Senarai Contest SEO Blogger 2015

SENARAI CONTEST SEO BLOGGER 2015



ContentsPendahuluanSenarai Contest SEO Blogger 2015
  • Contest Review Lynk.my 2013
  • Contest SEO Pengalaman Bersama ONEXOX
  • Contest SEO Malaysia Best Blog 2015
  • Contest SEO Jom Aktifkan Mykad
  • Contest SEO Petua dan Herba Kongsibersamanora
  • Contest SEO Pro kas Sakit Lutut
  • Kontest Telekung Reehans Pilihan Mujslimah
Penutup




Pendahuluan

Senarai Contest SEO Blogger 2015. Kita kini dah dekat dipenghujung tahun 2015. Pelbagai contest seo yang telah dianjurkan oleh blogger Malaysia, khas untuk blogger Malaysia yang bergiat aktif setiap tahun. Bagi mereka menyertai Contest SEO sangat bagus untuk mengetahui di mana tahap SEO entri/blog di mata Search Engine Results Page (SERP).




Senarai Contest SEO Blogger 2015
Senarai Contest SEO Blogger 2015


Senarai Contest SEO Blogger 2015

Sepanjang tahun pasti ada blogger Malaysia yang telah menganjur Contest SEO untuk memberi peluang kepada pengendali blog-blog di Malaysia agar mereka dapat menghasilkan artikel atau content yang berkualiti dan terbaik. Ada banyak tujuan sebenarnya penganjur menjalankan sesuatu Contest SEO yang boleh kita kumpulkan tujuan sebenar mereka. Apakah tujuan mereka itu? Jom mari baca artikel ini sampai habis ye......

Di sini saya menyenaraikan Contest yang telah dan sedang berjalan ketika ini. Inilah peluang untuk mana-mana blogger untuk menyertainya. Peluang begini jangan dilepaskan begitu saja. 

Tidak ada salahnya untuk kita mencuba nasib atau dalam erti kata yang sebenar, kita dapat banyak manfaat apabila kita menyertai Contest SEO tersebut. Apakah senarai yang dijalankan sepanjang tahun 2015 ini.


Contest Review Lynk.my adalah contest untuk reviewkan satu website yang mengaplikasikan satu sistem untuk memendekkan link website/blog/entri anda. Ia dikendalikan oleh anak Malaysia yang dikhususkan bagi mengalakkan pemilik website, laman sesawang atau blogger Malaysia menggunakannya. Ia menjadi minat otai-otai blogger Malaysia. Dikatakan ia telah mencapai jumlah penyertaan seramai 82 penyertaan.

Pihak penganjur telah bersepakat akan memberi hadiah istimewa, yakni 3hari 2 malam ke Anniversary #lynkdotmy. Opppssss... terhad kepada 60 orang saja. Ini bermakna mereka akan memilih hanya 60 peserta yang layak. Harap-harap boleh dapat ke event tersebut. Selain itu sebelum ini ada hadiah yang lumayan menanti para peserta yang berjaya.

Apa tunggu lagi,,,, cepat-cepat sertainya. Boleh klik logo di bawah untuk anda sertai. Bertindak dari sekarang sebelum ia ditutup. Contest ini bermula pada 27 Oktober 2015 dan berakhir pada 27 Disember (2 bulan). Masih lagi berlangsung dan masih dibuka penyertaaannya. Jom klik link LOGO di bawah ini.



Senarai Contest SEO Blogger 2015
Klik DI Sini "JOIN NOW"


  • Contest SEO Pengalaman Bersama ONEXOX


Contest SEO Pengalaman Bersama ONEXOX sedang berlangsung lagi buat masa sekarang. Saya sudah menghantar penyertaan saya. Anda juga digalakan menyertainya. Apa yang menarik dalam contest ini adalag, anda diberi simkad secara percuma daripada penaja dan buat artikel bertajuk "Pengalaman Bersama ONEXOX" dan ceritakan pengalaman anda ketika menggunakan simkad ONEXOX, menarik untuk disertai.... Boleh sertai sekarang... jika berminat. Boleh pergi ke artikel ini "Nak Simkad Percuma ONEXOX" untuk mendapatkan gambaran sebenar dan bolehlah

Contest ini dianjurkan oleh blog Coretan Anuar. Pasti ramai yang kenal dengan blogger ini yang selalu menganjurkan contest. Sebelum ini beliau terkenal dengan contest "Jom Aktifkan Mykad". Tahniah buat beliau yang sentiasa aktif menganjurkan contest tersebut dan contest lain-lain lagi yang telah beliau lakukan.

