. Alhamdulillah...  Syukur ke hadrat Allah Taala yang tak putus-putus memberi rezeki kepada saya sekeluarga. 

Tidak dilupa jutaan terima kasih buat semua sanak-saudara, rakan-rakan dan pelanggan yang lama maupun yang baru. Tanpa sokongan mereka, bisnes saya tak akan jadi seperti saya lihat hari ini

Ok,  sesiapa yang terbaca artikel ini atau yang belum tahu lokasi Gerai  bolehlah datang ke alamat ini...

DEPAN MID POINT SHOPPING COMPLEX
Jalan Pandan Indah 2/3,
Pandan Indah,  Selangor.

TEL: 0177774717 @ 0173932889 @ 0139995015 Abe Kamil.

Bolehlah guna aplikasi mobile seperti Google Map atau Waze dengan menaip Nasi Lemak Pandan Mieeza.

Terima kasih yang membaca entri ini.  Boleh juga share atau kongsi kepada orang lain. Moga kita berjumpa di gerai saya bila singgah nanti.