Hadiah menarik untuk pemenang yang menyertai contest ini. Inilah peluang untuk anda dapatkan hadiah wang tunai dalam kita berbelog atau menulis blog. Rugi rasanya jika tidak menyertainya. Ayuh bertindak dari sekarang.


  • Contest SEO Malaysia Best Blog 2015

Contest ini diadakan pada awal Januari 2015. Ramai blogger-blogger yang otai menyertainya. Ia mendapat sambutan yang amat mengalakkan. Ia dianjurkan oleh blog OH DUIT, yakni adminnya adalah Saudara Khirol Hazwan. Beliau bijak mencari waktu yang sesuai untuk menganjurkan Contest SEO ini. Contest SEO berlangsung 15 Januari dan berakhir pada 31 Mac 2015.


10 pemenang blogger yang hebat telah tersenarai sebagai pemenang. Blog saya yang bertajuk Malaysia Best Blog 2015 telah berada di tangga terakhir iaitu tempat ke-10. Alhamdulillah dapatlah juga RM50, hadiah saguhati. Terima kasih sekali lagi kepada Saudara Khirol Hazwan. Tempat pertama dimenangi oleh blogginspired (Saimi Ramlan).


  • Contest SEO Jom Aktifkan Mykad

Contest ini telah dianjurkan oleh blog CORETAN ANUAR, yakni blogger Muhammad Anuar Mursib dan ditaja oleh blog www.aktifmykad.com. Semua entri perlu menggunakan kata kunci/keyword "Jom Aktifkan Mykad".

Contest SEO ini berlangsung selama 3 bulan bagi mendapatkan satu keputusan yang terbaik di Search Engine Results Page (SERP). Pada kali ini blog saya tersenarai di tempat ke-12. Rezeki untuk contest ini tidak dapat diperolehi. Hanya yang berada dalam top 10 sahaja yang mendapat hadiah. Top 1 dimenangi oleh blog www.calrasepatrick.blogspot.com.


  • Contest SEO Petua dan Herba Kongsibersamanora

Contest SEO Petua dan Herba Kongsibersamanora adalah anjuran blog www.kongsibersamanora.com aka Nur Misnan. Contest ini adalah satu contest tentang petua dan herba serta khasiatnya untuk manusia. Kita sedia maklum, terdapat banyak herba seperti tumbuhan, sayur-sayuran, buah-buahan, tumbuh-tumbuhan yang berada di sekeliling kita seperti halia, serai, kunyit, daun kapal terbang, cengkih, lengkuas, ubi jaga dan sebagainya.

Saya juga telah menyertai Contest SEO Petua dan Herba Kongsibersamanora ini. Walau bagaimana pun penyertaan saya dibatalkan disebabkan tidak betul menyenaraikan penaja dalam contest ini. Satu kesilapan yang tidak disengajakan. Oleh itu berhati-hati dan selalu beringat, senarai penaja wajib diletakkan dan link blog penaja perlu tepat. Janganlah nama penaja betul tetapi link blog ke website error atau tidak wujud. Contest dibahagi 2 kategori iaitu entri terbaik dan kategori SEO. 

Contest ini berlangsung pada 1 Februari dan berakhir pada 31 Mac 2015. Pemenang contest ini sudah pastinya dimenangi oleh blog www.khairulzamri bagi kategori SEO dan kategori entri terbaik adalah berjaya digondol oleh www.harumankasehvee.blogspot.com.


  • Contest SEO Pro Kas Penawar Sakit Lutut

Contest SEO Pro Kas juga telah saya sertai. Setiap contest yang ada yang menang dan ada yang kalah. Kategori SEO sukar untuk dijangka siapa pemenang, ia adalah penilaian daripada Google Malaysia sendiri. Merekalah yang menentukan, entri mana yang layak berada di page 1 dan top 1 dengan kata kunyi/keyword "Sakit Lutut".

Contest SEO ini berlangsung pada 4 Mei 2015 dan berakhir pada 5 Jun 2015. Ia dianjur oleh blog Prokas, yakni satu produk berkaitan penawar sakit lutut. Ia mendapat peyertaan yang ramai. Setiap contest ada kelebihan tersendiri. Pro kas memperkenalkan penawar berkaitan sakit lutut dan ia juga salah satu untuk memperkenalkan produk mereka tentang penawarnya terhadap sakit lutut.

Dalam contest ini saya dah lupa blog mana yang telah memenang Contest SEO ini. Saya dah cuba cari di internet tetapi tidak jumpa berkaitan "Siapa Pemenang".


  • Kontest Telekung Reehan Pilihan Muslimah

Kontest SEO Telekung Reehans Pilihan Muslimah telah dianjurkan oleh Reehans Telekung dan dikelolalan oleh Tuan Hasrul Hassan. Ramai juga yang telah menyertai contest ini. Contest ini menarik perhatian 30 blogger yang mengambil bahagian. Ada 2 kategori yang dipertandingkan, yakni kategori SEO dan artikel terbaik.

Ia berlangsung pada 15 Ogos dan berakhir pada 30 September 2015. Maknanya.... ia berlangsung selama 1 bulan setengah. Pemenang contest ini adalah blogger tidak asing lagi di Malaysia, Blogger Lelaki aka Kucha Lana. Tahniah buat beliau.


Penutup

Anda sudah baca ke "Senarai Contest SEO Blogger 2015". Jika sudah.... saya ucapkan jutaan terima kasih. Senarai ini merupakan Contest Seo yang terbaik dan saya telah menyertai ke semuanya yang disenaraikan di sini. Ada yang berjaya dan ada yang tidak berjaya. Ini adalah usaha kita dan ada kala kita berolehi rezeki dan ada kalanya kita kempunan nak menang. Itulah adab pertandingan.

Apa pun..... saya berharap dan berdoa agar anda semua ada yang berajaya nanti. Kalau belum lagi sertai, dipersilakan. Bertindaklah dari sekarang. Takkan nak lihat oleh lain saya yang berjaya. Oleh itu "Usaha Adalah Lift Kejayaan". Insha Allah.... orang lain boleh berjaya kenapa kita tidak?

Senarai Contest SEO Blogger 2015 Senarai Contest SEO Blogger 2015 Reviewed by kamilsalleh 2 on Ahad, November 15, 2015 Rating: 5

9 ulasan:

  1. Kontest macam ni lg tingkatkan traffic blog kan..")

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang betul tu Puan Wawa, terima kasih sudi mengunjungi blog ini. Semoga berjaya dalam contest SEO yang Puan Wawa sertai. Insha Allah...

      Padam
  2. Balasan
    1. Terima kasih Nor nazliana sudi melawati blog ini. Apa kata anda sertai Contest Review lynk.my 2015 dan Contest Pengalaman Bersama ONEXOX.

      Padam
  3. Wah..banyak juga. Good info. Belum pernah sertai mana2...nak cubalah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada 2 lagi contest yang sedang berlangsung, bolehlah Fidah Shah sertainya nanti.

      Padam
  4. saya pernah masuk 2 contest termasuk lynk. sebelum ni tak tahu apa kebaikan contest. lps ini insyaAllah nak join dan nak buat contest sendiri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya nak lihat Raihanah yang menganjurkannya pula. Pasti saya join nanti.

      Padam
  5. Salam silaturahim.
    Saya dari indonesia, apakah saya boleh minta bantuan bertanya?

    BalasPadam

Terima kasih sudi mengunjungi blog ini. Semoga anda dapat banyak manfaat. Saya akan membalas setiap komen yang anda berikan. Blog ini sunyi tanpa komen daripada anda semua.

Dikuasakan oleh Blogger.